skyscrapercity.com |
Tengah malam tadi abang dapat satu panggilan dari seorang rakan. Nik Amir, anak muda hensem dari Kelantan.
"Yo! (amacam Aznil la pulak)Abe Zo. Male sok kite gi Kota Baru. Ado kije sikit, boleh?"
Haa! Lama sangat dah tak ke Kelantan, Daru Naim. Negeri Serambi mekah.
Abang memang selalu kesana dulu semasa masih bertugas dengan bas ekspres.
Stesen Bas Ekspres Jalan Hamzah tu dah ibarat lokasi biasa bagi abang sewaktu usia awal duapuluhan dulu.
buddysurvey4u.com |
Entah kenapa, Negeri Kelantan sentiasa dalam ingatan abang. Walaupun abang tak punya saudara mara disana, tetapi suasananya yang tenteram membuatkan hati abang sentiasa terkenang-kenang akan negeri Cik Siti wan Kembang ini.
Sarapan pagi dengan Sate dan Ketupat, makan nasi tengahari dengan lauk bersama Budu cap Ketereh, makan malam dengan Nasi Kerabu dan segala keramahan kenalan abang yang masih terbayang-bayang di ruang mata walaupun sudah terlalu lama abang tidak kesana.
tanahmerahwebs.com |
InsyaALLAH malam ini abang dan Nik Amir akan bergerak dari Penang Sentral menaiki Mesra Liner jam 10 malam. Tempahan sudah dibuat melalui Mak Su Lina, rakan sekolah abang yang kini memilikki salah sebuah kaunter tiket di Penang Sentral.
Doakan perjalanan kami selamat.
Nota: Ada sesuatu yang 'baru' untuk perjalanan ini.
Posting pertama dari tablet PC sekenhen.
Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.