COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Isnin, 28 Februari 2011

SLOW Sesungguhnya

mana mau pergi?

Petang kelmarin, abang terasa nak upgrade iPad  pc buruk yang slow tak hengat (bahasa orang muda-muda sekarang) ni.

Jumaat, 25 Februari 2011

ANGKAT DARI TEPI


Terowong Menora Ipoh

Kebanyakkan kita pernah berjumpa dengan kenderaan ini. 
Mungkin juga pernah tertanya-tanya kenapa ia kelihatan agak pelik.
Macam Transformers pun ada. 
Berceragah sana sini.

Khamis, 24 Februari 2011

TRANSFORMERS

senja di Lebuhraya Pantai Timur

Ingat lagi cerita kartun Transformers?

Selasa, 22 Februari 2011

FOUR BY FOUR - di BALING

picasaweb.google.com/9w2amr

Selalu sangat cerita kenderaan berat.

Kali ni kita beriadah dengan sukan orang kaya pulak. Nak?

Ahad, 20 Februari 2011

RENDAH DAN PANJANG

Lori.

Banyak yang tersirat dari yang tersurat. Tambahan kebelakangan ni ada saja kemalangan maut melibatkan lori. Macam-macam Aznil tuduhan yang dilemparkan.
Di RnR Temerloh - TEH TARIK DALAM MUG SEBESAR NI CUMA SERINGGIT
(macam pernah tengok perkataan kat mug tu,kan?)

Sabtu, 19 Februari 2011

DATING DENGAN KENALAN FACEBOOK

Fuh... Tajuk memang menggiurkan. Dating tu. Dengan orang yang abang kenal dalam facebook je.
photo credit : facebook.com
Boleh percaya ke orang yang kita kenali di alam siber ni?

Khamis, 17 Februari 2011

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !




Hari ni 17 Februari 2011, hari ulangtahun kelahiran BLOG ini.

Rabu, 16 Februari 2011

KAT MANA ENJIN BAS NI ?


DAEWOO CNG BUS enjin belakang
kredit foto : Ahmad Bob
Satu soalan. Ada banyak jawapan. Bukan soalan SPM. Cuma soalan Pengetahuan Am.

Bas datang dalam berbagai versi. Sejarahnya panjang dan berliku-liku. Abang tak nak sentuh tentang asal usul mahupun sejarah. Cuma nak cerita sekadar apa yang abang tahu selama hampir dua dekad bersama bas. Secara am, secara mudah.

Selasa, 15 Februari 2011

Rahmatan Lil 'Alamin.







"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."  Surah Al-Anbiya, ayat 107.


Selawat dan salam atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


Hari ini 12 Rabi'ulawal 1432 HIJRAH, hari ulangtahun Keputeraan Kekasih ALLAH


Sallallah'ala Muhammad, Sallallah'alai Wassalam, Ya Rasul Salam 'alaika, Ya Habib Salam 'alaika...

BASlo


Sebelum ni ada satu entry abang bertajuk LObas. Moga-moga ada serba sedikit yang dapat kita kongsikan dari entry yang tak seberapa tu.

Kali ni abang nak kisahkan tentang BASlo pula.

Kenderaan yang asalnya adalah sebuah lori, kemudian dilahirkan semula sebagai sebuah bas.

Isnin, 14 Februari 2011

PILI BOMBA YANG HAMPIR DIBAKAR

kredit foto : wikimapia & google earth

Abang meronda ke luar negeri petang tadi. Eh... Jangan terperanjat. Naik motor je boleh sampai ke luar negeri tau.

Sabtu, 12 Februari 2011

BACA DULU, BARU BELI.


Ini bukan entry tentang kedai buku. Baca 5-6 buku, beli satu majalah nipis. Pernah buat ke macam tu? Aiii... Tak ngaku ae?

Jumaat, 11 Februari 2011

ADA APA DENGAN ANONYMOUS ?

ABANG BUKA SETTING UNTUK 'ANONYMOUS'  PADA RUANGAN KOMEN  BUKAN UNTUK ORANG YANG BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.



SEBALIKNYA ABANG NAK BAGI PELUANG KEPADA KAWAN-KAWAN YANG SUDI KOMEN TAPI DEPA TAK RETI NAK BUAT AKAUN google ATAU OPEN id APALAGI URL SENDIRI.

RAMAI LAGI KAWAN-KAWAN sebaya ABANG YANG BARU NAK BERJINAK-JINAK DENGAN INTERNET DAN BLOG. 

KERANA MEREKA LAH 'ANONYMOUS' ABG TAK LOCK.

