kredit foto: Nakhoda Kesepian
Bila disebut BAS, semua orang kenal. Tanya budak kecik pun dia tentu jawab, kenal BAS. Tanya Fasha Sandha pun dia tahu apa itu BAS.( ait? Macamana Fasha Sandha boleh terlibat ni ?)
Bila tanya tentang PEMANDU BAS pulak, rasanya ramai yang geleng-geleng kepala. Bukan geleng pasal tak tahu, tapi ada maksud yang tersirat. Macam ramai yang geleng masa Anna Raffali dapat jadi Juara aritu. Nak pulak kita tanya dengan lebih spesifik, PEMANDU BAS EKSPRES.
Kenapa geleng ye? Kerana sikap pemandu bas? Kerana selama ni tak pernah menang bila race dengan bas? Kerana jealous pasal pemandu bas selalu dapat paparan muka depan akhbar harian?
Betul ke pemandu bas ekspres ni semuanya NEGATIF belaka?
Kita kongsi ye, sedikit dari banyak yang umum tak pernah tahu atau tak mahu ambil tahu tentang selingkar kisah manusia biasa yang tugasnya memandu bas terutamanya bas ekspres.
kredit foto: Azharul Haizal
Memandu bas adalah satu profession. Lebih-lebih lagi bila hendak menjadi pemandu bas ekspres. Memerlukan banyak skil dan pengetahuan yang tidak pernah ada di mana-mana kelas atau sistem pendidikan. Hatta di sekolah memandu pun tidak pernah diajarkan bagaimana untuk menjadi pemandu bas. Yang diajar cuma bagaimana hendak lulus bila mengambil ujian untuk mendapatkan lesen.
kredit foto: Cahaya Seri Intan
Selepas mendapat lesen vokasional (PSV - Passenger Service Vehicle) pandai-pandailah si pemandu itu untuk mencari pengalaman sendiri, biasanya melalui rakan-rakan yang telah lebih dulu menjadi pemandu bas. Kebanyakkan syarikat bas (ekspres) di Malaysia tidak pernah ambil tahu tentang kebajikan para pemandunya. Asal bas miliknya ada trip, pemandu dibayar gaji.
EPF ? SOCSO ? INSURANS KEMALANGAN ? Jangan mimpi lah. Akronim dan perkataan tu bunyinya seperti bahasa Planet Marikh bagi kebanyakkan Operator syarikat bas. Sekali lagi abang tekan kan KEBANYAKAN - bukan SEMUA ye.
Ringkas cerita - Bila bas ekspres terlibat dalam satu-satu kemalangan, akan keluarlah berbagai andaian, komen, tuduhan, cadangan, maki hamun,
Kenapa bas ekspres laju?
Dulu-dulu, bas ekspres nama dia perjalanan terus. Masa tu tak laju pun. Jalan Persekutuan, nak laju mana, paling-paling pun 80km/j. Dari Butterworth ke KL mau separuh hari perjalanan. 7-8 jam tu kira biasa le. Berenti kedai makan sampai 3 kali pun ada.
kredit foto: Fakhru Radzi Hijaz
Bila dah ada highway, bas dah tak guna Jalan Persekutuan kecuali laluan tertentu.
Laju? Mesti la.
Kenapa? Nak kejar masa.
Sebab? Penumpang la.
Eh? Kenapa? tak percaya?
kredit foto: Radzi Shahabudin
Anda pernah naik bas ekspres tak?OK, biasanya KL-Penang berapa jam? Paling lama pun 5 jam, kan?
Apa kata kalau pagi ni kita naik bas ekspres pukul 8 kat Hentian Duta, pukul 5 petang baru sampai Tol Juru? Anda boleh duk diam-diam jer selama 8 jam tu kat dalam bas?
Boring giler kan? Bas bukan macam keretapi, boleh melawat sahabat handai rakan taulan di gerabak lain. Boleh singgah di bufe koc beli nasi lemak sejuk gedi walaupun mahal kemain.
Paling-paling pun boleh bangun, pastu duduk balik. Tengok DVD kat LCD screen. Dengar lagu. Turun kena jambu batu asam boi kat Hentian Simpang Pulai.
Pusing kanan, pusing kiri, tak sampai-sampai lagi. Yang tak boleh sabar terus bangun pegi jumpa pemandu bas.
"bang, bila nak sampai Penang ni? Minggu depan?"
Ada yang gelak ni... Untuk pengetahuan, itulah dialog seorang dari beribu, mungkin juga berpuluh ribu penumpang bas yang abang pernah pandu. Dialog yang tak diedit oleh jawatankuasa penapisan Finas.
Kenapa dia cakap macam tu?
Sebab masa tu abang memandu ikut had laju lebuhraya untuk bas. 90km/j. Kenapa pulak? Kerana waktu tu bas yang abang pandu baru sahaja turun enjin (grand overhaul) kerana tangki air pecah sewaktu dipandu oleh orang lain. Tokey abang kena bayar kos hampir RM20 ribu. Jadi dia minta tolong sangat-sangat pada abang untuk run-in enjin baru tu, sehingga habis edah. Abang set pada kelajuan maksimum lebuhraya untuk bas (90km/j).
Hasilnya itu lah ayat yang abang dapat.
Lima jam, dari IPOH ke KL... habis satu cerita filem Hindustan. ( filem Hindi average tayangan dia 3jam lebih ) tak sampai-sampai lagi. Maunya kawan tu tak hangin satu badan. Sedangkan abang yg kat stereng ni pun dah puas beralih kedudukan kekiri dan kekanan menahan lenguh dan bosan.
kredit foto: Nakhoda Kesepian
Jadi sekarang siapa punca bas ekspres dipandu LAJU?Abang tolong jawab ye. PENUMPANG yang membayar tambang.
Abang tak pernah jumpa pun penumpang yang kata "bang bawak slow-slow yer...biar lambat asal selamat" honest! Tak pernah.
Yang selalu dan kerap didengar;
"bang, pukul berapa sampai KL ?"
"harap jalan clear ler ari ni, boleh cepat sampai, saya ada meeting kat Penang jam 2 petang ni"
"Bang, kalau tak berenti makan boleh tak? Kami ada hal urgent la, nak cepat sampai"
Paling abang ingat dialog ni;
"Encik, tolong lah... saya nak naik flight kat Penang Airport. Boleh tak tekan abes kasi sampai sebelum pukul 3 petang ni?"
Dialog tu dituturkan kat Puduraya, masa tu pukul 11.30pagi.
Masa tu mungkin dia nampak bas yang abang pandu tu warna merah, ada lambang kuda dengan latar kuning. Ala Ferarri F40 tu. (agaknyalah)
Dia tambah lagi;
"kalau encik boleh bikin itu macam, saya kasi 50 ringgit!"
Lima puluh ringgit jer nilai nyawa semua orang kat dalam bas tu termasuk dia sekali...hmmm..
Abang jawab;
"kalau bagi saya 500 pun kita takkan sempat...ini bas, bukan kereta sport".
Berdasarkan serba sedikit paparan di sini, abang mintak sangat-sangat, BERHENTI lah dari meletakkan 100% kesalahan pada pemandu bas ekspres bila ia kelihatan laju di lebuhraya.
kredit foto: Nordiana
( A tribute to all my Coach Captain friends out there; coz I've been there, done that- fond memories, Always )
Tinggalkan jejak walaupun hanya sebaris ayat selepas anda menatap bingkisan ini ...