COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Ahad, 3 Mei 2020

𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒

Bas yang di dalam cerita ini


Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3 tan dan seterusnya 8 tan (dalam syarikat yang sama) terasa ingin beralih angin untuk memandu bas pula 😅

Lesen Memandu Vokasional abang zul hanya setakat GDL sahaja pada waktu itu, maka wajiblah mengambil ujian memandu untuk PSV pula.
Lalu abang zul berkunjung kembali ke Sekolah Memandu Berjaya (Berjaya Driving School) di Chai Leng Park (ketika itu) untuk ''belajar'' memandu bas dan seterusnya mengambil ujian PSV (kononnya 😆)

Setibanya di Berjaya Driving School, abang zul disapa oleh cikgu yang sebelum ini telah ''mengajar'' ketika ujian GDL dahulu.
''You mau angkat PSV pulak ka?'' sapa cikgu Tan.
''Ya, cikgu''
''Ok, no problem, jom kita terus angkat test card. Ini hari ada test bas'' kata beliau dengan yakin.
''Mana boleh, saya belum belajar lagi bawak bas'' abang menyangkal kerana belum sekali pun memandu bas di mana-mana sebelum itu.
'' Tarak hal laa... Lu mesti pass punya, wa tau la. Dulu lu test GDL pun satu kali pass terus apa?
Wa ajar lu 3 kali saja lu sudah pass, lupa ka? ''
Cikgu Tan mengimbau kembali sewaktu dia mengajar abang zul pada kali pertama dulu.

𝗔𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗖𝗼𝗽𝘆𝗣𝗮𝘀𝘁𝗲? - 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 & 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗜𝗭𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜.

Memang benar, entah di mana tuahnya abang zul, hanya dengan 3 kali belajar memandu & parking lori Isuzu V10SS, 10 roda milik sekolah memandu yang tak pernah disentuh oleh abang zul sebelum itu, malahan tanpa sebarang percubaan memandu di mana-mana, abang dapat lulus ujian GDL. Barangkali memang Rezeki dan Izin Allah SWT.
Alhamdulillah.

Maka abang pun terus mengikuti cikgu Tan ke JPJ untuk membeli Test Card dan seterusnya akan mengambil ujian memandu bas untuk mendapatkan PSV (kononnya 😛)

Setelah semua urusan berkaitan selesai, abang dibawa menaikki bas yang akan digunakan untuk ujian (gambar atas )
Di dalam bas terdapat kira-kira 15 orang lain yang abang tak kenali langsung, yang akan sama-sama diuji JPJ termasuklah seorang kakak yang berusia lingkungan 30an.

Di dalam bas, yang ketika itu sedang dipandu kehadapan & kebelakang oleh salah seorang yang juga akan mengambil ujian (nampak lain macam punya lagak dia duk conquer stereng) tiada seorang pun yang sudi melayan teguran abang zul, melainkan seorang pemuda Cina yang kebetulan duduk di sebelah.
Katanya; '' Ini bas sudah modified. Chassis saja Bedford, tapi itu gearbox sama enjin sudah tukar lori Hino punya. Ada power steering lagi'' ujarnya.
Itu sangat mengembirakan abang, kerana serba sedikit sudah mendapat tips cara untuk memandu bas yang belum pernah abang zul sentuh ini kerana kebetulan lori yang abang pandu adalah jenama Hino (ingat lagi kisah telefon ATUR tu? 😛)

Tidak berap lama kemudian, Penguji JPJ naik bas dan memanggil nama seseorang, lalu terus diarahkan memandu keluar dari kawasan JPJ.

Harus abang nyatakan, zaman itu sesiapa yang mengambil ujian PSV, hanya perlu memandu sahaja bas mengikut laluan yang diarahkan Penguji JPJ sehingga disuruh berhenti ditepi jalan (kebiasaannya bus stop) dan kemudian pelajar lain pula dipanggil untuk diuji dan menyambung Perjalanan sehinggalah semuanya telah diuji dan kembali ke Pejabat JPJ.
Tiada ujian lain, kerana kami yang telah memilikki E Full dianggap tidak perlu megambil ujian Parking lagi. Simple.