SYUKUR, ADA YG KOMEN DENGAN TITLE  'ANONYMOUS' TAPI MASIH BERUSAHA MELETAKKAN NAMA ATAU SEKURANG-KURANGNYANYA NAMA SAMARAN DI BAWAH KOMEN MEREKA.





KALAU ANDA JUJUR ABANG HORMATI APA JUGA PANDANGAN ANDA. TAPI KALAU ANDA NAK BERSELINDUNG DI SEBALIK TITLE 'ANONYMOUS', ABANG ANGGAP ANDA MEMANG TIDAK SUDI UNTUK MENJADI KAWAN ABANG.

Memetik satu ungkapan;
"BERBEZA PENDAPAT ITU HALAL, BERBEZA PENDAPAT ITU WAJAR." 
Encik Shaharudin Hj. Itam 
(bekas Pengarah Tourism Langkawi) - seorang yg humble down to earth soft spoken person - 
YANG TIDAK PERNAH SUDI KALAU DIPANGGIL DENGAN GELARAN TUAN.

SILA TIDAK BERSETUJU DENGAN ABANG.
Comments
Comments


KENAPA BAS EKSPRES NI LAJU SANGAT ?

kredit foto: Nakhoda Kesepian
Bila disebut BAS, semua orang kenal. Tanya budak kecik pun dia tentu jawab, kenal BAS. Tanya Fasha Sandha pun dia tahu apa itu BAS.
( ait? Macamana Fasha Sandha boleh terlibat ni ?)

Bila tanya tentang PEMANDU BAS pulak, rasanya ramai yang geleng-geleng kepala. Bukan geleng pasal tak tahu, tapi ada maksud yang tersirat. Macam ramai yang geleng masa Anna Raffali dapat jadi Juara aritu. Nak pulak kita tanya dengan lebih spesifik, PEMANDU BAS EKSPRES.

Rabu, 9 Februari 2011

CQ! CQ! This is NINE WHISKEY TWO FOXTROT LIMA YANKEE...

CENANG CONTROL - MWF 2010

Entah kenapa, sehari dua ni abang asyik terkenang kisah lampau. Paling dekat di hati adalah Radio Amatur. Banyak yang abang lalui selama menjadi Operator Stesen Radio Amatur ni.

Isnin, 7 Februari 2011

JOM naik FERI percuma...

Pagi ni abang ada kerja kosong kat Tanjung. (Istilah Georgetown untuk orang Penang)

Tak dak apa yang nak dikejar, urusan tu pulak dekat dengan Pengkalan Raja Tun Uda jadi abang ambil keputusan nak santai-santai.

Naik feri.

Ahad, 6 Februari 2011

Nak ANGKAT ke Nak LETAK ?

PRIME MOVER tanpa lift axle

Entry ini abang buat atas permintaan seorang yang serupa pangkal namanya dengan abang.

Zul singgah di shoutbox abang dan bertanya apakan perbezaan antara angkat roda tengah dengan angkat roda belakang.


Roda apa yang nak diangkat ? Dah tu ada tengah, ada belakang pulak ?

Jumaat, 4 Februari 2011

JOM TERJAH - Bangku Kosong !

Salam Hormat;

Abang mula kenal internet sewaktu lewat usia. Tahun 2009 baru kenal apa tu BLOG. Maka terasa nak buat satu. Tak paham sangat pun sebenarnya, tapi teringin jugak nak ada sebuah BLOG.

Kebetulan abang ada kawan yang reti segala benda tentang IT dan isi perutnya. Dengan tunjuk ajar dia, abang mula buka satu akaun blogspot.  Maka lahirlah sebuah blog pada hari Selasa 17 Februari 2009. Posting pertama jam 2340hrs.

Tanpa ada sebarang tujuan khusus, cuma tidak mahu terlalu ketinggalan dalam perkembangan IT yang semakin canggih ketika itu.

Abang tidak pernah aktif selepas beberapa post yang kelihatan seolah tiada hala tuju, sekadar beberapa catatan dan gambar tentang perjalanan ke beberapa tempat.

LOBAK ke LObas ?

Pernah tak anda jumpa benda yang agak di luar kebiasaan? Nampak macam serupa, tapi seperti ada kelainan. Nak kata salah ibu mengandung mata memandang, rasanya tidak la pulak.

dari dalam kabin

Rabu, 2 Februari 2011

SUSAH SANGAT KE NAK GO STERN ?

Ramai pernah bertanya, susah tak nak bawak (memandu) lori treler ni bang?

Hmm... payah jugak nak jawab ni...
LORI TRELER (KONTENA)