COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Selasa, 5 April 2011

KENDERAAN BERAT DILARANG MEMOTONG


Entah apa signifikan dengan arahan kepada kenderaan berat supaya tidak memotong kenderaan lain (walaupun ia sedang bergerak macam siput babi) di laluan tertentu lebuh raya.
Maka merangkak lah lori dan treler panjang berderet-deret mengekori kenderaan yang paling hadapan.
Nak dijadikan cerita,sering pula yang paling hadapan itu lori yang uzur dan amat perlahan pula.
Bayangkan Scania 124L mengekori dengan kelajuan tak sampai 40 km/j. Letih dan bosan.
Seolah tak bermakna apa-apa bila memandu kenderaan berat yang berkuasa tinggi tetapi tidak dibolehkan memotong kenderaan lain yang lebih perlahan.

Lebih menghairankan, semua kawasan larangan memotong itu adalah laluan 3 lorong sehala.

Abang dan kawan-kawan sepencarian cuma pemandu lori yang tidak pernah belajar sampai peringkat universiti (walaupun pernah beberapa kali masuk universiti hantar barang - dengan lori) untuk mencari apa rasional kepada arahan itu.
Boleh kah para pembaca budiman memberikan serba sedikit ulasan kepada persoalan yang sekian lama bermain di benak abang selama ini?

Malahan, seingatan abang semasa menduduki ujian memandu lama dulu,tak pernah ada papan tanda seumpama itu dalam buku ujian.

Nota: mobile blogging sementara menunggu muatan diturunkan.