9W2FLY
NINE-WHISKEY-TWO-FOXTROT-LIMA-YANKEE
amateur radio station operator
Penang, MALAYSIA

COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Wednesday, February 2, 2011

SUSAH SANGAT KE NAK GO STERN ?

Ramai pernah bertanya, susah tak nak bawak (memandu) lori treler ni bang?

Hmm... payah jugak nak jawab ni...
LORI TRELER (KONTENA)
Bukan apa, ini kerja buat abang selama ni.
Campur tolak bahagi darab, dah lebih dari 15 tahun abang pulas kayu mati ni.
(istilah orang tua-tua untuk kerja sebagai dreba, sebab dulu stereng dibuat dari kayu agaknya)

Mungkin kelihatan menggerunkan pada sesetengah orang, maklum la  prime mover sahaja dah tiga kali tinggi dari kereta biasa.
Panjangnya pulak kalau sekali dengan treler lebih dari 50 kaki. Roda pulak ada 20 bijik.
Saiz roda dah 4 kali tayar kereta.
Bunyi enjin toksah cerita laa.
12 ribu cc, intercooler turbo. Ada 380 ekor kuasa kuda.
PRIME MOVER

Nak bergerak cuma guna gear 3 low, ada 12 speed forward semuanya. Top speed ? Rahsia.... hehehe...

Lori sebenarnya direka untuk kekuatan, bukan kelajuan. Namun kebelakangan ni ada lori yang dapat seiring kelajuannya dengan bas ekspres.
Kira bonus la kalau kuat dan laju.
Tapi kalau kena speed trap, kira makan modal le pulak.

Nak dikatakan susah, memang la agak susah bila memandu kenderaan yang besar, tambahan bila ada muatan yang berat. Nak pulak laluan tu berbukit-bukau macam kat Highway Karak tu. Apapun alah bisa tegal biasa.
MENURUNI GUNUNG PAKU, GRIK. PERAK

Bagi abang, lebih sukar bila nak menuruni bukit dari semasa nak mendaki.
Bila muatan yang dibawa menolak lori yang kita pandu, di waktu beginilah segala pengalaman yang ada diperlukan untuk menjinakkan kuda liar yang 380 ekor tu.
380 HP

Itu cerita nak memandu arah kehadapan.
(ada ke orang memandu arah kebelakang?)
Ada.... maksud abang bila nak mengundur. Istilah kami dreba lori, gostan.
Atau yang sekolah sikit tu cakap reverse.

Nak mengundurkan sebuah lori treler memang memerlukan skil yang tersendiri.
Samada dipelajari dari pemandu-pemandu yang lebih berpengalaman, di sekolah memandu lanjutan atau belajar sendiri.

Abang termasuk dalam kategori yang ketiga.
Tak percaya? Tak pa lah.
Kalau ada yang pernah tengok abang gostan, tentu akan percaya kerana cara abang tak sama dengan kebiasaan yang dilakukan oleh pemandu treler lain.
GOSTAN KANAN
GOSTAN KIRI

Pernah sekali tu ada yang menegur;
"Zul, aku tengok cara hang nak gostan tadi nampak pelik, tapi heran...bulih pulak hang parking elok ja kat ramp ni.. sapa ajaq hang?"
Abang jawab sambil sengih (pagaq depan pun kurang 2-3 batang) ;"aku gostan treler ni, takdak tok guru..pasai tu pelik..hehehe.."
"OOOOooo..." kawan abang tu moncong, macam penyanyi koir.

Nak mengundurkan treler ni sebenarnya menggunakan istilah 'kanan jadi kiri, kiri jadi kanan'. Uish !! pelik pulak bunyi dia ?

Hehe... maksud abang, kami menggunakan stereng dan roda hadapan untuk menjadikan roda tengah sebagai stereng pula. Aish ! pening laa.

OK! OK! Begini... Untuk mengundurkan kereta kekanan contohnya, kemana kita akan putar stereng?
Kanan jugak lah, kan? Kereta akan mengikuti roda hadapan yang mereng kekanan untuk masuk petak parking, contohnya.

