COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Jumaat, 18 Mac 2011

NAK BELI SUPERBIKE - LETAK DALAM POKET




Ada Ekspo kecil-kecilan di Pekan dekat rumah abang, sempena cuti sekolah.

Petang tadi sesaja singgah, pasal nak tengok skill Ahmad Asri.

Skill apa tu?

Naik motorsikal. 

Dia duk minta banyak kali sangat dah, nak belajar bawak motor Kriss buruk ayah tu.

The answer is - NO ! Full STOP
Pasal umur dia baru 13 tahun. Not legal yet to ride a bike. (mountain bike  takpa)

Hari ni ayah bayar duit sikit, bagi dia rasa macam mana menunggang motor yang ada enjin.

Mula-mula bagi dia cuba yang pelik. 

Motor yang ada 4 tayar, macam kereta. (ayah pun tak pernah merasa lagi tau...)

tegang semacam ja muka,tu..

Kemudian bagi dia merasa pulak super Pocket Bike.

safety-pad untuk Ahmad Asri
standby dengan muka cuak
ewah... 
Bila dah rasa kedua-duanya, Ahmad Asri nak ayah belikan sebiji.

ada starter dengan mono-shock

RM1500. 
Terus terang cakap, abang tak mampu nak beli permainan semewah tu. 
Walaupun untuk anak kesayangan.

Maafkan ayah ye, Ahmad Asri. 

Maybe someday - Maybe...





Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.