COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Jumaat, 21 Januari 2011

Hubodometer

Pernahkah anda terlihat benda ini? Selalunya ia terpasang pada hub roda belakang sesebuah kenderaan berat . Tentu ada yang tertanya-tanya, "Apa kebendanya ni?"

Namanya 'HUBODOMETER' disebut HUB-ODOMETER. Kadangkala ia juga dipanggil HUBOMETER juga semudah HUBO sahaja. 

Kegunaannya untuk mengukur jarak perjalanan sesebuah kenderaan. Eh? Bukankah setiap kenderaan sudah ada ODOMETER nya sendiri? Untuk apa dipasang satu lagi? 

Oh ya.. kebiasaannya ia dipasang pada kenderaan berat. Lebih selalu pula ia dipasang pada bahagian kenderaan yang tidak ada ODOMETER.
Eh? (sekali lagi..) Ada ke bahagian yang tiada ODOMETER?
Hehe.. ada... apa kata bahagian treler?
Oh Ya !
Untuk mengukur sejauh mana sesebuah treler itu sudah bergerak selama ini, HUBODOMETER amat berguna sekali. Juga digunakan untuk mengukur sudah sejauh mana setiap biji tayar pada kenderaan itu digunakan. 

HUBODOMETER mula digunakan sejak tahun 1952 di luar negara. Seluruh bahagiannya berputar dengan roda kecuali sejenis pemberat dipasang pada aci dalaman. Ia akan tetap menunjuk ke bawah dan  mekanisma pengiraan sebagai tubuh hubometer berputar di sekelilingnya. Mekanisma itulah yang mengerakkan nombor pada dial analog itu.

Semakin lama HUBODOMETER semakin berkembang teknologinya. Sehingga hari ini, sudah ada HUBODOMETER yang boleh memancarkan data ke satelit, guna untuk pemantauan dari lokasi yang jauh.

Terdapat juga HUBODOMETER yang boleh digunakan dalam keadaan ekstreme seperti sukan lasak pacuan empat roda. 

Antara pembuat HUBODOMETER yang terkenal adalah :