COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Selasa, 29 Mac 2011

17 Jam dan 1000+ Kilometer Tanpa Henti


Salam hormat. Mobile blogging lagi lah nampaknya.

Pagi dan tengahari tadi di Bukit Kayu Hitam. Jumpa banyak rakan seperjuangan dari negara jiran.

Yang dalam gambar di atas baru tiba dari Bangkok.
Perjalanan selama 17 jam tanpa henti. Jarak kira-kira 1000 kilometer lebih.

Kagum dengan kesungguhan mereka. Walaupun cuma dengan Isuzu 10 roda, namun mereka kelihatan begitu bersemangat sekali.

Malam ni abang dalam perjalanan ke Johor Baru.
Doakan perjalanan ini selamat dan sempurna.

Nota: posting dari dalam kabin 124L 420.

Sabtu, 26 Mac 2011

Rindukan KELANTAN DARUL NAIM

skyscrapercity.com

Tengah malam tadi abang dapat satu panggilan dari seorang rakan. Nik Amir, anak muda hensem dari Kelantan.

Jumaat, 25 Mac 2011

BILA PEMBANTU RUMAH MERAJUK

Dah berapa hari abang tak update entry, ya?


Rasanya macam lama jugak.
Kali terakhir melalui mobile blogging.





Sebenarnya tak lah sibuk apa pun, cuma sedang mencuba itu dan ini pada setting pc 2nd hand  yang abang baru beli.
Baru nak belajar OS Windows 7.
Gagap la, hehe. 


Ingat lepas ni nak cuba pulak UBuntu. Kata depa, sudah-sudah la bagi Microsoft tu kaya raya. Bill Gates dah tak tau nak letak mana duit dia.

Isnin, 21 Mac 2011

Menunggu Hujan Reda


Cuaca lembap sejak kebelakangan ini.
Mungkin kesan gempa dan Tsunami di Jepun baru-baru ini.

Petang ni hujan lagi. Abang sedang pekena teh panas sorang-sorang kat restoran di Sunway City, Seberang Jaya.
Ada yang nak join?

Bas apa yang kemalangan ?

Awal pagi kelmarin, satu kemalangan melibatkan sebuah bas yang terbabas di KM 214.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Alor Gajah,Melaka.

Sejak semalam, tak kurang dari 20 blog telah meng'kopi pes' berita dari akhbar online  untuk tatapan pembaca mereka.

BLUE TIGER 26 CLASS



Menunggu Blue Tiger dengan gerabak panjangnya melepasi lintasan.

Tak lama lagi, bila dah siap landasan berkembar, boleh la pergi Alor Setar naik komuter.

(percubaan mobile posting)

Pakar SEO - Tolong Abang...

Siang tadi abang merayau kat google.

Saja gatal jari nak tengok keyword  blog ni ada atau tidak kat google web search.

Terjumpa la beberapa benda pelik.

Dua darinya seperti gambar ni.

link di friends-eat

Jumaat, 18 Mac 2011

NAK BELI SUPERBIKE - LETAK DALAM POKET




Ada Ekspo kecil-kecilan di Pekan dekat rumah abang, sempena cuti sekolah.

Petang tadi sesaja singgah, pasal nak tengok skill Ahmad Asri.

Rabu, 16 Mac 2011

Saga Lebih Kuat Dari Honda


Dalam perjalanan pulang petang semalam, abang terserempak dengan sebuah Ambulan JPAM sedang bergegas ke satu lokasi dengan siren serta strobe beacon  yang terpasang.
Kebetulan sehala dengan laluan, jadi abang tertinjau-tinjau jugalah kecemasan apa yang sedang mereka respons.

Selasa, 15 Mac 2011

TAK SERONOK JADI JUTAWAN ?

pakcik kayo !

Hidup ni penuh warna-warni. Ada kala duka, ada ketika gembira. 

Sabtu, 12 Mac 2011

NAK TIDUR DI MANA MALAM NI ?

timber to Australia

Teringat satu waktu dulu, di Pasir Gudang,Johor. Sedang abang menunggu barang-barang yang dipunggah keluar dari kontena, seorang dari pemandu forklift di situ bertanya, "Malam ni terus balik ke Penang ke, bang?"

Rabu, 9 Mac 2011

SAPA NAK TARIK NI?

malaysiabackpacking.com


Selasa, 8 Mac 2011

Bila Kita Hanya Semut Merah.

upside down
Pernah tak terasa diri macam kecik sangat. Rasa down seperti tak diendah sesiapa.
Ada orang, merasa dia terlalu betul sehinggakan tidak menganggap permintaan kita seperti datangnya dari seorang manusia.
Dari mana datangnya darjat?
Kenapa perlu ada penghormatan yang terlalu?

Perlukah penghormatan itu diminta?
Bukankah penghormatan itu datang sendiri?

Nota: posting dari kaki lima menggunakan hp buruk.

Jumaat, 4 Mac 2011

Apa bezanya YOU shift DENGAN I -Shift ?

VOLVO FM12 Globetrotter 420 I-Shift

Memang la berbeza, pasal bukan you  yang drive     lori treler ni, kan?

Rabu, 2 Mac 2011

HADIAH ULANG TAHUN KELAHIRAN PALING MAHAL !

A mock iPad 2 - engadget.com


Esok 03-03-2011 adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran abang.