COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Rabu, 18 Mei 2011

RnR SEMAKIN HILANG IDENTITI MALAYSIA

Setiap kali abang terasa kering tekak dan perut menggigit sewaktu di perjalanan melalui lebuhraya PLUS sudah tentu cuma RnR sahaja lah tempat yang ada untuk menghilangkan lapar dan dahaga.
RnR TAPAH arah Utara


Abang adalah antara pengguna terawal lebuhraya PLUS semenjak ianya mula beroperasi di tahun 90an dulu lagi. Saat ketika cuma ada lebuhraya di beberapa bahagian sahaja, contohnya dari Tanjung Malim ke Bukit Raja / Jalan Duta. Dari Sungai Besi hingga ke Ayer Keroh, Melaka. Dari Ipoh ke Changkat Jering.

Waktu itu pengguna lebuhraya akan mendapat hadiah berupa sikap yang mesra dari pekerja tol. Ketika mengambil Tiket Transit pun anda akan mendengar ucapan "terima kasih" besertakan senyuman paling manis. (sekarang ada ke?)

Semakin hari semakin laju masa berlalu, semakin canggih dunia meluncur, semakin banyak kenderaan di lebuhraya, (walaupun kelajuan maksima masih 110 km/j) semakin banyak yang berubah atau kurang.

Satu peristiwa pada awal pagi di RnR Tapah Arah Utara semakin membuatkan PLUS semakin hilang kredibiliti.
Abang singgah selepas kira-kira 3 jam memandu tanpa henti dari Westport. Teringat Nasi Ayam Sizzling Wok yang enak tu.


Namun hati terasa hampa bila bahagian hadapan kedai tersebut dipagari dengan pita plastik merah putih. Beberapa pekerja Kontrak PROPEL sedang menjalankan kerja mencuci lantai dan kipas angin di bahagian itu.

Takpa lah, tak dak rezeki abang pagi tu. Lalu abang makan nasi campur di bahagian yang tidak dirintangi pita merah putih tadi.

Sedang enak menjamu selera (bila lapar, semua jadi enak saja) tiba-tiba kedengaran curahan air berhampiran kaki abang. Berpaling saja abang dapat melihat cecair pencuci lantai disimbah kira-kira sekaki sahaja dari KAKI abang. Bau nya serta-merta menggigit hidung. Bayangkan nasi dan kuah kari tetapi berbau cecair pencuci lantai. Wangi kan? Tapi apakah berselera kita hendak menelannya?

Tak cukup dengan itu, kedengaran tangga pula diseret dan dihempaskan juga kira-kira setengah depa dari tempat abang duduk. GRRR ! Terasa nak jadi Transformers je!

Patah selera abang. Terasa seperti ada yang akan kena sekolahkan pepagi buta ni. (kira-kira jam 3.30pagi)
Satu persatu pekerja-pekerja tu abang perhatikan, namun tiada seorang pun yang kelihatan seperti WARGANEGARA MALAYSIA.

Padan lah.
Semuanya warga asing. Barangkali SUPERVISOR  nya pun warga asing juga. Mana reti BAHASA.

Nak cakap tak paham, nak cerita tak reti. Kita BLOG saja lah.
Lihat cara mereka memandang bila gambar abang snap
(macam kita pula yang jadi PENDATANG) HUH !!

Sindrom pekerja asing ni dah makin menjadi-jadi di lebuhraya PLUS. Boleh dikatakan di setiap hentian atau RnR pasti ada mereka ni. Waktu pengguna sibuk hendak melepaskan hajat, waktu itu lah mereka pun sibuk nak mencuci dan mop lantai. Waktu kita sedang makan, dia datang meyapu sampah sampai ke kaki kita. Waktu kita hendak melangkah lalu di tengah lorong, di situlah dia hendak "mengemop".

Agaknya dah habis pekerja dari MALAYSIA untuk digajikan. Atau ada agenda yang lain?

P/S : RnR GURUN arah Utara dan Selatan masih ada Pak Cik dan Mak Cik yang sudi bekerja dengan Kontraktor PROPEL.
(abang pasti mereka orang Malaysia kerana pernah bertegur sapa dengan mereka)

Cuba teka, RnR mana?

Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...
Comments
Comments