COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Ahad, 20 Februari 2011

RENDAH DAN PANJANG

Lori.

Banyak yang tersirat dari yang tersurat. Tambahan kebelakangan ni ada saja kemalangan maut melibatkan lori. Macam-macam Aznil tuduhan yang dilemparkan.
Di RnR Temerloh - TEH TARIK DALAM MUG SEBESAR NI CUMA SERINGGIT
(macam pernah tengok perkataan kat mug tu,kan?)

Biarlah, abang bukan nak menceceh tentang tu. Kesimpulan ada dalam hati masing-masing.

Yang abang nak cerita kali ni, tentang LOW LOADER.
Lebuhraya PLUS Sungai Dua - Bukit Kayu Hitam 
Pengangkut yang rendah. Apa ke pelik la punya terjemahan. Jap nak refer dari yang lebih arif.

Kita cakap omputih la sikit, ok?

A lowboy (low loader in UK English) is a semi-trailer that has two drops in deck height; one drop right after the gooseneck and one drop right before the wheels. This allows the deck to be extremely low versus normal trailers. It offers the ability to carry legal loads up to 12 ft (3.66 m) tall that other trailers could not. 
- Kata Encik Wiki.

Ha... tu dia, kat US dia panggil lowboy (budak tak berapa tinggi?)

Kita kat sini guna low loader pasal kebanyakan kita belajar English 122. Tapi abang belajar English masa tengok TV.
English 123 kot? Pasal masa tu cuma ada RTM 1 & 2 dan TV3.
source credit: wikimedia.org
Kebiasaannya low loader ni mengangkut kenderaan yang tidak dibenarkan bergerak diatas jalanraya secara sah. Contohnya mesin pengorek yang menggunakan rantai sebagai rodanya (excavator).

Mungkin juga sebagai pengangkut untuk  mesin penggelek ( steam roller ). Kan steam roller tu punya la slow. Kalau Seremban ke KL maunya sehari suntuk baru sampai. Kena lah tumpang low loader. Macam kita naik bas SKS-KL. ( berapa tambang sekarang ya? Dulu RM3.10 je )
gooseneck

Low loader ni boleh ditanggalkan bahagian tengahnya/tengkuknya untuk memudahkan pergerakkan naik turun mesin atau jentera yang diangkut. Di bahagian one drop right after the gooseneck.


Pun begitu, ada model yang terbaru mempunyai pelantar dibahagian belakang  untuk lebih praktikal. Pelantar itu menggunakan kuasa hidraulik untuk menaik/menurunkannya.
credit source: jessopplant.co.uk
Pemandu low loader adalah mereka yang mempunyai beberapa kemahiran. Bukan setakat boleh memandu lori treler yang panjang (treler low loader adalah lebih panjang dari treler yg abang pandu) tapi juga mereka berkebolehan untuk mengendalikan pelbagai jenis jentera yang diangkut oleh low loader. Ini kerana pemandu low loader adalah orang yang bertanggung jawab untuk menaikkan dan kemudiannya menurunkan semula jentera-jentera yang diangkut itu bila sampai ke destinasinya.
credit source : spigotplant.co.uk
Mereka juga harus tahu dimana point untuk mengikat (menggunakan kabel khusus) jentera yang dibawa. Salah ikat, bertaburan di atas jalan la jawabnya.
Jalan Kuantan - Kemaman
Bayangkan anda sedang memandu berselisih sebuah low loader dengan muatannya. Tiba-tiba muatannya menggelonsor di hadapan kereta anda. Huuu....jangan laa....


Pemandu low loader juga harus peka dengan keadaan sekitarnya sewaktu memandu. Bukan setakat tengok depan, tengok side mirror, toleh kiri kanan je. Atas pun kena tengok jugak.

Atas? Buat apa? nak terbang ke?

Bukan... Kadang-kadang muatan yang dibawa lebih tinggi dari wayar telefon dan wayar elektrik yang merintangi jalan. Kalau tersangkut, parah la. Kena pula wayar elektrik. meletup ooo. Silap gaya kena kejutan elektrik. Dah tu habis sekampung tak dak bekalan elektrik.

Kena wayar telefon, terus tak boleh online. (nasib baik abang guna wireless broadband - yang slow tak hengat)
Jalan Teluk Intan - Hutan Melintang
Low loader juga sering digunakan untuk mengangkut kontena khas yang digelar flat rack. Selalunya flat rack ini memuatkan kargo yang terlebih saiz dan tidak mengikut spesfikasi lebar/tinggi kontena. Oleh itu lori kontena biasa tidak boleh mengangkutnya kerana ketinggian atau kelebaran yang berbeza. Low loader digunakan untuk menurunkan center of gravity. Lebih rendah, lebih kurang risiko untuk terbalik apabila mengambil selekoh. Hukum fizik yang mudah. (maaf- dreba lori cakap fasal hukum fizik sikit)
flat rack di atas low loader
Pada kebiasaannya low loader menggunakan prime mover yang berkuasa besar. Roda low loader juga selalunya lebih dari 20 biji. Guna untuk memberikan kestabilan kepada muatan yang dibawa.
470 horsepower - Westport, Pelabuhan Kelang.
Secara keseluruhan low loader diklasifikasi sebagai kenderaan unik yang mempunyai tujuan khusus ia direka.

credit source : boniface-engineering.com

photo by : Jeffwalters

Abang tak pernah memandu low loader tapi abang respek la kebolehan pemandu low loader yang mempunyai pelbagai kemahiran walaupun jawatan nya tetap dipanggil sama - Pemandu Lori.

Tinggalkan walau hanya sebaris ayat tanda kehadiran anda di ruang ini...

Comments
Comments