COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Isnin, 14 Februari 2011

PILI BOMBA YANG HAMPIR DIBAKAR

kredit foto : wikimapia & google earth

Abang meronda ke luar negeri petang tadi. Eh... Jangan terperanjat. Naik motor je boleh sampai ke luar negeri tau.

 Tak lah, sebenarnya abang ke Pekan Lunas, Kedah. Luar negeri gak tu kan? Hari ni (Ahad) di Negeri Kedah  adalah hari bekerja. Jadi abang yang ada sedikit urusan berkaitan dengan Jabatan Kerajaan, kenalah ke sana.

Melintasi sebuah kawasan perumahan abang ternampak Pili Bomba ni. Terus teringat pertanyaan Kujie tentang bila nak hantar penyertaan dalam  Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene.


Sekali lihat semua ok. Pili Bomba tu sihat walafiat, semua lengkap.Cuma kedudukannya terlalu hampir dengan tempat membuang sampah. Ada tong sampah juga di situ. Yang tak eloknya, ada bekas pembakaran terbuka.


Cuma tinggal kira-kira 1 meter saja lagi untuk api menyambar,mujurlah ia terpadam / dipadamkan jika tidak sudah tentu api akan sampai ke Pili Bomba tu.
Memanglah Pili Bomba yang diperbuat dari besi itu tak mungkin terbakar, tapi sekurang-kurangnya cat kuning nya sudah tentu masih boleh dimamah api.


Bayangkan kalau Pili Bomba yang berwarna kuning ini jadi hitam berjelaga. Nak dijadikan cerita pulak, pada waktu yang sama ada kebakaran lain. Jentera Bomba tiba nak mengambil air dari situ, dah kena padamkan api dulu, baru boleh pasang paip.

Isk, tu cuma andaian nakal abang saja lah...

kredit foto : wikimapia & google earth


Tarikh : 13 Februari 2011
Masa   : 1725hrs (5.25 petang)
Lokasi : Kawasan Perumahan Berhampiran Pekan Lunas.
             Jalan LUNAS ke PADANG SERAI, KEDAH.

kredit foto : wikimapia & google earth
-->