COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Rabu, 2 Mac 2011

HADIAH ULANG TAHUN KELAHIRAN PALING MAHAL !

A mock iPad 2 - engadget.com


Esok 03-03-2011 adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran abang.


Abang dilahirkan pada jam 11.30 malam 3hb March 1969 di Hospital Taiping, Perak 42 tahun yang lau. Dah tua, kan?

Selama hidup, abang tak pernah dapat hadiah harijadi dalam bentuk material. Mungkin kerana latar hidup abang yang amat sederhana, dan kami tidak pernah meraikan apa-apa bila Hari Ulang Tahun Kelahiran tiba.

Berbeza dengan kali ni, abang dapat dua hadiah serentak.
Dapat hadiah tu dari Abang Sham On D Scene.

Bukan dalam bentuk material, tapi lebih kepada kepuasan dalam hati dan jiwa.

Hadiah mahal nombor 1;

Petang tadi abang online guna handphone  android tengok status kawan-kawan Facebook.
Terbaca update  blog On D Scene di  Networkblog.

Terus abang klik untuk menatap kisah selanjutnya.
Seperti biasa, kisah kemalangan sering menjadi tumpuan utama di On D Scene.


Kali ni melibatkan bas dan lori. Sinonim sangat dengan kehidupan abang selama 20 tahun ni sebagai bekas pemandu bas ekspres dan sekarang pemandu lori.
Bukan kemalangan itu yang menjadi hadiahnya tapi kisah di sebaliknya yang diolah begitu lembut oleh Abang Sham membuatkan abang merasa amat terharu.




Honest!!  Amat-amat terharu, bila menatap coretan tentang kisah dua orang manusia biasa yang professionnya sering dipandang serong, (kerana kemalangan melibatkan kenderaan berat) mendapat tempat yang indah di hati seorang blogger terkenal seperti Abang Sham.

Ditambah pula dengan komen-komen positif dan begitu harmoni dari pembaca-pembaca entry itu, perasaan abang semakin terharu dan sebak.


Sebak kerana terlalu gembira dengan pandangan positif kepada entry  yang mahal itu.
Secara peribadi, abang mengambil entry  itu sebagai satu dari Hadiah Ulangtahun Kelahiran abang kali ni.
(boleh ya Abang Sham?)

Hadiah Mahal no. 2;

Selama ini juga, abang tidak pernah memenangi apa-apa hadiah dari pelbagai peraduan yang diadakan di akhbar, majalah maupun televisyen. (blog lagi la jauh)
Begitupun, bila Abang Sham mengadakan Cabaran Pili Bomba On D Scene di blognya, abang turut serta (walaupun terlewat).

Bukan untuk menang, (kerana entry abang tak ada yang istimewa) tetapi bagi menunjukkan sokongan pada blog yang memberikan inspirasi untuk abang kembali mengaktifkan blog ini.


Entry pada 14/02/2011 tu abang sangkakan emailnya tidak sampai di kotak mel Abang Sham On D Scene. Apa pun abang tak kisah, janji hati abang puas dapat memberikan sedikit sokongan pada blog hebat itu.

Rupanya ia diterima, dan hari ini (02/03/2011) ia dipaparkan di blog On D Scene.
Komen abang Sham pada blog kecil ni terasa membawa abang kelangit.

Tinggi sungguh pujian yang diberikan oleh Abang Sham pada ulasan kecil abang di blog On D Scene selama ini.

Sebenarnya abang mula memberikan komen di sana sebelum abang kembali aktif menulis blog ini lagi. Sewaktu On D Scene masih berplatform blogspot.com

Cara abang Sham mengolah kisah-kisah realiti beserta gambar-gambar edisi terhadnya, membuatkan abang merasa sangat selesa bila menatap blog itu.

Tambahan pula bila abang dapat berkongsi buah fikiran dengan para cerdik pandai serta blogger-blogger hebat yang sama-sama memberikan pendapat.
Terutamanya bila sesuatu isu menyentuh kehidupan seharian pemandu kenderaan berat yang jarang-jarang mendapat pendedahan sebenarnya.
(maklum la dreba bas / lori jarang sangat baca blog)

Dari On D Scene juga abang mengenali blogger elit Kujie (Hidup Biar Sedap) kerana kami sering berbalas-balas komen.
(Jujur! Sebelum abang kembali aktifkan blog ni, abang memang tak tahu pun Kujie tu siapa)

On D Scene juga menemukan abang dengan blog Mazidul Akmal Sidek (Hitam Putih Kehidupan), Ramblings of Not so Gegula (sekarang Hazrey.Who?) serta membina persahabatan maya dengan beberapa orang lain yang selalu melontarkan komen.
AkuHann dan URY adalah antara mereka yang abang kenali melalui On D Scene.

Sungguh!

Ulangtahun Kelahiran kali ni abang dah dapat hadiah yang sangat mahal.

Nilai kepada penghargaan dan persahabatan ini begitu besar ertinya pada orang biasa seperti abang.

Lebih mahal dari Apple iPad2.