COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Selasa, 15 Mac 2011

TAK SERONOK JADI JUTAWAN ?

pakcik kayo !

Hidup ni penuh warna-warni. Ada kala duka, ada ketika gembira. 


Bila gembira, terkait dengan rasa seronok.

Seronok juga datang dalam berbagai cara.

Kampung pun ada yang seronok tau.
Kat mana?
Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Hehehe... cuba google, tengok kat mana?

Hari ni abang rasa seronok kerana beberapa sebab.

Pertama abang dah melepaskan taraf jutawan. Laaa...orang nak jadi jutawan, abang tak nak pulak?

Tak nak !! Tak nak jadi jutawan dalam blog ranking  laa...

Tak keterlaluan rasanya kalau abang kata, semua blogger nak ranking  blog dia semakin naik dan sebolehnya nak jadi terbaik di antara yang terbaik sebagai satu pencapaian peribadi.

Alexa Ranking
Bagi abang yang dalam kategori 'blogger wannabe'  ni, melepasi tahap di bawah satu juta dalam ranking  sedunia, dah dikira cukup baik. Malahan terlalu baik.(perasannya)

Abang mulakan blog ni pada tahun 2009, tanpa arah dan tujuan. Nak ada sebuah blog saja. nak ikut trend, kononnya.

Awal tahun 2011 ni baru abang kembali aktif meneroka apa yang dikatakan dunia blog ini sebenarnya.
Baru nak kenal SEO, pagerank, unix visitors, pageviews, keywords, inbound/outbound links, dofollow/no follow, iklan, (baru dapat RM0.44 - jangan gelak !) kena reject  dengan incik google adsense, blogger taiko, blogger baik, blogger elit, blogger kaya, blogger miskin (abang la tu) dan macam-macam lagi rencah gayanya.

getclicky
Blog ni mula dengan ranking no 9 juta lebih (awal 2011 - selepas kenal sapa Cik Alexa).

Hari ni, dah melepasi taraf jutawan. Seronok niii... (terima kasih kepada yang sudi singgah - yang selalu, yang sekali sekala dan yang pertama kali bersua blog kecik ni)




Malaysian Idols
Hari ni juga Blogger idola dengan ranking Alexa ke 467  di Malaysia, singgah sekali lagi untuk meninggalkan komen.
Bukan setakat tu saja, beliau siap follow  blog ni !

Beliau juga antara penyumbang visitors  tertinggi ke blog ini bila link  dari salah satu entry di blog beliau mencurah masuk pada waktu itu.

getclicky
Tak terkata rasa seronoknya, bila seorang yang selama ini menjadi sumber inspirasi malahan boleh dikatakan idola abang, sudi menjenguk kesini dan meninggalkan komen apalagi menjadi follower  pula.

do-follow
Bukan bermakna abang tak menghargai follower yang lain, (tak ramai pun - ada 61 orang setakat hari ni dan kebanyakkannya bukan blogger) atau komen yang lain, tetapi bila seseorang yang kita admire  (tak pernah kita sangka akan datang singgah) tiba-tiba sudi berbuat begitu, bagaimana rasa nya?
Bayangkan begini; kita suka dan minat serta mengidolakan seorang bintang (artis) tiba-tiba dia muncul di pintu rumah, macamana rasa? Bukan bermakna anda tak hargai kunjungan rakan-rakan dan handai taulan,kan? Cuma rasa teruja itu pasti akan ada. Demikianlah apa yang abang rasa hari ini.

Abang hargai semua pengunjung yang sudi singgah, malahan amat berterima kasih serta merasa amat terharu kerana ada juga yang sudi tampil menatap bingkisan seorang pemandu lori seperti abang.

Tiupan kata-kata semangat dan komen-komen yang membina dari pembaca di sini membuatkan abang semakin teruja hendak menulis seberapa yang termampu (walaupun menaip patuk ayam tau!) tentang kisah hidup kami dari sisi yang berbeza.

Hasrat abang cuma satu, memberikan serba sedikit pemahaman kepada masyarakat tentang apa yang kami lalui sehari-hari.
Merangkumi lori dan bas kerana abang terlibat secara langsung dalam kedua-duanya.
Sedaya mungkin hendak menyampaikan apa yang selama ini tersirat dari yang telah tersurat.

Ini kerana pada pandangan abang, masyarakat di luar sana sering memandang serong kepada kelompok kami disebabkan terlalu disogok dengan berita sensasi oleh wartawan akhbar serta media arus perdana yang selalu membuat andaian dari perspektif mereka sendiri.

Biarlah dari ruang yang kecil ini, abang dapat sedikit sebanyak menyampaikan apa yang sebenarnya warna hidup kami.


Boleh kan, untuk abang merasa seronok ?

incik wikipedia
Daripada beratus juta blog, (baru blog - bukan semua semua website) blog kecik abang ni dapat juga melepaskan taraf jutawan.

Sekalung rasa Terima Kasih untuk SEMUA yang pernah singgah di sini.



Nōtonōto :(Saikin no jishin to tsunami saigai no gurippu no Nippon kokumin ni aitō no i.)

Note:  Condolences to Japanese citizens in the grip of the earthquake and tsunami disaster recently.







Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.
Comments
Comments