COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Isnin, 24 Januari 2011

Dong-gun yang kemudiannya jadi DONG HO....



Petang semalam (Ahad 23/01/2011) Alang dan Hubby dia Sabri (my younger bro in law) singgah di rumah.
Tujuan asal nak jumpa Mak macam selalu tiap hujung minggu.
Langkah kiri agaknya, Mak pulak takdak, pegi umah Acu. Apa pun
macam biasa banyak hal yang kami kisahkan.


Cuma satu yang berbeza kali ni, Alang & Hubby naik moto, baru lagi... meghelit menghelap (bahasa utara untuk berkilat dan bersinar-sinar). Selalu Myvi hitam berkilat, kali ni moto merah hitam pulak, hehe....
Katanya nak run-in, pasal baru sangat dibeli. Tapi moto ni bukan depa punya.. ha? Sapa punya?

Alang dengan DONG HO yang pada mulanya disangka DONG-GUN :)

Owh.. rupanya Kakak yang empunya. Hadiah, tu.. pasal cemerlang dalam pelajaran.
Tahniah Kakak (my niece). Along pun tak pernah dapat Hadiah yang semahal ni masa sekolah dulu.
Basikal pun share ngn Tok Wan tau.. Kata Alang, moto ni siap ada Nama Timangan.. uiii... DONG-GUN.. tu dia !! Apa kebenda la Dong-gun ni...

Abang pun google la.. Dong-gun.. ini lah dia rupanya.. hehe


Tu dia... Pelakon Korea rupanya. Hmm.. ramai jugak peminat filem Korea termasuk la anak menakan abang ni..hehe..
Agak-agak la, mana lagi lawa antara Dong-gun dari Jepun yang kaler merah hitam tu dengan Jang Dong-gun dari Korea Selatan ni...


P/s :  Kakak bila naik moto ni, jangan kelam kabut tau.. cool.. Jangan duk wheelie macam Hanis buat tu.. hik hik hik...


Aduus...... (updated)

Selepas abang buat link pada anak menakan abang (anak sedara/niece) rupanya salah maklumat laaa...
Alang dah bagi tau nama orang yang lain...orang Korea Selatan gak, tapi kira pangkat anak sedara la pada si Jang Dong-gun ni..hahahaha...

Yang sebenarnya nama timangan moto ni DONG HO. Mengambil sempena seorang penyanyi comey dari Korea gak, Shin Dong Ho.. laaa... ada DONG jugak rupanya... hehehe...

Shin Dong Ho 
Ini lah dia budak Dong Ho tu... lagi lawa banyak la dari Pak Menakan dia Dong-gun tu..hehehe.. Budak ni penyanyi dalam kumpulan dia U Kiss. Ramai peminat ni.. Banyak blog bebudak pompuan yang upload gambar dia.. Jadi Along harap kakak puashati ye atas pembetulan ni... Tak kisah la Dong yang mana pun tapi yang penting STUDY rerajin untuk SPM tahun ni dan naik MOTO leklok yer...

P/s :: Terima kasih pada anak menakan Along yang sorang lagi, Hanis untuk pembetulan pada entry ni... (jangan duk wheelie moto tau..bahaya..!!)


-->