DAEWOO CNG BUS enjin belakang |
kredit foto : Ahmad Bob |
Bas datang dalam berbagai versi. Sejarahnya panjang dan berliku-liku. Abang tak nak sentuh tentang asal usul mahupun sejarah. Cuma nak cerita sekadar apa yang abang tahu selama hampir dua dekad bersama bas. Secara am, secara mudah.
Dulu BAS EKSPRES sekarang BAS PERSIARAN kredit foto : Saiful Rizal |
1. Bas Ekspres.
2. Bas Persiaran
3. Bas Catar
4. Bas Berhenti-henti
5. Bas Pekerja
6. Bas Sekolah
7. Bas Persendirian
8. Bas milik Kerajaan.
[kalau ada lagi yang tertinggal, sila tambah.]
dulu EKSPRES sekarang angkut PEKERJA kredit foto : Abdul Halim |
DAEWOO ROYALE Executive Coach - CBU. kredit foto : Ismani Zikri |
DAEWOO ROYALE dah jadi BAS SEKOLAH sekarang |
Cesi Enjin Hadapan
Bagi cesi berenjin depan (front mounted engine) antara model yang paling popular adalah HINO AK. Terdapat juga model Mercedes Benz, Nissan, Isuzu, TATA dan Volvo juga Renault.
HINO AK - Enjin Depan - Perhatikan Ventilation grill di hadapan bas |
RENAULT enjin depan kredit foto : suhirman fotopic.net |
Enjin depan ni agak kureng digemari pemandu bas. Maklum la 'engine near'. Hehe... bising sikit la ( bukan sikit laa! ), panas pulak tu. Berbeza dengan lori, penutup enjin bas ada di sebelah pemandu. Dari situ akan keluar segala bunyi dan haba panas enjin, terutama apabila bas itu sudah berusia.
Cesi Enjin Belakang.
Kemudian datang pula versi enjin belakang.(Rear mounted engine) Semua dreba bas mula berangan, kalau dapat enjin belakang; fuh! mesti best !
kredit foto : DRIVER CUTE @ Hazwan Rosli |
Nak sembang, tak payah jerit-jerit dah. Bisik pun boleh dengar. Nak naik turun bas pun mudah, takde penutup enjin menghalang laluan.
Paling penting, kebanyakkan bas berenjin belakang ni berkapasiti besar. Siap ada turbo intercooler lagi. Tak perlu la terhegeh-hegeh merangkak bila naik bukit. Ada air suspension lagi. Rooftop aircond pulak. Semua jadi best.
Cesi enjin Tengah
Tiba-tiba pada suatu masa, datang pula cesi bas enjinnya di tengah. Ya...tengah. Middle mounted engine. Kedudukannya antara roda depan dan roda belakang.
Setakat yang abang ketahui, ada 2 model yang pernah berada di Malaysia. Volvo B10M dan Dennis Javelin (GX/260).
DENNIS JAVELIN GX di Australia - Enjin Tengah - badannya dibuat di Malaysia |
Enjin tengah seolah sangat ideal. Semua pakej yang diperlukan ada pada enjin tengah. Pikap, kekuatan tork, kelajuan semua lengkap. Sayangnya kedua-dua model ini cuma tinggal setakat yang ada sahaja. Tiada model baru yang berada di Malaysia kerana kedua-dua pengeluar tidak lagi aktif dalam pasaran bas di negara kita.
Pada masa ini, kebanyakkan bas, samada ekspres atau bas henti-henti sudah banyak yang menggunakan CNG sebagai bahanapi menggantikan diesel. Lebih
Jawapan kepada soalan di atas : Enjin bas ada kat bas tu la... tak kan enjin tu ada kat rumah saya kot.
SCANIA K Siries - enjin belakang kredit foto : Ismani Zikri |
Nota: Semua yang abang tulis di atas berdasarkan sedikit pengalaman abang sebagai pemandu bas (ekspres / persiaran). Semuanya dari sudut pandangan seorang pemandu.
Sekiranya ada kesilapan teknikal di mana-mana, maaflah ya.
Dreba bas mana ada sekolah tinggi, takat boleh baca dan tulis saja.( dan taip patuk ayam )
Sebahagian dari foto bas di atas adalah antara bas pernah abang pandu