COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Khamis, 24 Februari 2011

TRANSFORMERS

senja di Lebuhraya Pantai Timur

Ingat lagi cerita kartun Transformers?


Kemudian diadaptasi oleh Michael Bay ke layar perak pada 2007.
Dibintangi oleh Shia LaBeouf, Megan Fox (pergh!) serta Josh Duhamel.
Mikaela Banes : Megan Denise Fox
Photo by Steve Granitz – © WireImage.com

Menjadi kegilaan hampir semua generasi pada ketika itu membawa sehingga ke hari ini.

Tapi abang bukan nak cerita pasal filem tu (atau Megan Fox) atau kartunnya maupun permainan yang dibuat oleh Hasbro tu.

Abang cuma mengambil suatu kebetulan dari kedudukan sebuah prime mover yang sering disebut sebagai Transformers.
Istilah mekanikal adalah cab tilting.
Orang Melayu kata, angkat kepala / angkat kabin.

Kenapa nak diangkat pulak? Bagaimana depa angkat?

Untuk lori / prime mover yang ada bonet depan, di mana enjin nya terletak di hadapan kabin / kokpit tak dak masalah.
Cuma angkat bonet ja. Semua urusan nak membaiki sampai lah kepada nak periksa kadar minyak enjin maupun menambah air ke tangki radiator semuanya boleh dibuat dari depan.

Namun bagi lori / prime mover yang enjinnya terletak di bahagian bawah kabin, maka terpaksalah ia diangkat supaya dapat mekanik (atau bahasa kampung abang - pomen) melakukan sebarang pembaikkan yang perlu.
Untuk menaikkan kabin memerlukan beberapa persediaan.
Antaranya harus memastikan gear di kedudukan neutral.
Ini untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menurunkan semula kabin nanti kerana pada lever/ batang gear terdapat satu soket yang akan terpisah bila kabin dinaikkan.

Sementara di dalam kabin pula harus dipastikan tiada barang-barang yang boleh bergolek / menggelunsur ke depan kerana apabila kabin dinaikkan ia boleh jatuh kecermin hadapan.
Pecah satu cermin depan - ratus ringgit la jawabnya.
Kabin dinaikkan dengan 3 cara.

1.Menggunakan pam hidraulik.
Ada dua jenis pam yang digunakan.
Manual - dengan menggunakan tenaga manusia untuk memutar sebatang besi bagi mengepam minyak hidraulik dan menaikkan kabin.
pam hidraulik
2. Motor Elektrik
Ada yang lebih mudah, menggunakan motor elektrik untuk mengepam minyak hidraulik. Tekan je butang, kabin pun naik keatas sehingga ketahap maksima.

3.Cara yang ketiga paling simple.
Guna tulang empat kerat untuk menolak naik kabin.
Berat ? Mesti laa... kadang-kadang 3 orang tolak pun tak naik tau.

Kenapa? Ini selalu berlaku pada lori-lori yang sudah berusia. Semua bahagian dah semakin lusuh. Engsel dah berkarat. Spring penunjal dah tidak berfungsi. Paling ketara, selalunya di dalam kabin diletakkan bermacam-macam benda (contohnya besi, jek tayar, pemadam api) jadinya semakin berat kabin itu.

Sebenarnya rekaan untuk menaikkan kabin pada lori yang enjinnya terletak di bawah pemandu adalah satu inovasi.
Ia bermula di Eropah pada tahun 60an.

Ini antara model terawal dengan tilted cabin.
Tentunya diangkat dengan tenaga manusia.
WHITE 3000 1962 photo credit : biglorryblog.com

biglorryblog.com
Antara kelebihan pada lori / prime mover yang boleh dinaikkan kabinnya adalah dapat memberikan keselesaan kepada mekanik untuk melakukan kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan pada enjin serta lain-lain sistem yang ada di bawah kabin itu.
Ruang yang lapang serta pandangan yang tidak terhad memberikan serba sedikit kelebihan kepda mekanik untuk mempercepatkan baikpulih lantas memendekkan masa sesebuah lori itu berada di bengkel.
Bila masa dapat dijimatkan, keuntungan dapat dioptimakan kerana apabila sesebuah lori berada dibengkel, setiap hari yang berlalu tanpa bertugas adalah kerugian yang amat besar kepada pemiliknya.
Ini berdasarkan kepada kadar cukai jalan serta insurans yang sangat tinggi pada ketika ini.

Kisahnya mudah saja. Tapi dah jadi berjela-jela pulak ni...

Lepas ni bolehlah kita tengok cerita Transformers - Revenge Of The Fallen pulak.
Nak tengok Mikaela Banes, kan?