Kokpit Dennis Javelin Ekspres Tourworld
Kali pertama abang dapat memandu Dennis Javelin ketika interview /ujian memandu Naeila Sinar Johan di Taiping lingkungan tahun 1998. Kami diuji memandu dari Stesen Bas Kamunting sehingga Stesen Bas Kuala Kangsar melalui jalan bawah ke Bukit Berapit, Padang Rengas dan Kuala Kangsar secara bergilir-gilir seramai hampir 20 driver.
Bas itu dengan Body Taiping Super, batang stereng dengan meter cluster ada gap punya luas, sampai orang pun boleh melintas di antaranya 😁
Antara kelebihan Dennis Javelin walaupun hanya mempunyai 260hp, adalah pikapnya yang sangat mantap, mid-range power yang sangat terasa bila tork sampai, bunyi turbo yang bersiul nyaring dari bawah lantai, gear rendah boleh ditarik panjang sehingga over rev tanpa lag, kekuatan mendaki bukit dengan gear tinggi, kestabilan ketika mengambil selekoh, dan brek yang begitu boleh dipercayai kerana antara model bas era 90an terawal menggunakan disc brake pada axle depan.
Dennis Javelin secara relatifnya mempunyai beberapa signature tersendiri, antaranya adalah bunyi air dryer release yang unik dan bertunda-tunda, juga bunyi air release yang unik ketika pedal brek dilepaskan atau handbrake ditarik/lepas. Dan sudah tentu yang paling unik adalah kedudukan enjinnya. Kenapa? Kerana ia berada di tengah-tengah antara axle hadapan dan axle belakang bas.
Sementara Dennis Javelin GX pula mempunyai beberapa kelebihan tahap melampau (yang akan diceritakan kalau korang sudi nak jumpa & ngeteh dengan Abang Zul 🤭 )
Sementara ''Penyakit'' yang paling ketara pada model ini adalah ''air pressure'' iaitu tekanan angin tak naik/angin sering hilang.
Kesimpulannya, pada hemat seorang dreba taraf abang ini, bas jenama Dennis Javelin adalah antara model bas berenjin tengah yang tak akan dilupakan sampai bila-bila kerana keunikan serta kelebihan yang tiada pada model lain samada dari Jepun/Korea mahupun Europe.
(model China abg tak sempat pandu - dah pencen bas masa tu 😂)
Banyak lagi cerita dengan Dennis Javelin ni, tapi cukuplah secara ringkas dari sudut pandangan dan pengalaman seorang driver yang merasa dapat memandu secara realiti & hands on dengan model bas unik ini.
Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...