Sekarang? Litar pintas semua ada, noo... Serabut woo... hahaha 😂

Kembali kedalam bas, satu perkara yang abang perhatikan semasa pelajar lain memandu, setiap kali bas hendak mula bergerak, pasti akan terasa terhenjut-henjut seolah-olah bas terlalu ''power'' tetapi dipaksa untuk bergerak dengan perlahan. (istilahnya control klac)
Agak musykil sedangkan mereka semua TELAH BELAJAR memandu bas yang sama entah berapa kali sebelum hari Ujian JPJ.
Abang yang belum pernah mengetahui setakat mana tinggi rendah klac & brek menjadi agak gusar. Khuatir terlepas pedal klac,enjin mati dan GARENTI FAILED ☹️

Satu ''petanda'' kiranya kita sedang diuji dan kita akan ''FAILED'' adalah apabila JPJ membiarkan kita memandu agak jauh, masuk simpang, keluar simpang, berhenti, jalan semula sehingga 2- 3 bus stop tapi belum diarahkan tukar kepada pelajar lain. Kompom berpeluh dan 99% anda akan FAILED 🥶(zaman dulu laa 🤣)

𝗔𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗖𝗼𝗽𝘆𝗣𝗮𝘀𝘁𝗲? - 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 & 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗜𝗭𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜.

Akhirnya nama abang zul dipanggil penguji JPJ dan mengambil tempat di driver seat. Rasanya SEMUA PELAJAR DI DALAM BAS sedang merenung seorang YANG TIDAK DIKENALI SEBELUM INI tiba-tiba timbul, terus NAK TEST sahaja😂

Memang perasaan bercampur baur sebab tidak pernah berada di kokpit bas itu sebelumnya.
Teringat akan henjutan ketika mula bergerak oleh pelajar lain yang semuanya menggunakan gear 2 untuk bergerak, abang mengambil keputusan menggunakan gear 3 untuk mula bergerak.
(bersandarkan pengalaman memandu Hino FF yang mana kami gunakan gear 3 ketika lori kosong dan gear 2 hanya digunakan ketika muatan penuh)
Alhamdulillah, bas meluncur dengan SMOOTH menggunakan gear 3, dan kedengaran bunyi bisik-bisik dibelakang sana, barangkali hairan - Dia ni mai dari mana? Pegang sekali, terus ON. Hahaha... (abang tersenyum-di dalam hati 😊)

Ada riak kekaguman pada penguji JPJ (melihat bas meluncur tanpa henjutan, mungkin - ataupun abang yang perasan kot 🤭) dan abang terus memandu sehingga lah... tak sempat habis gear (6 speed) tiba-tiba disuruh berhenti di bus stop berikutnya.
Ceh! Belum puas rasa memandu bas, dah kena stop. Tak sampai 3 km rasanya.

Nama pelajar lain dipanggil dan abang kembali ke sebelah pemuda Cina tadi.
''Waaa... lu bawak banyak smooth aaa?'' dia memuji.
''Jalan tarak goncang-goncang woo, lu apa macam bikin?'' dia meminta petua.
Abang kongsikan petua gear 3 tadi, dan ketika tiba giliran dia, juga sangat SMOOTH pergerakan bas.
Balasan yang abang berikan kepada orang yang sudi berkongsi maklumat pada awal tadi.

Selesai ujian, kami menunggu beberapa ketika untuk mendapat keputusan dan Alhamdulillah, abang dan pemuda Cina itu LULUS bersama beberapa orang lagi.
Hampir seperempat dari pelajar yang mengambil ujian bersama kami gagal termasuk pelajar yang asyik memandu kehadapan dan kebelakang masa abang mula naik bas tu, ingat lagi?

Mereka memandang abang zul dengan suatu renungan pelik - tak tahulah apa yang bermain di fikiran mereka yang gagal ujian JPJ pada hari itu...

Terima kasih, cikgu Tan atas kepercayaan. Wa caya sama Lu. Lu caya sama Wa.

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀

𝗔𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗖𝗼𝗽𝘆𝗣𝗮𝘀𝘁𝗲? 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 & 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗜𝗭𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜.


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Sabtu, 2 Mei 2020

KETIKA TELEFON BIMBIT SEBAGAI LAMBANG STATUS


Kredit gambar : Ah Leong Communication Ipoh & Google Images


Abang Zul antara yang ''bertuah'' dapat menggunakan seterusnya memiliki telefon bimbit di zaman yang mana apabila telefon bimbit berdering (berbunyi) orang lain akan tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu dan mencari siapakah pemilik telefon bimbit tersebut 🤣


Kedengaran seolah : Terlebih melampau kan ceritanya? Tapi itulah kenyataan pada era permulaan telefon bimbit diperkenalkan di Malaysia.



