Sejak semalam, tak kurang dari 20 blog telah meng'kopi pes' berita dari akhbar online untuk tatapan pembaca mereka.
Nampaknya, apa sahaja yang melibatkan bas ni memang menjadi tumpuan sebahagian blogger. Tidak pasti, apakah untuk menuding jari mencari kesalahan atau dijadikan pengajaran untuk muhasabah diri.
Abang sebenarnya tidak langsung berniat untuk mengulas tentang perkara ini. Terasa seperti akan ada berat sebelah (bias) apabila seorang bekas pemandu bas mengulas kejadian yang seumpama ini.
Walaupun abang cuba untuk berada seberapa neutral pun, pasti akan kelihatan bias oleh kerana profession yang pernah abang pegang dulu.
Panggilan telefon dari seorang rakan; Koc Kapten yang bertugas di sebuah Syarikat Bas Persiaran terkemuka di negara ini agak mengusik hati abang.
Beliau meluahkan rasa tidak puashati tentang berita yang disiarkan. Ada fakta yang tidak tepat ditulis berulang kali, katanya.
Abang terus menjenguk ke laman online akhbar tersebut.
Terdapat kesalahan fakta kepada jenis perkhidmatan bas yang terlibat dalam kemalangan itu.
Di situ dinyatakan oleh wartawan tersebut (sekurang-kurangnya 4 kali) bahawa bas yng terlibat dalam kemalangan itu adalah BAS PERSIARAN.
Abang tak tahu bagaimana dia mendapat maklumat yang salah sebegitu.
Lebih tak enak lagi dapat melepasi Inche' Editor dengan berita yang ternyata salah faktanya.
Apakah cuma dengan melihat gambar sahaja, kita dapat menafsir apakah jenis perkhidmatan bas itu?
Mungkin dia mengagak berdasarkan warna hijau pada bahagian bawah badan bas itu?
gambar bas tersebut ketika masih dara jelita |
Secara jujur, sedangkan abang yang beberapa tahun pernah menjadi pemandu bas (bahasa indahnya - Kapten Koc) pun tak berani meneka jika cuma melihat gambar bas itu sahaja.
Mungkin bagi seorang wartawan atau pembaca yang tak peduli, tiada apa-apa perbezaan pada nama perkhidmatan bas itu.
Asal bas, sudah memadai. Walaupun sebenarnya bas datang dalam pelbagai bentuk perkhidmatan serta amat berbeza suasana cara operasinya.
BAS PERSIARAN yang didakwa oleh pengarang serta akhbar online itu, sebenarnya adalah BAS EKSPRES.
Why bother ? Kan sama le tu... BAS tetap BAS. (mungkin ada yang terdetik berkata walau didalam hati)
Secara sedar (rasanya memang tak sedar pun) kenyataan yang salah sedemikian telah mencalarkan kredibiliti sekelian pemandu BAS PERSIARAN.
Kenapa ?
1. BAS PERSIARAN perkhidmatannya merangkumi membawa pelancong dari satu lokasi ke destinasi yang telah ditetapkan dengan kadar sewaan yang telah dipersetujui sebelum itu.
Dengan diiringi oleh seorang pemandu pelancong.
2. BAS PERSIARAN tidak dibenarkan mengambil penumpang di mana-mana Stesen atau Perhentian Bas.
(kecuali dengan izin khas dari LPKP - sebagai bas tambahan pada musim perayaan)
3.Tidak dibenarkan untuk membuat perjalanan sehala dengan tiket yang ditentukan tambangnya.
4. BAS PERSIARAN mula mendapat perhatian dan tumpuan yang pelik sejak berita itu tersebar, bila rakan-rakan abang yang berkhidmat di sektor BAS PERSIARAN sudah ada yang disoal itu ini oleh Penguatkuasa JPJ.
Hari ini, maklumat semuanya di hujung jari.
Tekan saja papan kekunci ataupun klik tetikus di tempat yang sesuai, pasti akan bertemu maklumat yang kita perlukan.
Buktinya:
STATUS sebenar bas tersebut |
Kalau abang yang cuma seorang bekas pemandu bas, boleh mendapat maklumat tepat seperti ini, kenapa seorang WARTAWAN dan EDITOR yang sudah barang tentu mendapat pendidikan tinggi tidak berusaha mendapatkannya?
Apakah sudah habis ikhtiar untuk mendapatkan sumber maklumat yang tepat?
Menulis sesuatu berita tanpa fakta yang betul, membuatkan wartawan semakin hilang kredibiliti di mata umum.
Rasanya ini bukan kali pertama WARTAWAN dan EDITOR menyiarkan berita ikut sedap jari menaip sahaja.
Gambar terbaru PJG 8807 (BAS EKSPRES) |
Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.