COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Khamis, 27 Januari 2011

TERPANJANG... tapi, DARI bawah..

Awat la pelik sangat tajuk entri nih? hehehe..
(gelak sorang-sorang)

Kisahnya bermula bila Nokia 1110 abg berdering pada suatu petang.
Panggilan dari sorang rakan jauh, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Dia ni Kontraktor dengan satu Agensi Kerajaan.

"zul, nak mintak tolong sket" kata dia..
"kalau sket tu, boley lah.. berapa hengget?" kata abang...

"uish !! bukan duit laa... aku ada lagi singgit dua nih..hahaha"
"ooops.. lupa plak aku, yang ko ada lebih banyak duit dari aku..hehe.. ok serius, nak aku tolong apa?"

"sok petang ko tunggu aku sampai umah, nak ajak ko tolong tengok-tengokkan projek baru kat Penang, boley?"
"Waa.. congrats ! No hal, takat nak tengok, apa salahnya..aku tunggu.."


Perbualan tamat selepas beberapa sesi kutuk mengutuk dan berbalas hujah. (hujah konon)

Petang besoknya dia sampai. Maka bergeraklah kami menuju ke Kuala Perai dengan 4x4 dia yang besar gedabak diiringi bunyi tayar multi terrain yang bingit macam trak askar tu.



Sampai di Kuala Perai, sebuah *barge telah sedia menunggu bersama peralatan dan pekerja-pekerja kawan abang tu. Selepas satu taklimat ringkas berkaitan keselamatan oleh Jurutera dari Agensi berkaitan, kami pun mula belayar.. (boleh ke guna belayar?)

Destinasi yang di tuju?
Jambatan Pulau Pinang.
Lebih tepat, bawah jambatan itu.
Laa.. kenapa di bawah?
Ada le kerja sket tapi tak dapat le nak dikisahkan di sini kerana melibatkan perkara yang sensitif serta agensi kerajaan yang berkaitan.
(tapi bukan nak seludup barang tau - kerja halal ni)

atas barge, depan tu tug boat yang slow macam siput babi

Selepas hampir sejam belayar, kami semakin menghampiri Jambatan Pulau Pinang.
Bukannya jauh sangat pun dari Kuala Perai ke situ, tapi memakan masa dek kerana teramatlah slownya barge itu ditunda oleh tug boat.
Camanapun, pemandangan dan suasana sekitar Pelabuhan Pulau Pinang membuatkan pelayaran tidak membosankan.

nampak macam dekat tapi punya la lama nak sampai


(ehem! ehem! baca dengan nada suara latar Discovery Channel..)
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia.
Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut.
Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan Tanah Besar Semenanjung di Seberang Perai.

midspan Jambatan terpanjang di Asia Tenggara

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta.
Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara.
Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.
Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

dari suatu sudut yang berbeza

Sejak mula dibuka lagi, abang dah sering menggunakan jambatan ni, dah naik boring pun, tapi ini lah kali pertama abang berada di bawah Jambatan Pulau Pinang.
Impresi nya?
Menakjubkan.
Dari bawah barulah kita dapat melihat bertapa megahnya Jambatan Pulau Pinang merentasi Selat Selatan.

Kiranya bukan kami saja yang ada di situ, malahan ramai manusia lain dah sampai lebih awal. Meriah sungguh pulak kelihatannya.

Ramai ?? Meriah ?? Ada apa dengan cinta yang ramai tu? Memancing ikan la, bang oii...
Rupanya ramai sungguh kaki pancing sejak awal pagi lagi bikin port kat bawah jambatan ni
(macam la Penang Port tu tak cukup)

Masing-masing datang dengan joran dan bekalan makanan.(yela kan, mana ada 7E kat bawah tu)
Tiap sorang sampai 3-4 batang joran.
Ada yang bawak dapur (untuk camping) ada yang bawak peti ais (tipu la tu) cooler box la.
Ada yang bawak aweks, bawak anak, member kamceng dan macam-macam ada.
Melayu (mamu dan mamipun ada), Cina, India semua ada. Bangla dan Indon pun ada.
Pergh.. meriah sungguh kat bawah jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara ni..