Terlebih awal dari itu, telefon ATUR (Automatic Telephone Using Radio) telah diperkenalkan dan terkebetulan juga abang zul dapat merasai kelebihannya kerana Majikan memasang ATUR di dalam lori yang kami pandu.

Terdapat setting yang agak unik, apabila pemandu tiada dalam lori, (pintu dikunci) deringan telefon ATUR akan disambung kepada bunyi HON lori.

Kredit gambar : Ah Leong Communication Ipoh & Google Images


Rasa nak CopyPaste? - TIDAK BOLEH & TIDAK DIIZINKAN SAMA SEKALI



Bayangkan begini, ketika kita sedang minum pagi dengan lori diparkir depan kedai, tiba-tiba : ''TIIIIN-TIIIIN ... TIIIN-TIIIN...'' (telefon ATUR berbunyi menggunakan HON)
Maka pemandu pun dengan bergaya (zaman tu la) membuka pintu & menjawab panggilan telefon dalam keadaan pintu terbuka dan dipandang dengan kagum (mungkin sesetengahnya meluat- sebab jeles le tew) oleh pengunjung kedai makan itu.
Untuk info, lori jenis HINO FF 4x2 - Rigid Box Van 8tan.





Cerita benar tau. Zaman tu abang zul boleh bercakap di telefon ATUR sambil melintasi Road Block POLIS tanpa dikenakan apa-apa tindakan malahan ditunjukkan IBU JARI pula sebab kagum lori kami ada ATUR.
(Cuba le zaman ni kalau nak kena saman 😛)

Tidak lama kemudian, abang zul membeli sendiri sebuah telefon bimbit jenama NEC Pimero BX. Telefon jenis analog tanpa simkad.

Kredit gambar : Ah Leong Communication Ipoh & Google Images



Hanya boleh digunakan untuk bercakap sahaja.

SMS pun belum wujud waktu tu, WhatsApp atau Twitter jangan ditanya laa...


Malahan jika ada panggilan, hanya perkataan CALLING sahaja timbul di skrin seiring dengan deringan.
Tiada pilihan nada dering. Apa yang ada itulah bunyinya.


Kamera? Jangan mimpi laa... Malahan tak pernah terbayang/terlintas suatu hari nanti akan ada kamera pada telefon bimbit, kerana pada kami yang membesar dengan TELEFON AWAM dan TELEFON jenis putar nombor, mendapat sebuah telefon yang boleh dibawa ke mana-mana adalah seumpama satu keajaiban, tau!

Kredit gambar : Ah Leong Communication Ipoh & Google Images


Seiring dengan kemajuan teknologi, telefon bimbit semakin moden & canggih sehinggalah kepada smartphone pada hari ini.



Begitupun, abang zul adalah antara pengguna Facebook Mobile terawal dengan Sony Erricson K530i di kala pengguna lain masih mengadap PC & Lappy untuk update status 🤣
Malahan banyak antara gambar terawal abang zul di dalam Facebook  diambil serta dimuat naik menggunakan K530i itu.



                             Rasa nak CopyPaste? - TIDAK BOLEH & TIDAK DIIZINKAN SAMA SEKALI



JANGAN LUPA DI MANA ANDA BERMULA


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...





Jumaat, 1 Mei 2020

MEMANDU BAS UNTUK KE LUAR NEGARA


Kredit Photo : CHRISS COACHES 

Apa kaitan BAS ini dengan Abang Zul?
Gambar BAS berwarna putih itu diambil di Cairns, Queensland, Australia🇦🇺 beberapa tahun lampau. 
Tahukah anda? Bas itu sebenarnya berasal dari MALAYSIA 🇲🇾

Pada lingkungan tahun 1998 (bersamaan 22 tahun dahulu), Abang pernah memandu sebuah dari BAS berwarna putih itu dari satu syarikat pembuat badan bas bernama Jurucoach Technology, di Senawang, Negeri Sembilan 
ke storage center Pelabuhan Klang semasa proses penghantaran bas-bas ini dengan kapal ke Australia.
Syarikat 
Jurucoach Technology ini di bawah Naungan Tractors Malaysia pada ketika itu. berkongsi bumbung dengan Firama Jaya Sdn Bhd, pembuat badan lori dan treler yang terkenal di Malaysia sehingga hari ini.


Pada masa penghantaran itu lantai bas hanya "kayu kosong" (bare wood ) tanpa finishing, Kerusi penumpang juga tidak dipasang.

