dari dalam kabin
Apa persepsi anda bila melihat kenderaan ini?
LObas: cesi asal bas Mercedes Benz OF 1318
Ya.. lori. Tapi kenapa kelihatan agak pelik dengan bahagian depan macam bas. Adakah ini
Macamana dengan yang ni pulak ? Pernah nampak kan? Lori double decker. Gunanya untuk mengangkut motorsikal dari kilang pemasangan ke pusat jualan di seluruh negara.
LObas: cesi asal bas Hino AK1JRKA
Yang ini pun rasanya ramai yang pernah melihatnya. paling tidak pernah berselisih di jalanan.
LObas: cesi asal bas Mercedes Benz 0309D
Ok, semua yang di atas tu adalah BAS yang terpaksa (atau dipaksa?) jadi lori. Ha ? BAS ? Rabun ke apa Abang Zul ni...? Kan terang-terang LORI tu...
Baik.. baik, serius ni.. ok..?
Semua yang di dalam gambar di atas asal mula dibina adalah bertujuan untuk dijelmakan sebagai BAS.
Begitupun, oleh kerana daya imaginasi dan kreativiti orang Malaysia, maka lahirlah LORI di atas cesi sebuah bas.
Meminjam istilah yang digunakan oleh salah seorang kenalan facebook abang, LORI yang sebegini rupanya digelar LObas. Singkatan kepada LORI yang menggunakan cesi BAS.
Bukan LOW CLASS yer... LObas.
P/s : Kalau ada yang berminat, lain kali abang cerita tentang neslo BASlo pulak.