Tempat landing diaorang, kat konkrit tapak tiang jambatan tu. Luas gak, ada la sebesar separuh gelanggang bola keranjang. Ada berpuluh batang tiang di bawah jambatan tu, pilih saja mana suka.
Semua tekun dengan aktiviti yang menjadi minat mereka tu. Untung-untung dapat Kerapu tak pun Senangin.
Paling kurang pun Gelama.
Kalau dapat Puyu atau Haruan, sok pagi keluar paper muka depan. (nak mengarut la tu)

Aktiviti memancing mereka berterusan sehingga ke pagi esoknya.
Ada perkhidmatan bot oleh nelayan tempatan yang berulang alik menghantar dan mengambil para pemancing tu dengan bayaran berpatutan.
Nak balik, call aje...kejap lagi bot pun sampai.

Malam tu, malam minggu.. maka ramai sungguh manusia di bawah jambatan terpanjang tu, macam ada pesta pulak. Macam-macam gelagat boleh dilihat.
Ada yang asyik memegang joran.
Ada yang tidur beralaskan tikar plastik.
Ada yang sedang memasak mee segera.
Kebetulan 'jiran' kami, yang paling hampir dengan tempat pekerja-pekerja kawan abang tu bertugas, dua pasang Indo-Bangla.
Pandai jugak depa memancing. Banyak hasilnya. Spesis baik-baik pulak tu.

dari bawah kelihatan demikian gagahnya jambatan ini

Malam tu abang cuma tidur 3 jam sahaja, tu pun dah hampir dinihari.
Suasana di bawah jambatan terpanjang di Asia Tenggara ni memang berbeza.
Sukar ditafsirkan dengan kata-kata.
Di atas kepala kedengaran deru kenderaan yang melalui jambatan 6 lorong tu.
Di bawah ada manusia dengan aktiviti dan urusan yang berbeza.

Kerja abang sepanjang waktu itu, tengok saja.. hehehe...

senja di Selat Selatan Pulau Pinang

Ada yang berminat? (ditujukan kepada pemancing sahaja)

INFO MANCING BAWAH JAMBATAN Pulau Pinang
Sumber : KOMPLOT JAMBATAN PULAU PINANG.


Kadar Bayaran dari Jeti Batu Uban (Pergi & Balik)

Tiang Dari Pulau : Tiang 89 hingga ke Tiang 41 - RM10.00 seorang.
Tiang 40 hingga ke Tiang 3 - RM15.00 seorang.

*Kalau sorang atau 2 org, tekong hanya akan hantar ke Tiang 89 hingga Tiang 41 sahaja.
Untuk dari Tiang 40 hingga ke Tiang 3, tekong hanya akan hantar jika ada 3 org atau lebih..
(klu nak pegi jugak pandai2 la deal dgn tekong.. tapi kena bayar lebih laa...)*

Tiang Seberang (Timur) : Dari Tiang 3 hingga ke Tiang 19 - RM20.00 seorang.. bayaran bergantung kepada jarak perjalanan.
*Untuk ke Tiang 3 hingga Tiang 19, tekong hanya akan hantar jika ada 4 org atau lebih.. kalau kurang, permintaan melalui email mahupun surat-menyurat tidak akan dilayan..

(untuk ke Tiang seterusnya adalah lebih baik anda naik dari Jeti di Bagan (Tanah Besar) kerana lebih murah)*


Tekong Yg Bertugas Di Jeti Batu Uban

Selasa & Malam Minggu : Pak Hassan - Tel: 012-4525821
Rabu & Ahad : Pak Hussien - Tel: 012-4875041
Khamis, Jumaat & Sabtu : Pak Said - Tel: 017-4485553 & Abg Hashim - Tel: 014-3422344
Ahad & Isnin : Pak Long - Tel: 017-4249314
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
*Barge :: Pontoon / Rakit Besi / Seperti kapal tapi tiada enjin.
Multi terrain :: Serbaguna / tayar kenderaan pacuan 4 roda yang boleh digunakan di atas jalanraya.

TERPANJANG :: Jambatan Pulau Pinang.

Dari bawah         :: Ketika abang berada di bawah jambatan itu.
-->