COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Ahad, 8 Januari 2012

ISTILAH KAMI , PEMANDU LORI DAN BAS ...


ni pemandu apa la pulak ?



Sudah agak lama abang tak update entry blog ni secara total. Maknanya secara menaip. Kebanyakkannya sekadar klik klik sahaja. Eh ? Klik ?

Ya lah, setakat nak update gambar-gambar dalam entry Wordless Wednesday tu, kan cuma perlukan beberapa klik pada tetikus saja, hehe ...


Kali ni abang nak ceritakan serba sedikit tentang beberapa istilah yang kebiasaannya dituturkan oleh kami para pemandu lori dan bas.

Antaranya :

Kayuh - Memandu

Nak Kayuh kemana tu, bang ?


Pacak - Memandu dengan agak laju.

Ukur Tali - Pemandu yang terlalu berkira tentang jarak pemanduannya berbanding pemandu yang seorang lagi.

Kepala Kasut - Lori jenis Mercedes benz model lama .

Kacang Putih - Lori yang membawa pelbagai jenis barang dan penghantaran merata-rata tempat dalam satu perjalanan.

Jalan Bawah / Jalan Lama - Melalui Jalan Persekutuan tanpa Tol.

Jalan Atas - Melalui Lebuh Raya bertol.

Jalan Atas


Rileks - RnR di lebuhraya.

Timbang - JPJ menjalankan tugas.

Kedai Gambar - Ada perangkap laju Polis Trafik.

Kedai Cuci Gambar - Sekatan Jalan Polis trafik untuk menahan kenderaan melebihi had laju.

Baju Putih - Polis Trafik bertugas.

Baju biru / Abang J / Papa J  - Anggota JPJ.

Pajero (Fotuner)- Kenderaan JPJ.

Evo 10 - Kereta Peronda Polis.

Susun Kon - JPJ buat sekatan.

Ada Palang - Sekatan Jalan oleh Polis biasa (selalunya di Jalan Persekutuan)

Bawak kolet - Membawa anak waktu bertugas ketika cuti persekolahan.

Bawak Kolet


Bawa Pramugari - Membawa isteri dalam perjalanan.

Bawa askar - Membawa isteri dan anak-anak dalam perjalanan.

Peng - Kenderaan terbalik kerana kemalangan.

Nombor 7 - Keadaan treler yang terlipat bertemu prime mover kerana kemalangan atau brek kecemasan.

Nombor 7


Jalan jauh - Lori yang membuat perjalanan pergi balik bukan pada hari yang sama.

Jalan dekat - Lori yang melakukan perjalanan pergi balik pada hari yang sama.

Lori pagar - Lori berbadan kayu.

Lori Kain - Kanvas / tarpaulin yang menutup bahagian belakang lori berbadan kayu.

Lori Kain vs  Kontena Laden


Tulang - Treler tanpa kontena. (juga cesi bas yang belum dipasang badan)

Tulang


Kepala - Prime mover lori treler.

Ekor - Treler lori.

Tayar gantung - Tayar simpanan / spare.

Tayar Gantung


Tayar Kain - Tayar benang jenis tiub.

Tayar Dawai - Tayar tubeless.

Bunga dan bunga Tayar Paste jenis Dawai


Tayar Paste - Tayar celup.

Mati tengah jalan - Enjin rosak di perjalanan.

Air panas - Enjin mengalami kepanasan melampau / overheating.

Angin kering - Kerosakan pada sistem tekanan angin (air pressure).

Paut stereng / Power Lengan - Lori / bas tanpa stereng bantuan kuasa.

Lori siput - Lori yang mengangkut campuran simen jenis berputar / mixer.

Empty - Lori dengan kontena tanpa muatan.

Laden - Kontena berisi.

Lori Tong Kosong - Lori yang hanya mengangkut kontena kosong.

Tayar tembak - Tayar lori / bas yang meletup.

Dinding separuh - Lori berbadan kayu (biasanya treler) tanpa pagar besi di bahagian atas.

Turun - Bercuti  (istilah ini biasanya pada pemandu bas).

Bila nak Turun, bang ?


Naik - Memulakan tugas selepas bercuti.

Koyak plastik - Dapat memandu kenderaan baru.

Pergi test - Membawa kenderaan ke Puspakom 6 bulan sekali.

Taucu - Pemandu lama.

Kapcu - Pemandu baru belajar.

Makan angin - Perjalanan balik tanpa muatan / penumpang.

Kena tidur - Terpaksa melewatkan perjalanan balik kerana tiada barangan yang hendak diangkut.

Lipat balik - Bas yang terpaksa menyambung perjalanan balik sertamerta kerana penumpang yang ramai.

Partner - Pemandu kedua.

Pasang Khemah - Operasi besar-besaran pihak berkuasa, biasanya PDRM, JPJ, AADK dan Imigresen serta Kastam.

Landing - Berhenti untuk berehat atau tidur di pertengahan perjalanan.

Jalan Bawah yang breathtaking pemandangannya




Begitupun, mungkin ada beberapa istilah di atas tidak menyamai istilah yang biasa dituturkan oleh pemandu lori dan bas dari tempat lain di seluruh Malaysia. Apa yang abang paparkan ini kebanyakannya adalah istilah yang berasal dari bahagia Utara Semenanjung kerana abang berasal dari sini.

Sekiranya ada yang ketinggalan di mana-mana, silakan menambahnya di ruang komen di bawah.

Yang pasti, dalam apa jua bidang yang kita ceburi, akan ada 'versi bahasa' yang cuma di kalangan mereka yang berada dalam kelompok itu sahaja yang memahaminya.

The Jargon Of Their Own ... And Proud Of It !


Tinggalkan jejak setelah menatap bingkisan ini, tanda kehadiran anda ... Terima Kasih


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.



Comments
Comments


-->