COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Jumaat, 1 Mei 2020

MEMANDU BAS UNTUK KE LUAR NEGARA


Kredit Photo : CHRISS COACHES 

Apa kaitan BAS ini dengan Abang Zul?
Gambar BAS berwarna putih itu diambil di Cairns, Queensland, AustraliaπŸ‡¦πŸ‡Ί beberapa tahun lampau. 
Tahukah anda? Bas itu sebenarnya berasal dari MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pada lingkungan tahun 1998 (bersamaan 22 tahun dahulu), Abang pernah memandu sebuah dari BAS berwarna putih itu dari satu syarikat pembuat badan bas bernama Jurucoach Technology, di Senawang, Negeri Sembilan 
ke storage center Pelabuhan Klang semasa proses penghantaran bas-bas ini dengan kapal ke Australia.
Syarikat 
Jurucoach Technology ini di bawah Naungan Tractors Malaysia pada ketika itu. berkongsi bumbung dengan Firama Jaya Sdn Bhd, pembuat badan lori dan treler yang terkenal di Malaysia sehingga hari ini.


Pada masa penghantaran itu lantai bas hanya "kayu kosong" (bare wood ) tanpa finishing, Kerusi penumpang juga tidak dipasang.

Yang ada hanya driver's seat.


Sebelum proses penghantaran, semua bas itu telah disembur cat berwarna putih.

Keseluruhan badan (dan cermin) BAS disembur pula sejenis ''wax'' juga berwarna putih, untuk melindungi badan bas dari hakisan air masin semasa dalam pelayaran.
Dah macam udang celup tepung jadinya πŸ˜

BAS yang Abang Zul pandu itu (sama seperti di gambar atas) adalah jenis DENNIS JAVELIN GX 290hp dilengkapi Telma Retarder (auxiliarry brake )
Ketika menuju Pelabuhan Klang, Abang Zul memandu dengan kelajuan agak tinggi (maklum la guna trade plate πŸ€­
Kelajuan mencecah sehingga hujung meter kelajuan.πŸ™†‍♂️
Telma Retarder terasa memberikan lebih keyakinan ketika memandu dengan kelajuan tinggi, padahal usia muda yang sangat mempengaruhi untuk melakukan tindakan daredevil seperti itu. Nauzubillah.

Untuk info juga, BAS-BAS tersebut sebenarnya adalah bekas tempahan untuk Ekspres Naeila, yang telah menghentikan operasinya pada era yang sama di penghujung 90an. πŸ˜­

TOURWORLD Ekspres

# Sementara Bas berwarna kuning pula adalah bekasan tempahan NAEILA juga yang dibeli oleh TOURWORLD Ekspres dan dipandu oleh Abang Zul lingkungan tahun 2001.
Model sama, iaitu Dennis Javelin 260 (tetapi Bukan GX) namun model badan yang serupa dibina oleh Jurucoach Technology seperti bas yang telah dihantar ke Australia.

Kepada yang tidak tahu, Bas jenama DENNIS JAVELIN ini adalah model unik dengan ENJIN di TENGAH badan bas.
Setakat yang abg ketahui, satu lagi model enjin tengah di Malaysia adalah Volvo B10M.
JANGAN LUPA DI MANA ANDA BERMULA

Siapa rasa nak copypaste? - TIDAK DIBENARKAN sama sekali.πŸ‘Ή


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...