COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)
Memaparkan catatan dengan label bas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bas. Papar semua catatan

Rabu, 18 November 2015

TERJEMAHAN - Wordless Wednesday



Pada setiap hari Rabu, Bloggers di seluruh Dunia kebiasaannya akan memuat naik gambar tanpa sebarang ulasan dalam blog mereka. Cuma dengan tajuk sahaja.

Ini menyamai apa yang sering disebut sebagai, sekeping gambar bersamaan dengan seribu perkataan...

Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Ahad, 8 Januari 2012

ISTILAH KAMI , PEMANDU LORI DAN BAS ...


ni pemandu apa la pulak ?



Sudah agak lama abang tak update entry blog ni secara total. Maknanya secara menaip. Kebanyakkannya sekadar klik klik sahaja. Eh ? Klik ?

Ya lah, setakat nak update gambar-gambar dalam entry Wordless Wednesday tu, kan cuma perlukan beberapa klik pada tetikus saja, hehe ...

Isnin, 21 Mac 2011

Bas apa yang kemalangan ?

Awal pagi kelmarin, satu kemalangan melibatkan sebuah bas yang terbabas di KM 214.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Alor Gajah,Melaka.

Sejak semalam, tak kurang dari 20 blog telah meng'kopi pes' berita dari akhbar online  untuk tatapan pembaca mereka.

Rabu, 2 Mac 2011

HADIAH ULANG TAHUN KELAHIRAN PALING MAHAL !

A mock iPad 2 - engadget.com


Esok 03-03-2011 adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran abang.

Sabtu, 19 Februari 2011

DATING DENGAN KENALAN FACEBOOK

Fuh... Tajuk memang menggiurkan. Dating tu. Dengan orang yang abang kenal dalam facebook je.
photo credit : facebook.com
Boleh percaya ke orang yang kita kenali di alam siber ni?

Rabu, 16 Februari 2011

KAT MANA ENJIN BAS NI ?


DAEWOO CNG BUS enjin belakang
kredit foto : Ahmad Bob
Satu soalan. Ada banyak jawapan. Bukan soalan SPM. Cuma soalan Pengetahuan Am.

Bas datang dalam berbagai versi. Sejarahnya panjang dan berliku-liku. Abang tak nak sentuh tentang asal usul mahupun sejarah. Cuma nak cerita sekadar apa yang abang tahu selama hampir dua dekad bersama bas. Secara am, secara mudah.

Selasa, 15 Februari 2011

BASlo


Sebelum ni ada satu entry abang bertajuk LObas. Moga-moga ada serba sedikit yang dapat kita kongsikan dari entry yang tak seberapa tu.

Kali ni abang nak kisahkan tentang BASlo pula.

Kenderaan yang asalnya adalah sebuah lori, kemudian dilahirkan semula sebagai sebuah bas.

Jumaat, 11 Februari 2011

KENAPA BAS EKSPRES NI LAJU SANGAT ?

kredit foto: Nakhoda Kesepian
Bila disebut BAS, semua orang kenal. Tanya budak kecik pun dia tentu jawab, kenal BAS. Tanya Fasha Sandha pun dia tahu apa itu BAS.
( ait? Macamana Fasha Sandha boleh terlibat ni ?)

Bila tanya tentang PEMANDU BAS pulak, rasanya ramai yang geleng-geleng kepala. Bukan geleng pasal tak tahu, tapi ada maksud yang tersirat. Macam ramai yang geleng masa Anna Raffali dapat jadi Juara aritu. Nak pulak kita tanya dengan lebih spesifik, PEMANDU BAS EKSPRES.

Jumaat, 4 Februari 2011

LOBAK ke LObas ?

Pernah tak anda jumpa benda yang agak di luar kebiasaan? Nampak macam serupa, tapi seperti ada kelainan. Nak kata salah ibu mengandung mata memandang, rasanya tidak la pulak.

dari dalam kabin