COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Selasa, 22 Februari 2011

FOUR BY FOUR - di BALING

picasaweb.google.com/9w2amr

Selalu sangat cerita kenderaan berat.

Kali ni kita beriadah dengan sukan orang kaya pulak. Nak?


Salah satu cabang sukan ekstreme adalah memandu kenderaan pacuan empat roda.

4x4 atau four by four. Kenapa dikaitkan dengan hobi orang kaya?

Memang la, banyak belanja dan banyak masa yang harus dicurahkan untuk memastikan kenderaan sentiasa tip-top bila hendak masuk kedalam hutan belantara.

Laa... Dah ada jalanraya, ada highway elok-elok kenapa pulak nak masuk hutan?
picasaweb.google.com/9w2amr
Di belantara lah segala cabaran yang ada untuk melepaskan segala tension. Tension ke jadi orang kaya?
Tak tau la, abang tak pernah lagi kaya wang ringgit.

Dengan penuh semangat kesukanan, abang menemani sahabat baik merangkap rakan radio amatur merangkap abang kepada abang ke BALING Kedah. Fenin ke? Ok lah, ni abang perkenalkan.
9W2GPS di stereng Irmscher dengan RECARO Fishnet seat

Callsign 9W2GPS. Panggilan Abang Din. Senior Cameraman Akhbar The Star. Pakar dalam Global Positioning System.(GPS)
ada ka sungai yang manis?
Abang Din dah lama  minat dengan sukan lasak dan ekstreme ni . Duk mencari-cari kenderaan yang sesuai pun agak lama juga.

Akhirnya bertemulah dengan idaman hati.

ISUZU TROOPER Irmscher BIGHORN
 Dengan body IRMSCHER dan enjin diesel turbo 2.3, memang kelihatan sangat unik ISUZU Trooper Short Wheel Base ni.

Diketahui sebagai limited edition body kit. Sangat jarang ditemui model sebegini di atas jalanraya Malaysia.

Di luar negara ia lebih dikenali sebagai Trooper Bighorn.
Bodykit Irmscher direka oleh bekas pelumba rally berasal dari Germany, Günther Irmscher pemilik Irmscher Automobilbau GmbH & Co.

Di Jepun Irmscher di panggil sebagai  Irumusha. Mungkin kerana terlalu tergeliat lidah agaknya nak menyebut perkataan bahasa Jerman tu, depa ambil perkataan yang lebih mudah.

Menjengah rakan lama Abang Din (fanatik Trooper) di Baling, Kedah. Pemilik bengkel membaiki kenderaan itu terpegun melihat Irmscher Bighorn milik abang Din.

Berkali-kali dia mengelilingi Trooper tu. Buka bonet, belek sana-sini. Dia kelihatan amat kagum dengan kondisi Trooper yang sudah agak berusia tapi masih amat sempurna secara keseluruhan.

Di bengkelnya terdapat beberapa buah Trooper milik rakan abang Din tu. Sesungguhnya dia amat fanatik dengan model ini.

Ada yang sedang dalam proses baikpulih selepas dibeli dengan harga yang tak masuk akal. (RM 800)

Ada yang tersadai menanti tuan yang sudi untuk pemulihan sepenuhnya.
Ada yang comel milik isterinya.
YANG COMEL SEBELAH KIRI TU, MILIK ISTERI RAKAN ABANG DIN


Ada yang sudah terlalu berjasa, sedang berehat.
LATA CERMIN'S WARRIOR

Sementara abang Din berbincang dengan rakannya sambil saling mengkagumi kenderaan masing-masing, abang menjelajah sekitar bengkel untuk snap beberapa keping gambar.

semua diolah sendiri oleh pemilik bengkel
Kelihatan kedua-dua rakan yang sudah hampir dua tahun tidak bertemu itu begitu mesra. Banyak yang dikisahkan oleh mereka berdua.

Seronok melihat dua orang (yang kaya - jangan marah ye bang Din & bro Ah Kau) bercerita tentang hobi mahal mereka.

Kenapa mahal?

Bayangkan begini:

Beli sebuah Trooper RM 800 (Ah Kau - rakan abang Din tu) baikpulih RM 10,000. Pun masih belum lengkap untuk meredah belantara. (itu tidak termasuk upah, pasal dia baikpulih di bengkel sendiri)
GANAS? belum siap lagi...

Trooper Irmscher Abang Din: RM 2x,xxx harganya. CASH! Tarak utang loo...
dalam HDR effect
Sebiji Tayar Centipede (Mud Terrain - Tidak boleh guna atas jalanraya) : Kira-kira RM 600 (sekurang-kurangnya kena ada 4 biji kan?)
www.offroaders.com
Setiap kali balik dari ekspedisi (hardcore): Pasti ada sesuatu yang perlu dibaikpulih, dengan kadar yang menjangkau ratusan RM.

Ada macam-macam lagi yang perlu dinaik taraf kepada Irmscher milik abang Din.
RM lagi tu.

Tapi takpa, itu bukan hobi abang. (goyang-goyang tangan)

Itu hobi orang kaya. Hehehe (jangan marah Abang Din...)