Dalam perjalanan pulang petang semalam, abang terserempak dengan sebuah Ambulan JPAM sedang bergegas ke satu lokasi dengan siren serta strobe beacon yang terpasang.
Kebetulan sehala dengan laluan, jadi abang tertinjau-tinjau jugalah kecemasan apa yang sedang mereka respons.
Dari jauh abang nampak Ambulan tu berhenti ditengah-tengah jalan.
Rasanya ada kemalangan jalanraya ni.
Sah...kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motorsikal.
Seorang pemuda dalam lingkungan usia awal dua puluhan
Krew Ambulan JPAM, seperti biasa,pantas serta penuh dedikasi, mula memberikan rawatan awal.
Itulah namanya Paramedik. Bantuan kecemasan awal dari anggota terlatih kepada mangsa kemalangan sebelum diberi rawatan yang lebih teliti di Bilik Kecemasan hospital nanti.
Remaja tu mengalami kecederaan yang agak parah juga di bahagian pergelangan kaki kanannya.
Kesan selepas Honda EX5 yang ditungganginya melanggar bontot sebuah Proton Saga
Mengikut cerita dari yang lebih terdahulu di tempat kejadian, remaja itu nyaris-nyaris terhumban kedalam parit selepas merempuh bahagian belakang kereta itu.
Rasanya dia orang tempatan di kawasan itu juga kerana ibunya juga ada di tempat kejadian semasa abang tiba sejurus selepas Ambulan JPAM itu sampai.
Kasihan melihat si ibu yang keresahan melihat keadaan anak kesayangannya yang sedang menahan sakit sewaktu diberikan rawatan awal oleh Paramedik JPAM.
Ibu mangsa sedang keresahan |
Pergelangan kaki kanannya mungkin tersangkut di mana-mana bahagian motorsikal atau belakang kereta sewaktu impak kemalangan itu.
Seandainya dia berkasut mungkin kurang sedikit kesan dari kemalangan itu.
Oleh itu, sebolehnya biarlah kita memakai kasut/sepatu, hendak lebih baik lagi memakai kasut yang tinggi potongannya (seperti boot) apabila menunggang motorsikal.
Selepas selesai dibalut bahagian yang luka, remaja itu terus digegaskan ke hospital berdekatan.
Off Topic sikit ::
Agak lucu pula bila abang melihat livery baru Ambulan JPAM ni.
Sekali pandang, macam warna koperat TNB pun ada.
Cuma siren dan strobe beacon sahaja yang membezakannya.
Abang secara peribadi memilih yang lama.
Nampak lebih garang dan professional.
Yang ini, kalau orang tengok dalam cermin pandang belakang, seolah van TNB. Kan?
Apa pun juga, SYABAS dan selamat bertugas dengan penuh kecemerlangan kepada Anggota Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.