Terowong Menora Ipoh |
Kebanyakkan kita pernah berjumpa dengan kenderaan ini.
Mungkin juga pernah tertanya-tanya kenapa ia kelihatan agak pelik.
Macam Transformers pun ada.
Berceragah sana sini.
Nama benda ni SIDELOADER atau dikenali juga sebagai Sidelifters atau Swinglifters di luar negara.
Penggunaannya, setakat yang abang ketahui adalah khusus kepada kontena sahaja (di Malaysia)
Sungai Dua Butterworth |
Jalan Kapar |
Di luar negara terdapat sideloader yang mengangkat platform seakan-akan kontena yang dinamakan flat rack.
(Sebenarnya flat rack juga adalah sejenis kontena).
Kebiasaannya sideloader datang dalam kombinasi sebuah treler dan prime mover walaupun sebenarnya ia adalah dua unit yang berasingan.
Westport |
Selalunya juga treler sideloader mempunyai tiga axle.
Satu dari axle itu boleh dinaikkan (lift axle) bila kontena yang diangkut tidak terlalu berat.
Begitu pun terdapat juga side loader dalam versi sebuah lori biasa di luar negara.
Southpoint Northport |
Dikendalikan oleh pemandu lori kontena itu sendiri atau seorang operator khas.
Operasi mengangkat atau menurunkan kontena dilakukan dari satu kotak kawalan yang disambungkan ke panel pada treler sideloader.
machinery-steelbro.com |
Kotak kawalan itu kelihatan seperti alat kawalan jauh lengkap dengan kayu suka ria (joystick) dan beberapa butang lain.
Keseluruhan sistem digerakkan dengan pam kuasa hidraulik yang dijana dari sebuah enjin kecil pada treler itu.
Bagaimanapun terdapat sideloader yang menggunakan enjin prime mover itu sendiri untuk memacu pam hidraulik.
Ipoh |
Mengendalikan side loader memerlukan kemahiran khas.
Ketelitian adalah kunci kepada pengawalan naik turun kontena terutamanya yang berisi (laden container).
Sedikit kesilapan akan membuatkan treler serta kontena itu terbalik.
Tanpa pemerhatian yang teliti kontena tidak akan terletak dengan tepat di atas twist lock treler.
TWISTLOCK @ chassisking.com |
Salah letak pula akan menyebabkan tapak twistlock bengkok. Bila bengkok, kontena tidak stabil bila didudukkan pada treler.
LOADING BAY @ people.hofsta.edu |
Sebenarnya sideloader akan digunakan bila loading/unloading bay tempat kontena dihantar, tiada pelantar khas (ramp).
Disana kontena akan diturunkan keatas lantai untuk proses pemunggahan atau pengisian kontena.
steelbro.com |
Penggunaan sideloader juga dapat menjimatkan ruang kerana tiada treler diletakkan bersama-sama kontena.
minewolf.com |
Sebagai sebuah peralatan yang unik, sideloader boleh disesuaikan mengikut saiz kontena samada 20 atau 40 kaki.
Pada kebiasaannya kontena 20 kaki akan diletakkan di tengah-tengah treler untuk memberikan kestabilan kepada treler apabila bergerak di atas jalanraya.
containerlifter.com |
Dengan memasang sejenis klip khas pada hujung kontena, 2 buah kontena 20 kaki (back to back) dapat dinaikkan / diturunkan pada satu-satu masa.
wholesale.com |
Sideloader juga dilengkapi dengan beberapa lampu sorot (spotlights) untuk memudahkan tugasan pada waktu malam.
machinery.com |
Penggunaan sideloader juga dapat menjimatkan masa turun naik sesebuah kontena kerana ia berdikari.
Tidak perlu menunggu kren atau mesin angkat yang lain.
Antartica - hammarlift.com |
Seperti low loader juga, kenderaan ini adalah unik dan direka khusus untuk melakukan kerja yang bersesuaian.
Satu lagi kemahiran yang ada pada pemandu lori yang jarang diketahui oleh orang lain.
Pun begitu, abang juga tidak berkemahiran mengendalikan side loader.
Salute to all those unsung heroes !
Tuliskan walau hanya sebaris ayat tanda kehadiran anda di ruang ini
Tuliskan walau hanya sebaris ayat tanda kehadiran anda di ruang ini