(tapi kalau boleh, syok jugak..)
Uii.. jauh signal dari air-suspension... sebenarnya abang cuma nak memaparkan apa yang ditemui sepanjang perjalanan merentas kehidupan.
Dalam perjalanan abang nak ke satu lokasi atas urusan surat menyurat tidak akan dilayan peribadi, ketika melalui LLB (Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth) abang terserempak dengan kereta ni.
Beberapa orang sedang berkerumun membelek.
Yang peliknya, tiada pula yang cedera atau terdapat anggota kecemasan di situ
.Selepas beberapa ketika, sambil setiap yang ada tertanya-tanya antara satu sama lain, singgahlah seorang apek (laa..apek lagi) dengan mengayuh basikal
Tanpa ditanya, apek tu terus buka cerita; "Kumarin pagi (semalam) wa lalu sini, ini keleta sudah ada.. wa ingat la, kumarin malam lia kena..".
"Oooo.." dua tiga orang yang mendengar cerita apek tu pakat memoncongkan mulut, macam penyanyi koir.
Berdasarkan keadaan kereta tu, memang tak dapat nak dibayangkan bagaimana keadaan pemandu dan penumpangnya selepas kejadian.
Segala-galanya hancur dan hampir-hampir putus dua. Abang pusing 2-3 round keliling kereta tu, baru dapat mengenali jenis dan modelnya.
Selang beberapa ketika, 3 orang anggota polis bermotosikal pula singgah.
Yang makin jadi misteri polis-polis tu pulak yang bertanya pada kami yang berada di situ;
"bila kena ni?"
Eh..? Polis-polis ni pun tak tau jugak kes ni.
Makin jadi pelik la pulak.
Cuma abang terasa sedikit lega apabila seorang dari anggota polis tu menerangkan, "kalau ikut keadaan, takdak sapa-sapa dalam kereta ni yang mati ".
Dia menambah; "kalau ada yang mati, walaupun kereta ni berkecai putus 3 sekalipun, tetap kena bawak ke balai trafik".
"OOOOOO...." makin panjang la moncong para penyanyi koir di tepi lebuhraya tu...
Apapun sampai abang beredar dari situ, masih tidak terjawab persoalan yang bermain di fikiran; "berapa orang agaknya dalam kereta ni, macamana la keadaan dia.."
Andaian abang, kereta tu tak diangkut (nak tunda? Boleh ke?) dari lokasi kemalangan tu kerana sebab-sebab yang hanya mereka sahaja yang tahu.
(abang boleh agak le, tapi tak nak le buat kenyataan yang tak pasti)
p/s ada yang boleh komen, kenapa agaknya kereta ni sampai 2 hari masih di situ selepas kejadian ?