Yang ada hanya driver's seat.


Sebelum proses penghantaran, semua bas itu telah disembur cat berwarna putih.

Keseluruhan badan (dan cermin) BAS disembur pula sejenis ''wax'' juga berwarna putih, untuk melindungi badan bas dari hakisan air masin semasa dalam pelayaran.
Dah macam udang celup tepung jadinya 😁

BAS yang Abang Zul pandu itu (sama seperti di gambar atas) adalah jenis DENNIS JAVELIN GX 290hp dilengkapi Telma Retarder (auxiliarry brake )
Ketika menuju Pelabuhan Klang, Abang Zul memandu dengan kelajuan agak tinggi (maklum la guna trade plate 🤭
Kelajuan mencecah sehingga hujung meter kelajuan.🙆‍♂️
Telma Retarder terasa memberikan lebih keyakinan ketika memandu dengan kelajuan tinggi, padahal usia muda yang sangat mempengaruhi untuk melakukan tindakan daredevil seperti itu. Nauzubillah.

Untuk info juga, BAS-BAS tersebut sebenarnya adalah bekas tempahan untuk Ekspres Naeila, yang telah menghentikan operasinya pada era yang sama di penghujung 90an. 😭

TOURWORLD Ekspres

# Sementara Bas berwarna kuning pula adalah bekasan tempahan NAEILA juga yang dibeli oleh TOURWORLD Ekspres dan dipandu oleh Abang Zul lingkungan tahun 2001.
Model sama, iaitu Dennis Javelin 260 (tetapi Bukan GX) namun model badan yang serupa dibina oleh Jurucoach Technology seperti bas yang telah dihantar ke Australia.

Kepada yang tidak tahu, Bas jenama DENNIS JAVELIN ini adalah model unik dengan ENJIN di TENGAH badan bas.
Setakat yang abg ketahui, satu lagi model enjin tengah di Malaysia adalah Volvo B10M.
JANGAN LUPA DI MANA ANDA BERMULA

Siapa rasa nak copypaste? - TIDAK DIBENARKAN sama sekali.👹


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Khamis, 30 April 2020

CERITA DRIVER LORI PEREMPUAN



Kredit Gambar muslima.globalfundforwomen

Viral kebelakangan ni begitu ramai driver lori perempuan. Masing-masing cuba menonjolkan diri dengan pelbagai cara yang tersendiri. Malahan ada yang mendakwa seolah driver kaum lelaki tidak menyokong/anti dengan driver perempuan??? 🙃



Untuk pengetahuan korang 26 tahun dulu, lingkungan tahun 1993 - 94 aku dah pernah jumpa driver lori treler perempuan - tau! -Abang Zul-
Yang pasti dia bukan Melayu, sebab wajah dia tak ada iras macam Melayu. Tak tau la kalau dia Melayu - sorry. 😁
Setakat yang aku ingat dia pandu Volvo F7 4x2 (kalau salah mohon dibetulkan, nanti aku edit) tanker Sidhu Brothers treler double axle.

Yang paling aku ingat, satu kejadian tayar lori dia pancit di pertengahan Perjalanan. Zaman tu lori treler masih menggunakan tayar jenis tiub yang pastinya selalu meletup di waktu cuaca panas.
Pada zaman tu, korang akan jumpa lori & bas LAJU di waktu hujan, tapi SLOW di waktu cuaca panas... (tapi ramai dari korang pun belum lahir ke dunia lagi masa tu 😆)

Kredit Gambar muslima.globalfundforwomen

Bila tayar lori dia pancit, maka dia pun berhenti dan menurunkan segala peralatan seperti jek hidraulik, sepana nat tayar, besi pusing sepana & besi panjang.
Zaman tu, kami driver lori/bas abang zul kena tukar tayar sendiri tau. Walaupun dia driver lori treler perempuan, tetap tidak dikecualikan, kena tukar tayar sendiri, tau 🤭
Tayarman hanya wujud dalam dunia LORI KONTENA sahaja pada zaman tu.


Tapi... Dia tak perlu buat apa-apa pun. Sebab ramai je hero-hero yang akan berhenti membantu dia menukarkan tayar.
Korang ingat driver- driver lelaki akan biarkan driver perempuan sorang ni bersusah payah menukar tayar tengah panas di tepi jalan?
NO WAY...

