Saja gatal jari nak tengok keyword blog ni ada atau tidak kat google web search.
Terjumpa la beberapa benda pelik.
Dua darinya seperti gambar ni.
link di friends-eat |
Bagi abang yang betul-betul kelabu asap dengan istilah-istilah seperti SEO ni jadi hairan la.
Kenapa link blog ni ada dalam website restoran kat New York ?
Apa kaitan cerita side loader dengan makanan ?
Link satu lagi ada kat web Indonesia.
Cuma yang ni tak lah pelik sangat, pasal web tu ada kaitan dengan jual beli kenderaan berat.
link di ardinovic.com |
Kemusykilan abang;
Macamana blog ni boleh ada link kat web yang tak pernah abang singgah tu?
Apakah ada kebaikan / keburukan dari link tersebut?
Tolong kisahkan pada abang dan mungkin juga ramai lagi para blogger baru yang ingin berkongsi penjelasan ini.
Silakan, dengan segala hormatnya.
Terlebih dahulu, abang ucapkan terima kasih.
(tolong jangan gelak ya, kalau entry ni kelihatan bodoh - kerana abang baru nak kenal ini semua)
Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.