COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Sabtu, 2 Mei 2020

KETIKA TELEFON BIMBIT SEBAGAI LAMBANG STATUS


Kredit gambar : Ah Leong Communication Ipoh & Google Images


Abang Zul antara yang ''bertuah'' dapat menggunakan seterusnya memiliki telefon bimbit di zaman yang mana apabila telefon bimbit berdering (berbunyi) orang lain akan tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu dan mencari siapakah pemilik telefon bimbit tersebut 🤣


Kedengaran seolah : Terlebih melampau kan ceritanya? Tapi itulah kenyataan pada era permulaan telefon bimbit diperkenalkan di Malaysia.



Terlebih awal dari itu, telefon ATUR (Automatic Telephone Using Radio) telah diperkenalkan dan terkebetulan juga abang zul dapat merasai kelebihannya kerana Majikan memasang ATUR di dalam lori yang kami pandu.

Terdapat setting yang agak unik, apabila pemandu tiada dalam lori, (pintu dikunci) deringan telefon ATUR akan disambung kepada bunyi HON lori.

Kredit gambar : Ah Leong Communication Ipoh & Google Images


Rasa nak CopyPaste? - TIDAK BOLEH & TIDAK DIIZINKAN SAMA SEKALI



Bayangkan begini, ketika kita sedang minum pagi dengan lori diparkir depan kedai, tiba-tiba : ''TIIIIN-TIIIIN ... TIIIN-TIIIN...'' (telefon ATUR berbunyi menggunakan HON)
Maka pemandu pun dengan bergaya (zaman tu la) membuka pintu & menjawab panggilan telefon dalam keadaan pintu terbuka dan dipandang dengan kagum (mungkin sesetengahnya meluat- sebab jeles le tew) oleh pengunjung kedai makan itu.
Untuk info, lori jenis HINO FF 4x2 - Rigid Box Van 8tan.





Cerita benar tau. Zaman tu abang zul boleh bercakap di telefon ATUR sambil melintasi Road Block POLIS tanpa dikenakan apa-apa tindakan malahan ditunjukkan IBU JARI pula sebab kagum lori kami ada ATUR.
(Cuba le zaman ni kalau nak kena saman 😛)

Tidak lama kemudian, abang zul membeli sendiri sebuah telefon bimbit jenama NEC Pimero BX. Telefon jenis analog tanpa simkad.

Kredit gambar : Ah Leong Communication Ipoh & Google Images



Hanya boleh digunakan untuk bercakap sahaja.

SMS pun belum wujud waktu tu, WhatsApp atau Twitter jangan ditanya laa...


Malahan jika ada panggilan, hanya perkataan CALLING sahaja timbul di skrin seiring dengan deringan.
Tiada pilihan nada dering. Apa yang ada itulah bunyinya.


Kamera? Jangan mimpi laa... Malahan tak pernah terbayang/terlintas suatu hari nanti akan ada kamera pada telefon bimbit, kerana pada kami yang membesar dengan TELEFON AWAM dan TELEFON jenis putar nombor, mendapat sebuah telefon yang boleh dibawa ke mana-mana adalah seumpama satu keajaiban, tau!

Kredit gambar : Ah Leong Communication Ipoh & Google Images


Seiring dengan kemajuan teknologi, telefon bimbit semakin moden & canggih sehinggalah kepada smartphone pada hari ini.



Begitupun, abang zul adalah antara pengguna Facebook Mobile terawal dengan Sony Erricson K530i di kala pengguna lain masih mengadap PC & Lappy untuk update status 🤣
Malahan banyak antara gambar terawal abang zul di dalam Facebook  diambil serta dimuat naik menggunakan K530i itu.



                             Rasa nak CopyPaste? - TIDAK BOLEH & TIDAK DIIZINKAN SAMA SEKALI



JANGAN LUPA DI MANA ANDA BERMULA


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...