Kredit Gambar muslima.globalfundforwomen


Sebab apa? Sebab kami tak pernah PREJUDIS apa lagi nak rasa TERANCAM atau JELES dengan mana-mana driver lori perempuan (driver bas juga)
Tiada istilah ANTI driver perempuan, sebab REZEKI tu ALLAH dah susun elok. Bukan manusia yang aturkan.



Kisahnya aku juga berpeluang kenal seorang driver bas ekspres perempuan era 90an yang memandu NAZA EKSPRES di Seremban dulu.

Kredit Gambar muslima.globalfundforwomen


Jangan ingat hanya kebelakangan ini sahaja wujud driver lori perempuan dan menyangkakan ''anda'' sedang membuat ''perubahan lanskap'' kewujudan driver lori/bas perempuan???

LAMA DAH ADA DRIVER LORI TRELER & BAS EKSPRES PEREMPUAN - CUMA KORANG TAK TAU, SEBAB KORANG TAK ADA DALAM DUNIA KAMI ZAMAN TU korang masih kerja kilang masa tu-Abang Zul-.

DAN ZAMAN TU TAKDE MEDSOS UNTUK VIRAL CERITA DEPA TU...

Asalkan jangan cerita gaji driver lori tujuh ribu 🤣sebulan sudah la... 🤭
JANGAN LUPA DI MANA ANDA BERMULA

Gambar - Asma Azim, Nenek berusia 58 tahun berasal dari Pakistan adalah Pemandu Lori treler 53 kaki, di Texas.


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Selasa, 28 April 2020

KENAPA AKU MENULIS?











Kenapa aku menulis?
Sebab aku nak kongsi cerita secara penulisan.
Sebab apa nak kongsi? Sebab tu aku punya suka la 😁


Ada sorang tu, pernah cakap aku orang tua bodoh, tak kenal apa itu media sosial?

Katanya ini ZAMAN MODEN, APA NAK KIRA COPYSHARE (padahal tadak istilah tu ya - istilah sebenar adalah COPYPASTE)
Katanya lagi : Orang ada Channel YouTube, aku pun kononnya teringin nak buat YouTube
Orang ada Facebook, aku pun nak bukak Facebook.
Orang ada Blog, aku pun nak buat Blog?



Betul ke?
Hello... (anak muda dari ɐɹʇᴉſ)

Ya, aku memang orang tua
Tak pernah aku nafikan bab tu. 

Tapi aku bukan orang tua BODOH.


Walaupun dah tua, aku pernah ada serba sedikit Pendidikan sehingga peringkat Menengah dan aku ada sekeping Sijil (yang melayakkan aku kerja gomen pada zaman tu (1980an) - tapi aku tak berminat)

Aku juga ada serba sedikit pengetahuan dalam bidang selain LORI & BAS.



1. Aku reti juga la buat Blog         (sejak 2009)
2. Buka akaun Facebook               (sejak 2008)
3. Buat video YouTube (subscribers ada la 22 ribu orang kot)
4. Aku ada Page Facebook Trucks & BUSES Community of Malaysia sejak 2014
5. Aku adalah seorang dari Facebook Translator : English to Bahasa Melayu.
6. Aku juga seorang Editor Wikipedia Bahasa Melayu dengan sedikit sumbangan.
7. Aku pernah ada AA dengan Callsign diiktiraf SKMM 
8. Aku juga seorang Google Local Guide



Jadi, pesan aku pada orang muda (dari ɐɹʇᴉſ) yang pernah maki hamun aku dalam satu komen tu, jangan samakan aku dengan orang tua lain yang hang kenai, nooo... Sebab nak habaq mai kat hang, anak aku belajaq buat akaun facebook daripada aku, bukan aku belajaq dengan dia, noo... 

Sebab tu hang tak pernah kenai sapa aku ...

Poyo...


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Isnin, 27 April 2020

PENGALAMAN PERTAMA MEMANDU BAS ENJIN TENGAH


Kokpit Dennis Javelin Ekspres Tourworld

Kali pertama abang dapat memandu Dennis Javelin ketika interview /ujian memandu Naeila Sinar Johan di Taiping lingkungan tahun 1998. Kami diuji memandu dari Stesen Bas Kamunting sehingga Stesen Bas Kuala Kangsar melalui jalan bawah ke Bukit Berapit, Padang Rengas dan Kuala Kangsar secara bergilir-gilir seramai hampir 20 driver.
Bas itu dengan Body Taiping Super, batang stereng dengan meter cluster ada gap punya luas, sampai orang pun boleh melintas di antaranya 😁

Antara kelebihan Dennis Javelin walaupun hanya mempunyai 260hp, adalah pikapnya yang sangat mantap, mid-range power yang sangat terasa bila tork sampai, bunyi turbo yang bersiul nyaring dari bawah lantai, gear rendah boleh ditarik panjang sehingga over rev tanpa lag, kekuatan mendaki bukit dengan gear tinggi, kestabilan ketika mengambil selekoh, dan brek yang begitu boleh dipercayai kerana antara model bas era 90an terawal menggunakan disc brake pada axle depan.

