COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Jumaat, 28 Januari 2011

"KENAPA YOU LANGGAR SAYA ?!"

Pagi tu, sekitar jam 11, abang tengah drive Prime Mover  dengan treler 40 kaki triple axles  dari Depot  di Ipoh nak ke ICD untuk pick-up  2 X 20 kaki GP.
Back to back atau Double Mounted  istilah kami, Pemandu lori kontena.
Lepas tu nak terus ke KCT Northport, Pelabuhan Kelang.


seatbelt please !


Kenderaan memang banyak masa tu, berduyun-duyun segala bagai kereta,motorsikal, lori, van, kereta mayat dan semua yang ada macam tak sempat-sempat nak ke lokasi masing-masing.

Sampai di traffic light  pekan apa ntah (sengaja takmo bagitau), lampu bertukar merah.
Abang di depan sekali dalam barisan panjang tu.
Standby  di lorong kanan pasal kat depan lepas je traffic light  tu, jalan 2 lane jadi 1 lane...nak masuk pekan ntah apa nama dia tu.

Lampu tukar hijau je, abg pun enggage low-shift 3rd, release air brakes..gerak.. Kat depan jammed  pasal nak berebut lane  yang 1 tu.
Abang gerak perlahan-lahan sambil mata ligat menoleh side mirror  kiri untuk pastikan tiada kenderaan lain yang rapat dan mencelah masuk bila semakin hampir dengan jalan yang satu  lane  tu.


12 speed Hi-lo with Splitter

Semakin hampir dengan single lane  tu, 2-3 buah kereta masih sempat mencelah masuk di sudut kiri prime mover. Setelah abang pastikan ketiga-tiga set axles  belakang melepasi divider  dekat traffic light tu, abang tumpukan perhatian pada kereta-kereta yang nak mencelah masuk dari kiri.

Tetiba terasa kabin bergegar dan beroleng ke kiri dan ke kanan
(kabin prime mover  yang abang pandu ada independant suspension).
"ahhh....! sudah..!! Kena gosok ni..." rungut abang sensorang.
Renung ke cermin sudut yang tergantung di tingkap kiri, tak de nampak apa-apa, hitam jer.
Betul ke dah ada yang kena gesel ni?


Apply air brakes, neutralkan lowshift 3rd  tadi, tekan button hazard lights, tanggalkan seat belt, abang buka pintu dan pijak 2 mata tangga..turun dari kabin.
Jalan 5-6 langkah ke kiri prime mover, jenguk...
SAH !! Ada proton wira hitam dah tersepit di celah-celah roda depan.


Dalam wira tu, ada dua orang. 
Si pemandu menunjukkan isyarat tangan tanda tak puas hati. Abang pun balas balik, (gaya nya macam bermaksud; 
"apa laa... yang ko pegi sondol sebesar-besar lori ni buat menda ?")


Dengan aksi yang makin tak puas hati, kedua-dua orang tu keluar ikut tingkap (ikut pintu kiri le)...
Eh ? Perempuan laa.. "masalah ni..."


Sah !! sebaik keluar je, si pemandu (bertukar menjadi superwoman) dengan suara tinggi menjerkah abang ; "KENAPA YOU  LANGGAR SAYA ?!"
Tak sempat abang nak jawab, dia tambah lagi; "YOU  TAK TENGOK SIDE MIRROR  KE? YOU BUTA KE ??!"
Uiii... garang ni..
Sementara di belakang treler abang, jalan dah jadi packed  dengan kenderaan.
Hon bertalu-talu, bersilih ganti.
Penonton pun makin ramai di tepi jalan, maklum la dekat pekan. Abang buat pekak jer.
Dah kita accident, bukan sesaja parking  tengah jalan.


