COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Rabu, 9 Februari 2011

CQ! CQ! This is NINE WHISKEY TWO FOXTROT LIMA YANKEE...

CENANG CONTROL - MWF 2010

Entah kenapa, sehari dua ni abang asyik terkenang kisah lampau. Paling dekat di hati adalah Radio Amatur. Banyak yang abang lalui selama menjadi Operator Stesen Radio Amatur ni.


Minat dengan komunikasi dua hala tanpa wayar ni bertunas sejak kecik lagi. Zaman tu bila jumpa kereta peronda Polis (Alfa Romeo Guilitta, Alfetta & Volvo) abang pasti akan jenguk nak tengok peralatan radio komunikasi tu. Masa tu kalau tak silap abang jenis Philips. (sekarang Motorola).

Minat ini semakin tumbuh mekar walaupun cuma tersirat dalam hati.
Kenapa?

Kerana zaman abang membesar belum ada Internet. Yang ada cuma telefon (telefon rumah), mesin fax, telex dan buku serta akhbar. Makanya minat itu terpendam tanpa mendapat pandu arah kerana abang tak pernah tahu yang orang biasa pun boleh berkomunikasi tanpa wayar secara sah.

Kredit : FOTO dari blog 9W2OHM http://9w2ohm.blogspot.com/


Ketemu KING OF THE HOBBIES ni ketika lewat usia. Kebetulan sewaktu menetap di Gurun, Kedah abang berjiran dengan seorang yang sama minatnya.
Sekalung terima kasih untuk 9W2ZAN Saudara Azizan juga dikenali sebagai Megat.

Dari situ abang dibawa bertemu Mahaguru Radio Amatur kami, 9M2MZ Pak Long Marzuki. Bertitik tolak dari situ lah minat ini semakin berkembang. Subur dan rendang bagai disiram dan dibaja. Sikap Pak Long yang langsung tidak prejudis melayan abang walaupun baru pertama kali berjumpa, membuatkan hati makin tertarik untuk mendalami apa itu Radio Amatur sebenarnya.

Selang beberapa lama, setelah bergelar SWL (short wave listener) abang cuba untuk menjadi Operator Stesen Radio Amatur dengan menduduki RAE (radio amateur examination) untuk kelas B, pada 29 Nov 2005.
Selepas lulus, abang beroleh CALLSIGN (isyarat panggilan) 9W2FLY. Untuk pengetahuan, CALLSIGN  ini amat unik. Dengan persefahaman dari ITU (International Telecommunication Union) setiap CALLSIGN tidak akan ada yang kedua lagi walaupun di seluruh dunia.
kredit gambar: wikipedia
kredit gambar : MARES Picture Gallery


Tak percaya? Cuba anda google 9W2FLY atau 9w2fly - lihat apa yang keluar di sana.


MALAYSIA WATER FESTIVAL 2010


Dengan hobi ni kami kadang-kadang disalah anggap ni kerana ada yang sangka kami 'tonto' kerana peralatan radio yang terpasang pada kenderaan masing-masing serta antena yang terpacak - ada juga ingat kami ni 'call man / longkai' bila menyelitkan walkie talkie di pinggang.

Kerana hobi ini dah banyak benda yang abang lalui. Rasa bertuah kerana dapat juga mengenali hobi pelik ini walaupun setelah lewat usia. Gambar-gambar di bawah adalah antara yang pernah abang lalui bersama Radio Amatur.
AT CAPTAIN'S BRIDGE MV DIVEMASTER 1

BERTUGAS DI ATAS KAPAL MV DIVEMASTER 1 ketika LANGKAWI INTERNATIONAL FISHING TOURNAMENT 2009 - Cabaran Tukun Perak-


LIMA 2009 - Tourism Carnival - Comm & Transport


LIFT 2008 - Mackerel Run - AWANA PORTO MALAI


ADEC PUSAT- LATIHAN KAWALAN BANJIR KEDAH 2008




01 / 01 / 2007
 PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN RADIO AMATUR SEMALAYSIA KEPADA MANGSA BANJIR DI SEGAMAT JOHOR
untuk cerita lengkap klik : WAKAF AMATUR SEGAMAT




-->