COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Selasa, 10 Januari 2012

DRIVER TUA, DRIVER MUDA

Lori lama, Dreba pun tua 

Pagi tadi abang menelefon satu syarikat pengangkutan untuk bertanya berkenaan satu jawatan kosong sebagai Pemandu Lori Bersendi bagi pihak seorang kawan baik abang.



Iklan untuk jawatan Pemandu Lori pun sekarang ni kena cari dalam internet, tau!
Oleh kerana abang ada akses internet, serta sedikit pengetahuan untuk menyelongkar itu ini maka dia minta abang membantu. (walaupun dia ada BlackBerry tu...)


Selepas tanya itu dan ini pada Pegawai HR syarikat tu, dia bertanya berapa umur rakan abang tu. Lalu abang pun bagitau la, 25 tahun.

dreba muda
Serta merta dia jadi keberatan untuk menemuduga rakan abang tu atas alasan umur yang terlalu muda trang tang tang. Kata pegawai HR tu (seorang wanita), sebelum ni ada kejadian seorang pemandu berumur sedemikian telah mendatangkan kerugian kepada syarikat itu kerana terlibat dalam kemalangan. Pelik jugak, kenapa jadi rugi ? Tak kan la lori tu takde Insurans ?

ni bukan dreba, tapi - jaga
Hanya berdasarkan pada satu kejadian, mereka membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang berumur di bawah 30 tahun tidak layak untuk memandu lori di syarikat itu.

Pada abang la, itu kenyataan yang amat dangkal. Ini berdasarkan pada pengalaman abang yang mula memandu pada usia yang sangat muda.

sekarang dah tua
Tambahan pula rakan yang abang kenali ini mempunyai rekod yang amat baik sepanjang pemanduannya. Malahan abang sendiri pernah menjadi partner ketika dia tidak mempunyai pemandu kedua satu ketika dulu.
Cara pemanduannya sangat meyakinkan. Ini teruji ketika perjalanan ke Kota Baharu,Kelantan melalui Jalan Raya Timur Barat.
Dia memandu dengan penuh kecekapan sewaktu menuruni bukit yang penuh selekoh ketika menghampiri kawasan Pergau dan Jeli dengan muatan kira-kira 25 tan.
(sebenarnya salah satu cara untuk mengetahui kecekapan seseorang pemandu lori adalah melihat bagaimana dia mengawal kenderaan ketika menuruni bukit dengan muatan yang agak berat)
Abang dapat berehat dengan selesa di ruang kabin Scania 124L dengan 420 kuasa kuda  itu tanpa sedikit pun kerisauan sewaktu dia memandu.
Sesekali abang menjenguk ke ruang kokpit memerhatikan cara dia mengendalikan lori treler 22 roda itu dengan penuh keyakinan dan tumpuan.

tua tapi sporting !
Umur tidak melambangkan pengalaman sebenarnya jika di alam pemanduan.
Ramai yang lebih berusia, tapi tidak mahu meningkatkan taraf  pemanduan mereka.
Masih kekal dengan cara ketika dia mula memandu berbelas tahun lampau.
Menghentak brek sesuka hati, membunyikan hon tanpa pedulikan sekeliling, menaikki bukit dengan kedudukan gear yang salah, menuruni bukit dengan kelajuan yang tidak munasabah dan memandu dengan laju walaupun muatan yang dibawa amat berat dan tidak stabil.

bila dah kena 
Ada pula yang umurnya lebih tua dari abang, tapi dia amat baru dalam dunia pemanduan. Kenapa ya?
Kerana kebanyakan dari kelompok ini asalnya Anggota Tentera yang baru bersara. Bukan semua datang dari Unit Angkut (Unit Kenderaan Angkatan Tentera).
Malahan jika dia dari Unit Angkut sekalipun, dia perlu mendalami ilmu baru kerana teramat berbeza jika hendak membandingkan cara kami bekerja serta kenderaan yang kami pandu amat berlainan dengan milik angkatan tentera.

Kesimpulannya, pengetahuan dan pengalaman datang dalam berbagai cara.

Mendengar, melihat, membuat andaian tidak akan sama dengan melakukannya sendiri.

Muda tidak semestinya tak tahu apa-apa, tua tak semestinya penuh ilmu di dada ...

bila dreba tua takdak kerja


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.

 Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...