COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Isnin, 31 Januari 2011

TOLONG abang.......please......

Abang jarang ambil tahu tentang hal-hal yang berat badan dan memeningkan kepala. Abang tak reti nak olah kisah-kisah yang berlaku di luar negara, pasal abang tak ngaji tinggi. Kan abang cuma dreba lori, setakat nak cerita kisah hidup abang sendiri tu boleh lah. Itupun ayat tunggang langgang entah kemana.



Tapi kisah yang dipaparkan dalam ruangan seorang Blogger Elit (kujie2.com) yang sudi bersahabat  dengan abang, membuatkan abang rasa terpanggil untuk menyebarkannya, sekadar yang termampu. Mudahan ada sedikit sebanyak yang abang dapat sumbangkan dari blog kecil ini.


Tambahan pula, Kujie meletakkan footnote ini;

"Anda digalakkan untuk sebarkan post ini ( copy paste dibenarkan )"

(sempat ke nak upload sebelum prepaid broadband tamat tempoh tengah malam ni..isk !)

Berikut adalah petikan SMS dari Mesir yang abang copy paste dari blog kujie2.com
ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar
ni update dari adik saya..
keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas
pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh  charge or no kredit so dah tak  boleh call..
dan  gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang  hidup dalam kegelapan…
then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..

Untuk kisah sepenuhnya sila klik ke ruangan Kujie di :tolong-ingatkan-najibrazak-nasib-rakyat-malaysia-di-mesir.html
sebahagian artikel dari :   http://www.kujie2.com/
-->