COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Jumaat, 25 Mac 2011

BILA PEMBANTU RUMAH MERAJUK

Dah berapa hari abang tak update entry, ya?


Rasanya macam lama jugak.
Kali terakhir melalui mobile blogging.





Sebenarnya tak lah sibuk apa pun, cuma sedang mencuba itu dan ini pada setting pc 2nd hand  yang abang baru beli.
Baru nak belajar OS Windows 7.
Gagap la, hehe. 


Ingat lepas ni nak cuba pulak UBuntu. Kata depa, sudah-sudah la bagi Microsoft tu kaya raya. Bill Gates dah tak tau nak letak mana duit dia.


Sapa-sapa yang pernah ada pengalaman dengan Ubuntu, tolong cerita kat abang. Nak tau jugak performance  dia. Susah senang cara nak operate  dia. Bukan apa, takut tak jumpa jalan kembali lepas merayau jauh-jauh dalam sistem dia tu nanti. Hehehe






Ok. 
Petang kelmarin, 'pembantu rumah' bangsa Korea tu merajuk.


Dia nak spin  saja, lain-lain kerja dia tak mau. Siap ada bunyi macam menjerit-jerit bila dia duk spin.






Abang pun merayau kat google, cari keyword 'repair  pembantu rumah mesin basuh' dan jumpa satu.


No fon dia : +6 012-503-3326 : CHEW


Panggilan terus berjawab. Chew tanya, apa masalah mesin basuh tu. Abang cerita serba sedikit dan dia terus dapat  memastikan apa masalah sebenarnya. Dia terus bagitau abang harga dengan jaminan sekali (satu tahun tau!).


Abang rasa cukup selesa dengan orang yang berterus terang seperti ini. 


Kami membuat janji temu melalui telefon dan selepas tu abang SMS latitude   dan longitude  kedudukan rumah abang.






Petang tadi Chew sampai depan rumah abang tanpa perlu merujuk kepada sesiapa. Betapa kemudahan GPS amat membantu.


Tanpa membuang masa, Chew yang berusia lingkungan awal 30an itu terus memulakan operasi menanggalkan bahagian yang diyakini mengalami masalah.






Sambil dia menyelongkar bahagian-bahagian dalaman yang rumit, Chew yang amat ramah dan petah berbicara itu beberapa kali mengucapkan; 'InsyaALLAH dan Alhamdulillah'.


Abang dengan Mak mulanya menyangka Chew adalah seorang Islam. Tapi rupanya Chew sedang mendalami Islam dan sedang menuju kearah HidayahNYA. 
Sama-sama kita berdoa, mudahan Chew bertemu NUR yang dicarinya selama ini. AMIIIN ! 


Ada satu bahagian yang menjadi kesukaran. Ada sesuatu yang melekat teramat kuat. Hampir satu jam Chew berusaha untuk menanggalkan bahagian itu. 
Akhirnya inilah ikhtiar penghabisan.





Pernah tengok api dalam mesin basuh? Bagi abang baru ini kali pertama. 


Masalah utamanya adalah benda ni. Tidak ada cara untuk diperbaiki kecuali ditukar.


Rupanya mesin basuh ni, lebih kurang komputer jugak, semuanya plug & play.





Selesai semuanya, abang membayar harga seperti yang teleh dipersetujui di dalam perbualan telefon sehari sebelumnya.
Tiada cas tambahan walaupun sebenarnya abang dapat dua barang yang baru.


Chew menghadiahkan satu dari dua benda itu sebagai tanda persahabatan dan kegembiraan kerana kami dapat berkenalan.


Tidak hairanlah, jika Chew mempunyai hampir 2 ribu orang pelanggan selama ini. Semuanya perkhidmatan dari rumah kerumah.


Chew juga mempunyai kemahiran memperbaiki peti sejuk, penghawa dingin dan memasang CCTV. 
(dengan harga yang amat berpatutan - pada hemat abang) serta berkebolehan dalam sistem enjin kereta berprestasi tinggi.


Chew berkhidmat di sekitar Pulau Pinang & Seberang Perai, Kedah dan Utara Perak. Semua perkhidmatannya adalah secara datang sendiri ke tempat kita dan menyiapkannya pada hari yang sama sekiranya maklumat yang diberi adalah tepat, kerana Chew akan membawa alat ganti yang betul semasa datang ke tempat kita.


Chew boleh dihubungi melalui panggilan telefon ke nombor :   012 503 3326
Nyatakan apa jenama dan model benda yang anda hendak perbaiki, sertakan alamat, lebih baik jika anda ada lokasi GPS.


Abang bukan mewakili Chew kerana sesuatu imbuhan,tetapi atas dasar persahabatan yang baru terjalin.


Sebelum bertolak ke lokasi pelanggan seterusnya di Sik,Kedah, Chew sempat berkata;
"Abang Zul, tolong Doakan saya,ya?"


Dalam maksudnya. 


InsyaALLAH, Chew... Jika kebenaran yang dicari, pasti di penghujung nanti akan ketemu jua. 


Mudahan HidayahNYA akan sentiasa bersama. AMIIIN !!!







Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.

 Tuliskan walau hanya sebaris ayat tanda kehadiran anda di ruang ini
Comments
Comments