Sekarang bayangkan anda dalam kokpit sebuah prime mover, nak mengundur kekanan juga.
Mula-mula anda akan tekan pedal klac, enggage kepada R, ( bagi yang model Auto, takyah la cari pedal klac...memang takde pun ) putar stereng ke KIRI... KIRI ? Ya KIRI... tak paham? Left hand side... haa paham pulak..
8 SPEED HI-LO c/w CRAWLING GEAR

Angkat pedal klac, tekan pedal minyak.. gerak pelan-pelan, jangan lupa pandang side mirror. Treler akan membelok dalam keadaan patah ke kanan. Kenapa jadi begitu? kerana bila anda putar stereng ke KIRI roda tengah sudah jadi seperti roda depan kereta sewaktu anda putar kekanan tadi... kan?
SIDE MIRROR

Untuk membetulkan keadaan, samada kekiri lagi atau kekanan lakukan perkara yang sama.
Sentisa ingat, kemana anda hendak pergi dengan roda tengah (roda belakang prime mover) menjadi stereng.
Roda hadapan sekali, menjadi penentu kemana hala roda tengah itu.

Pening jugak kan? hehehe... memang pun...

Jadi...
susah ke nak bawak treler?



Kamus Dreba Lori 


Lori Treler : Lori yang mempunyai dua bahagian bersendi

Prime Mover : Penggerak utama / kepala lori.

Auto : Ada beberapa model lori yang dilengkapi sistem gear automatik.
(contohnya Volvo i-SHIFT dan Scania OPTICRUISE )

.

Comments
Comments

24 comments:

:: Hanafi :: said...

post yg menarik.. kalau tgk otai2 bw lori mcm sng je..

p/s: harap akan byk lg post mengenai lori treler ni..

Melawat Melaka Ayer Keroh Homestay 270

Abang Zul said...

Hanafi;
terima kasih... Nampak macam senang? Memang senang pun...pasal tu kerja buat dia, hehe..

Cuba suruh 'otai2' tu jadi pemotong rumput kat tepi jalan tu... agak2 boleh ke dia pegang mesin rumput tu.

Kesimpulannya, kita masing2 menghormati dan mengkagumi org lain yg melakukan perkara yg tidak mampu kita lakukan...

"WE SALUTE THOSE UNSUNG HEROES"

P/S; InsyaALLAH, kalau ada yg sesuai akan abg cuba olah nanti..

HjMisaiKontot :الدليل السياحي said...

Saya pernah dok dalam kabin aje... itupun FL10... kawan saya yg truck pilot tu cakap gear 'tepuk'... hi-lo.. bawa tak pernah...

bas ok la.. yang paling saya suka masuk / keluar tight spot side parking bila bas parking bumper to bumper...

Bila boleh rasa riding dgn Abg Zul...?

Abang Zul said...

HjMisaiKontot;
Kira ok la tu, sekurang-kurangnya pernah juga merasa duduk dalam kabin Volvo FL10.

Kalau ada rezeki, kena dengan suasana...boleh saja nak ride dengan abg.. :)

Khairul (kci) said...

Bawak prime mover ni bang kena ada lesen kelas berapa? sy ada PSV je...pun dh mati 2 tahun. tak renew2 lagi.. huhuhu

Abang Zul said...

Khairul;
Nak bawak prime mover dgn treler perlukan lesen kelas E, dan GDL yg BTM melebihi 7500kg (bersendi).

Jangan biarkan PSV anda tidak diperbaharui melebihi 3 tahun. Nanti Khairul kena bauat rayuan dan ambil ujian semula. Mahal tau kos dia sekarang.

amoi_brand said...

380HP tuuu.. hohoho.. patut lah kekadang boleh saing side by side dgn scania kat highway.. ai.. 1.8putra pon depa boleh makan.. hehe... best bro posting ni... info info

Abang Zul said...

Akuhann;
380 tu kira kecik je. Ada yg 420, 450,520 dan paling baru 700hp.

Entah bila zaman le nak merasa yg 700hp tu. Khabarnya kalau import baru prime mover saja mau dekat RM2 juta harga dia...huuu...

