COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Isnin, 28 Februari 2011

SLOW Sesungguhnya

mana mau pergi?

Petang kelmarin, abang terasa nak upgrade iPad  pc buruk yang slow tak hengat (bahasa orang muda-muda sekarang) ni.


Ada la sebuah iPad2  lagi pc yang tinggi sikit darjat dia tersadai kat tepi dinding bilik tu.
Lama dah,abang dapat free ja. (pasal orang dah tak nak) Dengan 1gb RAM, pentium  R,  kiranya bagus sangat la untuk tahap abang.

Bukak tengok dalam (tengok saja pun-bukan faham apa satu pun) godek sini, godek sana.
On switch  dia. Fan CPU  jalan satu rotation  kemudian stop.
Ambil philips screw driver, keluarkan power supply  dia. Test lagi sekali tanpa beban. Apa satu pun tak bergerak.
Rasa macam benda ni la agaknya yang rosak.
dah bersara wajib
Pegi pekan, cari sebiji power supply  Baru. Hitam berkilat. Balik rumah, pasang. Sambung kabel mana yang patut, on switch pc.

Weee.... fan CPU  laju ja jalan. Haa...macam ok dah ni.
Sambung kabel ke monitor. On lagi sekali, ada OS semua lengkap (tapi bukan WINDOWS 7  la).

Buat set-up  mana yang patut, terus surf  internet.
Ok sangat la, rasa macam dreba lori Mercedes kepala kasut yang takdak pintu, dapat  lori Scania la.

Mula la merayau sana sini, walaupun guna GPRS wireless modem  fon buruk ja, tapi pasal dia tu laju sikit agaknya, terasa selesa la jugak dari yang pentium  3 tu.

Tapi kusangka panas hingga ke petang rupanya pc  crash di tengah malam.
Tiba-tiba gelap ja skrin. Pastu dia restart  sendiri. Senyap kat welcome screen.
selamat datang,lepas tu keras kat situ
 'Hang'  kata orang Melayu dalam bahasa Inggeris.  
Godek la abang ni, sana sini. Belek-belek tengok apa yang tak kena, walaupun tak reti apa satu pun.

Akhirnya abang ambik keputusan nak install  semula OS.
Bila masuk CD,  HARD DISC  pc tu tak detect  pulak dah. Adus...

Masuk bios set-up  menu, ejas sana, ejas sini. Pun tak jadi jugak.
Sudahnya abang ambik satu HARD DRIVE  dari pc yang dah lama dulu bersara , pasang kat situ. Boleh pulak dia detect. Fenin nih.

Garu kepala, tepuk-tepuk dahi, termenung sana, terteleng sini - dapat satu idea.
Run  guna HARD DRIVE  zaman purba tu, install OS  baru.
Berjaya !
Kemudian sambung HARD DRIVE  kat pc yang problem  tu, bagi dia jadi  SLAVE.
Lama sangat jadi MASTER, sekarang bagi dia jadi hamba pulak.
Boleh pulak detect HD  yang asal tu.
Transfer file  apa yang patut masuk PEN DRIVE.
Pastu off,  pasal dia tak detect  PC SUIT  untuk fon pulak dah.

On  balik iPad  pc  yang abang duk guna sekarang ni (yang slow  tak hengat tu la).
Terus teringat nak buat satu entry  ala-ala teknikal tentang komputer.

Hahaha... Jangan gelak tau. Mungkin masalah yang abang hadapi ni, celah gigi ja bagi ramai orang.

Untuk abang yang bermula dengan ZERO  tentang komputer dan dunia siber pada usia lewat 30an, perkara macam ni amat mencabar minda.

Esok petang kalau rajin, abang nak godek lagi pc  canggih tu (untuk abang saja la) sampai dia boleh berfungsi semula seperti sepatutnya.
koleksi sampah sarap kat bilik abang
Ada sesiapa yang pakar tentang HARDWARE + SOFTWARE  boleh bagi nombor fon kat email  abang. Nak sedut ilmu sikit.
Jangan risau, abang yang call.
Pagi kelmarin dapat bonus isian semula dari DiGi. Cukup la nak borak-borak setakat 2-3 jam.

Cuma top-up  tetap kena tambah. Bonus tu cuma untuk bercakap saja. Lain-lain tak boleh ditukar nilai.

Kalau boleh tukar dengan kek sebijik pun ok jugak.
3hb ni Hari Ulangtahun Kelahiran abang.

Syyy... ada hadiah tak? Dapat iPad2 sebijik pun jadi la.


Nota: Maaf la, entry kali ni banyak bahasa rojak.
Susah jugak kalau nak alih bahasa bila dah terbiasa dengan istilah Inggeris komputer ni, kan?
Bayangkan la nak tulis cakera liut, pemacu utama - Slave tu nak tukar jadi apa pulak? Tak kan la hamba kot... hehe.
Kalau Power Supply  pulak? Tolong terjemah sat...