PRIME MOVER tanpa lift axle
Entry ini abang buat atas permintaan seorang yang serupa pangkal namanya dengan abang.
Zul singgah di shoutbox abang dan bertanya apakan perbezaan antara angkat roda tengah dengan angkat roda belakang.
Roda apa yang nak diangkat ? Dah tu ada tengah, ada belakang pulak ?
Begini ... Arakian maka tersebutlah kisah pada suatu hari, ada sebuah prime mover. (isk ! Dah macam Hikayat Malim Deman pulak..)
Kita bagi bahasa mudah cukuplah...
Angkat roda / tayar prime mover, ikut istilah teknikalnya lift axle. Perhatikan gambar dibawah.
Yang ini pulak.
Kalau yang ini?
KREDIT GAMBAR: google image
Yang ini kat treler pulak
Dan yang ini juga.
Apabila tiada muatan atau hanya prime mover sahaja, lift axle akan dinaikkan dengan menekan satu suis di dalam kokpit. Sekiranya tidak dinaikkan lift axle akan menambahkan drag pada roda dan membuatkan tayar itu haus tanpa sebab. Juga akan menambahkan penggunaan bahanapi kerana mengheret roda yang tidak diperlukan pada masa itu.
Terdapat beberapa jenis lift axles sebenarnya.
1. Yang berada di tengah (antara roda depan dan roda belakang sekali prime mover)
2. Yang berada di belakang sekali prime mover.
3. Yang berada di depan sekali dalam set axles treler.
KREDIT GAMBAR: google image
4. Yang berada di belakang sekali pada set axles treler.
Untuk yang no.1, lift axle itu biasanya adalah single wheel. Makna nya ia serupa seperti roda hadapan. Lift axle jenis ini ada pada prime mover / lori buatan Eropah yang diimport terus dari sana samada CBU atau Recondition. Sepengetahuan abang, hanya jenama Scania sahaja yang akan membelok sedikit mengikuti roda hadapan apabila stereng diputar. Ini untuk memudahkan pengendalian terutamanya ketika hendak mengundurkan lori treler itu.
Yang no.2 pula ada pada prime mover buatan Eropah atau Jepun yang di pasang di Malaysia (CKD) tetapi kebiasaannya adalah jenis twin hub.
Untuk no3 dan 4, boleh dikatakan semuanya adalah twin hub dan dipasang di Malaysia.
Hampir kesemua lift axle ini menggunakan air suspension dan terdapat dua pelampung (air bellows) kecil yang khusus untuk mengangkat axle tersebut.
PELAMPUNG (AIR BELLOWS)
KREDIT GAMBAR: google image
Walaupun terdapat banyak kelebihan apabila menggunakan axle yang banyak, agak sukar untuk mengundurkan treler serta mengambil selekoh yang tajam. Disinilah kegunaan lift axle pada treler. Apabila kurang satu axle berada diatas jalan, maka kurang lah drag dan memudahkan untuk pemandu mengendalikan lori treler yang panjang dan berat itu.
KREDIT GAMBAR: google image
Kalau masih ada yang musykil di mana-mana, silakan bertanya...
Seandainya ada dalam pengetahuan, abang akan dicuba untuk menerangkannya.