COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Isnin, 19 Januari 2015

Owner-Operator


Abang teringat satu siri TV sekitar tahun 80an dulu, iaitu BJ & The Bear. Kisah seorang Trucker di USA Billie Joe McKay  yang dilakonkan oleh Greg Evigan bersama seekor cimpanzi bernama Bear.
Yang abang selalu lihat di pintu trak jenis Kentworth K100 itu terdapat tulisan : 
Billie Joe McKay 
OWNER-OPERATOR
MILWAUKEE-WISCONSIN

Dari situ abang berangan-angan jika boleh, suatu hari nanti abang dapat membeli sebuah trak dan menjadi Owner-Operator.

Owner-Operator maksudnya Pemilik dan Pemandu. Kisahnya, kenderaan itu dimiliki oleh Pemandu itu sendiri.

Rupanya tidak semudah itu di Tanahair kita ini untuk menjadi seorang Owner-Operator.
Terdapat banyak karenah birokrasi yang harus ditempuhi rupanya.
Abang tekankan di sini, untuk menjadi Owner-Operator trak sebesar trak BJ iaitu treler kontena. 

Lori 1 Tan - Kredit Foto Anas Zul
Untuk lori kecil  dari Pikap sehingga BDM 5000kg rasanya tidaklah sukar. Ini kerana lori di bawah BDM 5000kg tidak memerlukan Permit dari SPAD. 
Cukup sekadar Daftar Perniagaan dari SSM. 
Untuk mengetahui lori yang tidak memerlukan Permit SPAD, perhatikan yang lori itu tiada pelekat Permit A atau C (KA pula mustahil lah)
Juga akan ditulis / dipasang sticker dengan ayat : BARANG- BARANG SENDIRI SAHAJA. 2 ORANG PEKERJA SENDIRI SAHAJA. 
Lori BDM 5000kg - Kredit Foto Mohamad Nazri
Setakat ini di Malaysia, kebenaran untuk memiliki Permit (A) dan (C) sendiri cuma diberikan kepada individu yang mempunyai modal yang agak besar iaitu 30% dari harga kenderaan yang ada. 

Secara mudah, jika harga sebuah trak itu RM100 ribu, maka modal berbayar hendaklah RM30 ribu. 
(Perlu dinyatakan harga sebuah prime mover rebuild bersama treler boleh menjangkau sehingga RM250 ribu pada hari ini )

Lori Permit A - Kredit Foto Nazri Tan
Sementara Permit untuk (KA) Trak Kontena pula, permohonan hanya dibenarkan kepada Syarikat Sdn.Bhd, Syarikat Bhd dan Koperasi sahaja.
Buat masa ini pula, SPAD membekukan permohan baru untuk (KA)
Lori Permit KA - Kredit Foto P'nang Ma Leaw

Lori Permit C
Sementara itu cara perniagaan pengangkutan di Malaysia (terutamanya sektor pengangkutan barangan)  dilihat seolah dimonopoli oleh segelintir pengusaha.

Sistem ''orang tengah'' sangat berleluasa yang mana menjadikan kadar sewaan (Transport Rate) menjadi sangat rendah berbanding kos yang perlu ditanggung oleh Owner-Operator

Dengan harga Diesel serta Alat ganti yang mencanak-canak naik, semakin menyukarkan Owner-Operator meneruskan operasi mereka dengan margin keuntungan yang berbaloi.
Bas Ekspres - Kredit Foto Mohamad Fahmi Hussin
Walau bagaimanapun, di kalangan rakan-rakan abang terdapat juga beberapa orang dari mereka yang gigih berusaha menjadi Owner-Operator kepada Treler dan Bas walaupun dengan segala kesukaran dan pelbagai halangan. 
Perkhidmatan mereka merangkumi Treler Kargo, Treler Kontena, Bas Sekolah, Bas Pekerja, Bas Persiaran, Bas Catar dan Bas Ekspres juga.

Bas Persiaran
Kredit Foto Hafiz Shahabudin
Lebih ramai lagi rakan dan kenalan abang yang menjadi Owner-Operator dengan Lori BDM di bawah 5000kg.
Syabas dan selamat berjaya untuk mereka.

Bas Sekolah - Kredit Foto Fareez Abidin
Owner-Operator yang tidak perlukan sebarang Lesen
Kredit Foto Anas Zul
Bagaimana mereka secara Individu boleh berbuat demikian?

Bila jumpa abang secara depan mata nanti, boleh abang cerita. Hehehe...

Sebagai kenyataan, abang juga masih belum berkemampuan untuk menjadi seorang Owner-Operator. 

Senyum... seindah Suria. 







Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...