Sebelum ni ada satu entry abang bertajuk LObas. Moga-moga ada serba sedikit yang dapat kita kongsikan dari entry yang tak seberapa tu.
Kali ni abang nak kisahkan tentang BASlo pula.
Kenderaan yang asalnya adalah sebuah lori, kemudian dilahirkan semula sebagai sebuah bas.
Mungkin ramai yang selalu melihatnya cuma tidak perasan atau memang tak pernah tahu.
Kebiasaannya BASlo ini datang dalam versi bas mini. Walaupun ada BASlo yang lebih besar, seperti di Pakistan contohnya, tapi ia masih mengekalkan bentuk asal sebuah lori, cuma di bahagian belakang diletakkan bangku untuk penumpang.
BASlo di Pakistan - Cesi lori BEDFORD
Bezanya BASlo di tempat kita, keseluruhan bentuknya adalah sebuah bas. Cuma cesi asalnya adalah sebuah lori.
Sebenarnya memang ada bas yang seperti ini sejak azali adalah sebuah bas. Namun entah kenapa, di tempat kita lebih kreatif barangkali semakin banyak pula BASlo dilahirkan di sini.
Mungkin faktor harga memainkan peranan, jika hendak dibandingkan dengan bas mini atau coaster yang diimport.
TOYOTA COASTER
BAS MINI
Sebenarnya bolehlah dikatakan hampir 95% bas, samada yang kecil atau besar, badan dan kelengkapan dalamannya adalah buatan Malaysia. Cuma cesinya sahaja yang diimport.
LORI HICOM MTB 170
kredit foto : isuzuhicom.blogspot.com
BASlo HICOM MTB 170PB
kredit foto : Muhammad Najmuddin
Oleh kerana kepakaran yang telah sedia ada, maka BASlo adalah lebih mesra pengguna jika dibina di negara itu sendiri berdasarkan spesfikasi yang diperlukan.
Sekiranya diimport sepenuhnya (CBU) mungkin ada sesuatu yang perlu ditambah atau ada yang tidak diperlukan tetapi menjadi spesfikasi standard. Di sini akan berlaku paling tidak, sedikit pembaziran.
ISUZU NPR dalam bentuk bas, lori dan bas
BAS dan lo NISSAN NU 41
Antara model lori yang popular dijadikan bas adalah ISUZU NPR, FORD TRADER, NISSAN NU, HICOM MTB 170 dan DAIHATSU DELTA.
Kesemua model ini adalah lori yang BDM mencapai 5 hingga 7 tan.
Selalunya dengan saiz sebesar itu, BASlo boleh memuatkan sehingga 25 orang penumpang dewasa.
Semakin hari BASlo mengikut peredaran masa dengan bentuk yang semakin futuristik hasil rekabentuk anak-anak tempatan.
Siapa pernah naik BASlo, angkat tangan ?
Nota : Terima kasih sahabat facebook abang, saudara Razi Mohd untuk nama BASlo dan LObas.