Tunggu dia recond ler.. lagi 5 tahun. :)

AzeedA said...

assalamualaikom abg zul!
pehabornye yeop?
lame x jenguk sni.. teman bizibodi benor hehehe..
bace post ni tringat teman kat negri gohed gostan.. turkistan.. afghanistan..

Abang Zul said...

AzeedA;
Wa'alaikummussalam, Yong.

Teman mcm gini ler...

Uii, bizibodi bebenor yer? Ngangkat besi ke? Nak masuk contest body builder ke? hehe...jgn amik ati,Yong.

Ghopenyer dah jauh Yong kite ni menjelajah yer...bertuah badan.

Anonymous said...

salam bang...tgk lori abg mcm lori syarikat petikemas je...abg tlg laa ulas cara penggunaan baton dkt tepi batang gear tu....klu nk msk gear high..baton tu tolak atas ke bwh...lori ayam bapok gak senang bwk hehehe...

Anonymous said...

boleh tambah lagi pasal bidang lori treler ni..minat lak baca..hehe.kalu leh kongsi2 ler dgn saya Nagashi_Tragedies@yahoo.com

adlinsaja said...

Assalam bang Zul....sy cadang nk bawak Lori....ni tgh ambek lesen Lori....bagi sikit tip-tip nk bwk Lori ni... N company mane yg bole ambil bekerja tanpa pengalaman...
Sebab sy tgk kt mane2 iklan kerja kosong semua nk pengalaman 3 @ 4 tahun.....

Zul said...

Salam... bang, selamat berpuasa... ada mana tu? smoga selamat sampai ke destinasi yang dituju...
kalau boleh, nak minta abang share pengalaman semasa kayuh ekspress dulu.. cara handling untuk enjin depan n enjin belakang... jenis brake...cara masuk gear ker... skill2 teknikal yang penting macam nak adjust belting longgar... camner nak handle bas pancit... camner nak tau ada speed trap.. hehehe.. adanya pengalaman abang dapat mengajar driver baru macam saya.. terima kasih.. selamat berpuasa..

Zul said...

salam n selamat berpuasa... ada maner tu? smoga selamat sampai ke destinasi...
bang, saya berminat memandu bas... harap abang dapat kongsikan sedikit pengalaman dan skill semasa kayuh ekspres dulu... pemanduan, cara kawal..etc...

amran said...

slm,saya biasa bas ekkpres tapi tak pernah pandu lori cadang nak bwk lori bersendi mintak pandangan abg 2 pilot kat sini

amran said...

salam, saya biasa pandu bas ekspres tapi tak pernah pandu lori cadang nak nak keje bawak lori sendi pulak mintak pandangan abg2 pilot kat sini

Anonymous said...

mcm mn nak exp nak drive lori 40kaki...tok guru xde.....lesen dah ade

atok gang said...

sy baru nak jalan treler/tapi tak pandai gostan,sy kira hantam sajalah

Abang Zul said...

((Anonymous said...
mcm mn nak exp nak drive lori 40kaki...tok guru xde.....lesen dah ade))


Ikhtiar kan lah... Cuba cari tempat yg sesuai untuk bekerja sambil belajar.
Rajin-rajin lah bertanya dgn PEMANDU LORI yg anda temui...

Abang Zul said...

((atok gang said...
sy baru nak jalan treler/tapi tak pandai gostan,sy kira hantam sajalah))


Hantam pun hantamlah, cuma jangan hantam keromo
Buat pelan-pelan...lama-lama nanti, mahir lah tu...
Tahniah, kerana berani mencuba.

atok gang said...

mcm pernah lihat lori bawa moto tu .conferm compeny lama tempat sy kerja dulu lori pak mansor.
namun itu dah lama.skrang sy nak bawak 40 kaki pulak baru boleh duit kot.apa pun t.kasih abg zul atas nasihat tempoh hari.

eiy Lah said...

salam..boleh bagitau cara-cara memisahkan prime mover?

Anonymous said...

best dh klu bleh bwok lori treler.... tpi kos skrg mahal sgt n payoh sgt....
xmcm dlu pi dgr ceramoh je..... pahtu lesen siap dapat sume kelas gdl

Web Analytics