Hmm... payah jugak nak jawab ni...
LORI TRELER (KONTENA)
Bukan apa, ini kerja buat abang selama ni.Campur tolak bahagi darab, dah lebih dari 15 tahun abang pulas kayu mati ni.
(istilah orang tua-tua untuk kerja sebagai dreba, sebab dulu stereng dibuat dari kayu agaknya)
Mungkin kelihatan menggerunkan pada sesetengah orang, maklum la prime mover sahaja dah tiga kali tinggi dari kereta biasa.
Panjangnya pulak kalau sekali dengan treler lebih dari 50 kaki. Roda pulak ada 20 bijik.
Saiz roda dah 4 kali tayar kereta.
Bunyi enjin toksah cerita laa.
12 ribu cc, intercooler turbo. Ada 380
PRIME MOVER
Nak bergerak cuma guna gear 3 low, ada 12 speed forward semuanya. Top speed ? Rahsia.... hehehe...
Lori sebenarnya direka untuk kekuatan, bukan kelajuan. Namun kebelakangan ni ada lori yang dapat seiring kelajuannya dengan bas ekspres.
Kira bonus la kalau kuat dan laju.
Tapi kalau kena speed trap, kira makan modal le pulak.
Nak dikatakan susah, memang la agak susah bila memandu kenderaan yang besar, tambahan bila ada muatan yang berat. Nak pulak laluan tu berbukit-bukau macam kat Highway Karak tu. Apapun alah bisa tegal biasa.
MENURUNI GUNUNG PAKU, GRIK. PERAK
Bagi abang, lebih sukar bila nak menuruni bukit dari semasa nak mendaki.
Bila muatan yang dibawa menolak lori yang kita pandu, di waktu beginilah segala pengalaman yang ada diperlukan untuk menjinakkan kuda liar yang 380 ekor tu.
380 HP
Itu cerita nak memandu arah kehadapan.
(ada ke orang memandu arah kebelakang?)
Ada.... maksud abang bila nak mengundur. Istilah kami dreba lori, gostan.
Atau yang sekolah sikit tu cakap reverse.
Nak mengundurkan sebuah lori treler memang memerlukan skil yang tersendiri.
Samada dipelajari dari pemandu-pemandu yang lebih berpengalaman, di sekolah memandu lanjutan atau belajar sendiri.
Abang termasuk dalam kategori yang ketiga.
Tak percaya? Tak pa lah.
Kalau ada yang pernah tengok abang gostan, tentu akan percaya kerana cara abang tak sama dengan kebiasaan yang dilakukan oleh pemandu treler lain.
GOSTAN KANAN
GOSTAN KIRI
"Zul, aku tengok cara hang nak gostan tadi nampak pelik, tapi heran...bulih pulak hang parking elok ja kat ramp ni.. sapa ajaq hang?"
Abang jawab sambil sengih (pagaq depan pun kurang 2-3 batang) ;"aku gostan treler ni, takdak tok guru..pasai tu pelik..hehehe.."
"OOOOooo..." kawan abang tu moncong, macam penyanyi koir.
Nak mengundurkan treler ni sebenarnya menggunakan istilah 'kanan jadi kiri, kiri jadi kanan'. Uish !! pelik pulak bunyi dia ?
Hehe... maksud abang, kami menggunakan stereng dan roda hadapan untuk menjadikan roda tengah sebagai stereng pula. Aish ! pening laa.
OK! OK! Begini... Untuk mengundurkan kereta kekanan contohnya, kemana kita akan putar stereng?
Kanan jugak lah, kan? Kereta akan mengikuti roda hadapan yang mereng kekanan untuk masuk petak parking, contohnya.
Sekarang bayangkan anda dalam kokpit sebuah prime mover, nak mengundur kekanan juga.
Mula-mula anda akan tekan pedal klac, enggage kepada R, ( bagi yang model Auto, takyah la cari pedal klac...memang takde pun ) putar stereng ke KIRI... KIRI ? Ya KIRI... tak paham? Left hand side... haa paham pulak..
8 SPEED HI-LO c/w CRAWLING GEAR
Angkat pedal klac, tekan pedal minyak.. gerak pelan-pelan, jangan lupa pandang side mirror. Treler akan membelok dalam keadaan patah ke kanan. Kenapa jadi begitu? kerana bila anda putar stereng ke KIRI roda tengah sudah jadi seperti roda depan kereta sewaktu anda putar kekanan tadi... kan?
SIDE MIRROR
Untuk membetulkan keadaan, samada kekiri lagi atau kekanan lakukan perkara yang sama.
Sentisa ingat, kemana anda hendak pergi dengan roda tengah (roda belakang prime mover) menjadi stereng.
Roda hadapan sekali, menjadi penentu kemana hala roda tengah itu.
Pening jugak kan? hehehe... memang pun...
Jadi...
susah ke nak bawak treler?
Kamus Dreba Lori
Lori Treler : Lori yang mempunyai dua bahagian bersendi
Prime Mover : Penggerak utama / kepala lori.
Auto : Ada beberapa model lori yang dilengkapi sistem gear automatik.
(contohnya Volvo i-SHIFT dan Scania OPTICRUISE )
.