photo credit : facebook.com |
Mula-mula abang kenal internet dulu, memang abang tak pernah percaya apa saja yang datang tanpa suara, tanpa bukti, tanpa identiti. Maklum la, benda yang kita tak tahu asal usulnya, bukan mudah nak percaya gitu-gitu saja kan?
Selepas beberapa lama, abang mula mengenali apa yang dikatakan teman siber. Pun masih was-was lagi. Kan identiti boleh diputar belit faktanya.
Tapi selepas menemui beberapa orang yang tidak pernah punya apa-apa agenda selain dari nak bersahabat secara ikhlas di dunia maya ini, persepsi abang mulai berubah dari hari ke hari.
Siang tadi, abang buat date lagi dengan teman-teman maya
Bukan girls tau. Boys pun bukan. Tapi bapak-bapak boys and girls.
Yang sorang datang dari KL. Siap bawak buah tangan sekotak untuk si Handsome.
macam ni la rupanya kalau snap dengan android phone (yang mahal tu) |
buah tangan dari orang HANDSOME untuk si Handsome |
sorry... dah dimilikki (dah ada 2 cahayamata pun) |
Hero kacak ni ( single and available) sanggup ambik cuti setengah hari, hanya kerana nak bersama kami.
SINGLE AND AVAILABLE - ada sesapa nak no fon dia?
Honest ! Semua mereka abang kenal dalam internet. Bicara tanpa suara.
Sampai satu ketika, bila kepercayaan sudah melebihi kesangsian, kami bertukar-tukar nombor telefon. Dari situ bicara mula kedengaran suara. Datang dengan minat yang serupa, jadi senada-seirama.
inilah tajuk kami. BAS |
teringat kat satu komen dalam blog on d scene, kawan fb abang dah lama pun guna GPS ni kat BAS dia |
bas ni enjin belakang tau... |
Benarlah kata orang, hidup ini kalau ramai teman, warnanya lebih ceria.
Terima Kasih Rona, Radzi dan Shaiful Anuar untuk masa yang diluangkan untuk ketemu seorang tua seperti abang.