COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Sabtu, 16 April 2011

SCANIA RULES


Hari ni hujung minggu untuk trucker seperti abang.
Kebiasaannya masa sebegini dimenafaatkan untuk membuat total check up kepada kenderaan yang dipandu setelah sepanjang minggu berulang alik mengukur lebuh raya.

Sejak pagi tadi, 124L sedang menjalani rutin servis berkala oleh pakar-pakar SCANIA.
Sebuah dari empat air bellows untuk prime mover sudah ditukar baru.
Selepas ni akan ke unit tayar untuk alignment dan balancing.

Petang nanti abang akan pulang untuk berehat setelah seminggu di perjalanan.
InsyaALLAH akan abang jawab komen-komen dari posting terdahulu kerana seluruh minggu ini penuh kesibukan yang menjerut.


MOBILE BLOGGING dari SCANIA WORLD Butterworth.

Tinggalkan Jejak setelah menatap bingkisan ini, walaupun hanya dengan sebaris ayat...
Comments
Comments

Sabtu, 9 April 2011

DARI NEGARA JIRAN

Jalan Ladang Tebu terbesar di Malaysia


Kebelakangan ini abang sering ke 'kilometer zero' atau 'Utara-Utara' dalam bahasa Radio Amatur.

Kebiasaannya atas urusan menaikkan barang-barang untuk diangkut ke lokasi lain di Selatan Semenanjung.

Selasa, 5 April 2011

KENDERAAN BERAT DILARANG MEMOTONG


Entah apa signifikan dengan arahan kepada kenderaan berat supaya tidak memotong kenderaan lain (walaupun ia sedang bergerak macam siput babi) di laluan tertentu lebuh raya.
Maka merangkak lah lori dan treler panjang berderet-deret mengekori kenderaan yang paling hadapan.
Nak dijadikan cerita,sering pula yang paling hadapan itu lori yang uzur dan amat perlahan pula.
Bayangkan Scania 124L mengekori dengan kelajuan tak sampai 40 km/j. Letih dan bosan.
Seolah tak bermakna apa-apa bila memandu kenderaan berat yang berkuasa tinggi tetapi tidak dibolehkan memotong kenderaan lain yang lebih perlahan.

Lebih menghairankan, semua kawasan larangan memotong itu adalah laluan 3 lorong sehala.

Abang dan kawan-kawan sepencarian cuma pemandu lori yang tidak pernah belajar sampai peringkat universiti (walaupun pernah beberapa kali masuk universiti hantar barang - dengan lori) untuk mencari apa rasional kepada arahan itu.
Boleh kah para pembaca budiman memberikan serba sedikit ulasan kepada persoalan yang sekian lama bermain di benak abang selama ini?

Malahan, seingatan abang semasa menduduki ujian memandu lama dulu,tak pernah ada papan tanda seumpama itu dalam buku ujian.

Nota: mobile blogging sementara menunggu muatan diturunkan.


Ahad, 3 April 2011

SIRIH PULANG KE GAGANG


Terus-terang, abang tak biasa memandu lori jenama SCANIA secara totally on the road. Pernah sekali, lama dulu, mencuba SCANIA 113M atau panggilan manja 'Scania petak' sewaktu remaja di Shah Alam. Itupun sekadar di laluan kawasan industri. Kelajuan cuma lingkungan 25km/j.