COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Selasa, 25 Januari 2011

TITAM

Malam ni entah kenapa, si Titam tiba-tiba memanjat kerangka tingkap bilik abang. Mencakar-cakar dari luar tingkap pulak tu. Sebaik tingkap dibuka, dia melompat masuk. Terus menyondol kaki abang dengan bunyi 'brrrr' yang amat kuat. 'Brrr' atau 'purring' dalam Bahasa Inggeris, tandanya kucing itu dalam keadaan yang sangat selesa dan amat ingin dibelai.

Titam ni memang yang paling manja dengan abang daripada 3 ekor yang sebayanya. Adik beradik dia yang lain Tutih dan Turen tak begitu manja dengan abang. Sekadar ala-ala gitu je.

 TIGA BERADIK YANG SEMAKIN MEMBESAR

Sebenarnya ada 4 ekor semuanya dalam generasi kedua anak Noneng (ibu mereka). Seekor yang dulunya diberi nama Tunin, telah diambil untuk dibela oleh jiran abang. Khabarnya nama pun dah bertukar jadi MARY. Hehehe... Dah tukar kerakyatan rupanya anak kucing tu.

Titam ni kucing jantan, sementara yang lain tu semua betina. Usianya baru dalam lingkungan 5 bulan tapi kalau dikira mengikut usia kucing, dia sudah 8 tahun.. kalau sekolah, dah darjah 2 tu...

Ada 6 ekor kucing yang secara 'rasminya' mendiami persekitaran rumah abang. Persekitaran tu maknanya kucing-kucing ni tidak tidur di dalam rumah. Cuma boleh masuk pada waktu tertentu di siang hari, dan sebelum jam 10 malam. Sebenarnya sejak dari kanak-kanak lagi, abang dan keluarga sentiasa memelihara kucing. Tak pernah putus, ada saja kucing yang akan singgah dan kemudiannya menjadi penghuni rasmi di persekitaran rumah sejak dulu-dulu lagi.

Pada pengamatan abang, kucing mempunyai deria untuk mengetahui manusia mana yang sukakannya. Contohnya, Noneng (ibu kepada Titam) singgah di rumah abang pada suatu petang, kira-kira setahun yang lalu sedangkan berhampiran rumah abang ada beberapa buah rumah lagi. Untuk masuk ke halaman rumah abang, Noneng perlu melalui sekurang-kurangnya 5-6 buah rumah jiran, tetapi rumah ini juga yang dituju. Demikian juga apabila abang singgah di kedai makan (selalunya akan ada kucing di situ) sering sangat kucing-kucing di situ akan menghampiri abang (dan anak abang kalau dia ada sekali) lalu menggeselkan badan di kaki abang. Hatta ketika abang masuk ke kedai itu, dia sedang tidur, namun bingkas bangun seolah terhidu sesuatu yang menarik perhatiannya. Yang tak tahan tu, setiap kali terjumpa kucing di jalanan, anak abang nak angkut bawa balik ke rumah. Kesian...kata dia.. hmm...

INCHE' SEBOB
Semua kucing yang ada baka kampung, kecuali yang paling tua Inche' Sebob yang ada mix dengan Siamese Breed. Mudah menjaga kucing-kucing ini dan mereka makan apa saja yang diberi, biasanya nasi sejuk yang digaul dengan ikan sardin dlm tin (yang paling murah di pasaran, tentunya) Mereka juga mandi sekali seminggu. (kalau sempat lah) Kalau sakit, kucing kampung ni pandai mencari ubat nya sendiri. Selalunya daun-daun dari rumput atau tumbuhan tertentu. Jumpa 'vet' pun tak pernah.

NONENG , SELANG BEBERAPA MINIT SELEPAS MELAHIRKAN TITAM DAN ADIK-ADIKNYA


Noneng asalnya stray cat (kucing tanpa tuan) yang datang kerumah abang pada suatu hari. Kemanjaanya membuatkan semua yang ada di rumah ini suka padanya. Generasi pertama anak Noneng semuanya dah mati atau diambil orang kecuali Aloy.

ALOY

Titam dah pun keluar dari rumah kira-kira jam 1.30 pagi tadi selepas abang bagi peluang dia bermanja (siap baring kat atas riba lagi).

P/s :: Inche' Sebob tu khabarnya bernama Sayang sewaktu dibela oleh tuannya dulu (seorang gadis)...Khabarnya juga dia mesti tidur di atas katil bersama tuannya (atau Puan?) serta makan Whiskas lagi. Tuannya dah berpindah selepas berkahwin dengan orang KL.

-->