COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Jumaat, 4 Februari 2011

JOM TERJAH - Bangku Kosong !

Salam Hormat;

Abang mula kenal internet sewaktu lewat usia. Tahun 2009 baru kenal apa tu BLOG. Maka terasa nak buat satu. Tak paham sangat pun sebenarnya, tapi teringin jugak nak ada sebuah BLOG.

Kebetulan abang ada kawan yang reti segala benda tentang IT dan isi perutnya. Dengan tunjuk ajar dia, abang mula buka satu akaun blogspot.  Maka lahirlah sebuah blog pada hari Selasa 17 Februari 2009. Posting pertama jam 2340hrs.

Tanpa ada sebarang tujuan khusus, cuma tidak mahu terlalu ketinggalan dalam perkembangan IT yang semakin canggih ketika itu.

Abang tidak pernah aktif selepas beberapa post yang kelihatan seolah tiada hala tuju, sekadar beberapa catatan dan gambar tentang perjalanan ke beberapa tempat.


Awal tahun ini, abang kembali menjenguk blog yang sudah sekian lama sepi ditinggalkan. Entah mengapa tetiba datang keinginan untuk menulis lagi. Antara blogger terawal sudi singgah dan komen posting abang tu adalah Saudara Hasrul Hassan. Abang kemudian singgah di blog beliau yang kelihatan amat canggih berbanding blog abang yang teramat ketinggalan zaman.
 Hari ni Hasrul buat satu posting berjudul : 

Serius ni... abang tak paham apa satu pun tentang 'bloglist' ni. 
(tapi abang akan cuba memahaminya pelan-pelan) 

Entah betul entah tidak format yang diperlukan oleh Hasrul, tapi abang nak jugak tumpang sekali. 

Mudahan persahabatan yang dibina di alam siber ini akan bermanafaat untuk kita semua.

Sekian.

Terima Kasih 

...(eh? macam karangan surat kiriman masa SRP dulu la pulak...)


Glossari
Kawan abang : 9W2ALS Alias Salan JB.

SRP              : Sekarang dikenali sebagai PMR.

http://hasrulhassan.blogspot.com/
-->