COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Jumaat, 21 Januari 2011

Penantian Yang Panjang

Sudah 15 hari berlalu... setiap detik terhitung penuh rasa pahit. Begitupun, dalam mencari makna sebuah keadilan biar berapa lama sekalipun harus juga kutunggu. Paling tidak, sudah terlahir bibit bermakna dalam perjuangan sendirian ini. Sudah ada yang mendapat menafaat dari lantang perbuatanku ini. Biarpun mungkin tidak akan ada ucapan terima kasih, biarlah... yang penting aku tahu sudah ada hasilnya berkat dari serak suaraku meluahkan isi dalam hati ini.



Rupanya tidak juga sia-sia ulang alik ku memanjat tingkat dua Bangunan Persekutuan itu. Banyak yang ku pelajari lewat usia menganjak senja ini. Paling nyata, rupanya masih ada manusia yang merasa mereka terlebih bagus dari sesiapa sahaja, sehingga tidak akan mendengar walau sedetik pun rintihan dan permintaan dari orang kecil seperti kami....
Tunggulah.. sabarlah wahai hati... mudahan yang BENAR itu akan menjelma juga di hujung sana.
-->