COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Ahad, 1 Mei 2011

BILA LORI CEMBURU


Pukul 2 pagi adalah waktu tidur. Antara waktu paling enak menarik selimut sambil bermimpi dicekik hantu.

Begitu pun antara tidur dan tugasan,hati jadi berbelah bagi. Rasa tanggungjawab kadang kala mengatasi rasional dan logika. Di ketika inilah emosi dan akal bertingkah rasa.

Lori ni, cuma tinggal 5 kilometer lagi menghampiri destinasinya. Pemandunya, sudah terlalu mengantuk pada jam 2 pagi tadi tetapi dia cuba juga untuk menyampaikan kelokasi namun ketempat lain juga ia mendarat (atau meng'air' ?). Lalu dia terlelap di stereng. HINO 500 yang cemburu bila pemandunya tidur,mengambil keputusan untuk baring juga di dalam parit ini.
Mujur airnya cetek.
Sewaktu abang tiba di lokasi kejadian,pemandunya sedang merenung lori yang masih terendam di dalam parit bersama muatan (ikan yang akan ditinkan).
Sambil menjadi bahan senda gurau rakan-rakannya, juga pemandu dari syarikat yang sama. (Barangkali mereka terlupa yang malang itu tidak pernah kenal siapa)

Antara tugasan,mengejar masa,mengukur jarak waktu, abang tidak pernah peduli walau se 'urgent' mana pun trip itu,jika mata sudah tidak mampu celik maka tidur adalah ubat yang paling mujarab.
Tiada petua yang lain. Titik.

Mobile blogging dari kabin 124L 360

Tinggalkan Jejak setelah menatap bingkisan ini, walaupun hanya dengan sebaris ayat...
Comments
Comments