Malas la abang nak bertekak dengan orang yang tuduh melulu macam ni.
Perempuan pulak tu.
(bukan senang nak menang kalau bertekak dengan perempuan ooo...)
Lebih baik diam je, buat bodo...
Di celah-celah ramai penonton tu, ada 2-3 orang yang datang rapat dengan abang. seorang apek  berbisik ; "tadi wa  nampak itu pompuan pakai fon, lu  tau...itu pasal la dia tak nampak lu  punya lori".
Sorang remaja India pula menambah; "Ya, macha..saya pun nampak...dia tengah SMS la saya ingat.."


yang baju belang tu ler apek

Kan ? Abang dah agak. Mesti ada sesuatu yang tak kena bila sebesar-besar prime mover  dengan treler 3 axles  ni ada lagi yang tak nampak.
Padahal kelajuan abg tadi cuma merangkak.
Tak sempat pun nak shift  gear. Senang cerita speedometer  pun tak sempat jumpa nombor yang mula-mula..
Punya le slow, pun ada yang sondol lagi...


Selepas berkeras menuduh abang yang salah dan tidak mahu mengalihkan keretanya atas alasan nak tunggu polis datang, entah dari mana muncul seorang anggota Polis yang baru habis bertugas.
Masih dalam uniform penuh kecuali bertutup jaket, anggota itu menerangkan pada pemandu wanita tu;
"awak kena ubah kereta ni, tengok...jalan dah jadi jammed  teruk pasal awak nak bertekak".
Dia menambah;
"kes ni bukan ada kematian, awak boleh alih kenderaan..kalau datang polis trafik, awak berdua kena saman lagi.."

Abang menyampuk;
"encik, tadi saya dah cakap macam tu..tapi dia tak nak.
Dia nak tunggu polis datang jugak".
Anggota tu menggeleng sambil menambah lagi;
"tak perlu..terus pergi balai trafik, report!"

Selesai urusan di balai trafik, IO keluar nak tengok kenderaan. Kereta tu rabak sebelah kanan, tayar hadapan kanan pun terkoyak.
Prime mover  abang, calar kat studnuts  dan tepi bumper.




Sarjan tu membelek gambar yang abang ambil menggunakan telefon bimbit,  dan dia berkata kepada pemandu kereta tu ;
" Memang you  yang masuk lane  dia.... you tak nampak ke line  putih tu?
Lori ni memang ada kat tempat yang sepatutnya. Kanan lori ni double line, dia nak pergi mana lagi ? Patutnya you  tunggu bagi lori ni lepas dulu, baru masuk... potong kiri ni.. salah tau.. ! You kena bertimbang rasa, terutama dengan kenderaan berat sebab diaorang banyak BLINDSPOT" panjang gak khutbah IO  tu..





Perempuan tu tersipu-sipu bila disekolahkan (sekolah memandu) oleh Sarjan Trafik tu.

Abang ? Senyum ala-ala jer la.. tak kan nak jerit; "yeah! yeah!" kot...


Ini Pesan abang ::

SEKIRANYA ANDA MEMANDU KERETA (KENDERAAN YANG RENDAH) JANGAN SEKALI-KALI CUBA UNTUK MEMOTONG KENDERAAN BERAT DARI SUDUT SEBELAH KIRI HADAPAN. WALAUPUN ANDA RASA SEPERTI SEMPAT JUGA MENCELAH, JANGAN AMBIL RISIKO. PLEASE....


UNTUK MOTORSIKAL PULA, JANGAN SEKALI-KALI BERHENTI DI SUDUT KIRI ITU JIKA ADA KENDERAAN BERAT BERHENTI DI DEPAN SEKALI DI LAMPU ISYARAT MERAH.

Kesimpulannya, sudut kiri hadapan kenderaan berat (lori yang tinggi - buatan Eropah) memang ada satu BLINDSPOT
Walau sehabis ikhtiar pemandunya untuk memerhatikan, tetap tidak akan nampak kalau ada kereta (motosikal juga) ataupun apa-apa kenderaan yang setaraf dengannya, cuba mencelah di situ.



Tinggalkan jejak, walaupun hanya sekadar sebaris ayat, setelah menatap bingkisan ini, 

-->