Dennis Javelin secara relatifnya mempunyai beberapa signature tersendiri, antaranya adalah bunyi air dryer release yang unik dan bertunda-tunda, juga bunyi air release yang unik ketika pedal brek dilepaskan atau handbrake ditarik/lepas. Dan sudah tentu yang paling unik adalah kedudukan enjinnya. Kenapa? Kerana ia berada di tengah-tengah antara axle hadapan dan axle belakang bas.

Sementara Dennis Javelin GX pula mempunyai beberapa kelebihan tahap melampau (yang akan diceritakan kalau korang sudi nak jumpa & ngeteh dengan Abang Zul 🤭 )

Sementara ''Penyakit'' yang paling ketara pada model ini adalah ''air pressure'' iaitu tekanan angin tak naik/angin sering hilang.
Kesimpulannya, pada hemat seorang dreba taraf abang ini, bas jenama Dennis Javelin adalah antara model bas berenjin tengah yang tak akan dilupakan sampai bila-bila kerana keunikan serta kelebihan yang tiada pada model lain samada dari Jepun/Korea mahupun Europe.
(model China abg tak sempat pandu - dah pencen bas masa tu 😂)

Banyak lagi cerita dengan Dennis Javelin ni, tapi cukuplah secara ringkas dari sudut pandangan dan pengalaman seorang driver yang merasa dapat memandu secara realiti & hands on dengan model bas unik ini.

Abang Zul - Driver yang pernah memandu Bas Enjin depan, Enjin Tengah & Enjin Belakang. Hehehe...


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Sabtu, 30 November 2019

BAS dan BAS


UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI




Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.

Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Ahad, 16 Julai 2017

Bolehkah Kad Pengenalan Kita Di simpan Oleh Pengawal Keselamatan?

Salam Hormat.

Ketahui Hak anda sebagai Rakyat Malaysia.
Dalam tugasan kita selaku Pemandu LORI acapkali akan memasuki kawasan industri atau premis yang mempunyai Pengawal Keselamatan atau seringnya kita panggil sebagai Guard. 
Kebiasaan mereka akan meminta diserahkan Kad Pengenalan/MyKad untuk disimpan dan diberikan sekeping Pas Keselamatan (kononnya) sebagai ''cagaran'' kepada Kad Pengenalan/MyKad milik kita yang disimpan mereka.

Di bawah Undang-undang, sebenarnya mereka TIDAK BERHAK untuk berbuat demikian.
Sepatutnya mereka hanya boleh mengambil butiran sahaja dari Kad Pengenalan/MyKad milik kita, dan WAJIB diserahkan semula walaupun kita akan memasuki Premis di bawah kawalan mereka.

Walaupun sudah banyak Syarikat Keselamatan yang sudah mematuhi dan faham akan kehendak Undang-undang, namun masih wujud Pak Guard/Mak Guard yang kekal dengan sikap lama, dan bertindak seolah mereka paling berkuasa di Premis itu.
Mereka harus ditunjukkan dengan maklumat ini.

Telitikan Pekeliling dari KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI bertarikh 25hb September 2007 yang abang sertakan di bawah...













Moga ia dapat dijadikan panduan untuk kalian.

Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.
Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Khamis, 22 Jun 2017

You Tube Abang Zul



Channel You Tube abg.


Salam Hormat.

Lamanya tak update Blog ni. Bersawang toksah cerita laa... Haha...

Moga masih ada lagi yang sudi singgah untuk menatap coretan lama dan mudahan ia bermenfaat.

Abg sebenarnya nak cerita tentang Channel You Tube dengan nama Abang Zul yang boleh anda kunjungi dan berikan sokongan. Anda boleh terus klik >>DI SINI.

Terdapat pelbagai kisah yang abg paparkan di dalam Channel You Tube itu.

Harap kalian dapat memberikan sedikit sokongan dengan SUBSCRIBE, like serta komen 😊😊😊








Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...