COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Khamis, 30 April 2020

CERITA DRIVER LORI PEREMPUAN



Kredit Gambar muslima.globalfundforwomen

Viral kebelakangan ni begitu ramai driver lori perempuan. Masing-masing cuba menonjolkan diri dengan pelbagai cara yang tersendiri. Malahan ada yang mendakwa seolah driver kaum lelaki tidak menyokong/anti dengan driver perempuan??? πŸ™ƒ



Untuk pengetahuan korang 26 tahun dulu, lingkungan tahun 1993 - 94 aku dah pernah jumpa driver lori treler perempuan - tau! -Abang Zul-
Yang pasti dia bukan Melayu, sebab wajah dia tak ada iras macam Melayu. Tak tau la kalau dia Melayu - sorry. πŸ˜
Setakat yang aku ingat dia pandu Volvo F7 4x2 (kalau salah mohon dibetulkan, nanti aku edit) tanker Sidhu Brothers treler double axle.

Yang paling aku ingat, satu kejadian tayar lori dia pancit di pertengahan Perjalanan. Zaman tu lori treler masih menggunakan tayar jenis tiub yang pastinya selalu meletup di waktu cuaca panas.
Pada zaman tu, korang akan jumpa lori & bas LAJU di waktu hujan, tapi SLOW di waktu cuaca panas... (tapi ramai dari korang pun belum lahir ke dunia lagi masa tu πŸ˜†)

Kredit Gambar muslima.globalfundforwomen

Bila tayar lori dia pancit, maka dia pun berhenti dan menurunkan segala peralatan seperti jek hidraulik, sepana nat tayar, besi pusing sepana & besi panjang.
Zaman tu, kami driver lori/bas abang zul kena tukar tayar sendiri tau. Walaupun dia driver lori treler perempuan, tetap tidak dikecualikan, kena tukar tayar sendiri, tau πŸ€­
Tayarman hanya wujud dalam dunia LORI KONTENA sahaja pada zaman tu.


Tapi... Dia tak perlu buat apa-apa pun. Sebab ramai je hero-hero yang akan berhenti membantu dia menukarkan tayar.
Korang ingat driver- driver lelaki akan biarkan driver perempuan sorang ni bersusah payah menukar tayar tengah panas di tepi jalan?
NO WAY...

Kredit Gambar muslima.globalfundforwomen


Sebab apa? Sebab kami tak pernah PREJUDIS apa lagi nak rasa TERANCAM atau JELES dengan mana-mana driver lori perempuan (driver bas juga)
Tiada istilah ANTI driver perempuan, sebab REZEKI tu ALLAH dah susun elok. Bukan manusia yang aturkan.



Kisahnya aku juga berpeluang kenal seorang driver bas ekspres perempuan era 90an yang memandu NAZA EKSPRES di Seremban dulu.

Kredit Gambar muslima.globalfundforwomen


Jangan ingat hanya kebelakangan ini sahaja wujud driver lori perempuan dan menyangkakan ''anda'' sedang membuat ''perubahan lanskap'' kewujudan driver lori/bas perempuan???

LAMA DAH ADA DRIVER LORI TRELER & BAS EKSPRES PEREMPUAN - CUMA KORANG TAK TAU, SEBAB KORANG TAK ADA DALAM DUNIA KAMI ZAMAN TU korang masih kerja kilang masa tu-Abang Zul-.

DAN ZAMAN TU TAKDE MEDSOS UNTUK VIRAL CERITA DEPA TU...

Asalkan jangan cerita gaji driver lori tujuh ribu πŸ€£sebulan sudah la... πŸ€­
JANGAN LUPA DI MANA ANDA BERMULA

Gambar - Asma Azim, Nenek berusia 58 tahun berasal dari Pakistan adalah Pemandu Lori treler 53 kaki, di Texas.


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Selasa, 28 April 2020

KENAPA AKU MENULIS?











Kenapa aku menulis?
Sebab aku nak kongsi cerita secara penulisan.
Sebab apa nak kongsi? Sebab tu aku punya suka la πŸ˜


Ada sorang tu, pernah cakap aku orang tua bodoh, tak kenal apa itu media sosial?

Katanya ini ZAMAN MODEN, APA NAK KIRA COPYSHARE (padahal tadak istilah tu ya - istilah sebenar adalah COPYPASTE)
Katanya lagi : Orang ada Channel YouTube, aku pun kononnya teringin nak buat YouTube
Orang ada Facebook, aku pun nak bukak Facebook.
Orang ada Blog, aku pun nak buat Blog?



Betul ke?
Hello... (anak muda dari ɐɹʇᴉſ)

Ya, aku memang orang tua
Tak pernah aku nafikan bab tu. 

Tapi aku bukan orang tua BODOH.


Walaupun dah tua, aku pernah ada serba sedikit Pendidikan sehingga peringkat Menengah dan aku ada sekeping Sijil (yang melayakkan aku kerja gomen pada zaman tu (1980an) - tapi aku tak berminat)

Aku juga ada serba sedikit pengetahuan dalam bidang selain LORI & BAS.



1. Aku reti juga la buat Blog         (sejak 2009)
2. Buka akaun Facebook               (sejak 2008)
3. Buat video YouTube (subscribers ada la 22 ribu orang kot)
4. Aku ada Page Facebook Trucks & BUSES Community of Malaysia sejak 2014
5. Aku adalah seorang dari Facebook Translator : English to Bahasa Melayu.
6. Aku juga seorang Editor Wikipedia Bahasa Melayu dengan sedikit sumbangan.
7. Aku pernah ada AA dengan Callsign diiktiraf SKMM 
8. Aku juga seorang Google Local Guide



Jadi, pesan aku pada orang muda (dari ɐɹʇᴉſ) yang pernah maki hamun aku dalam satu komen tu, jangan samakan aku dengan orang tua lain yang hang kenai, nooo... Sebab nak habaq mai kat hang, anak aku belajaq buat akaun facebook daripada aku, bukan aku belajaq dengan dia, noo... 

Sebab tu hang tak pernah kenai sapa aku ...

Poyo...


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...

Isnin, 27 April 2020

PENGALAMAN PERTAMA MEMANDU BAS ENJIN TENGAH


Kokpit Dennis Javelin Ekspres Tourworld

Kali pertama abang dapat memandu Dennis Javelin ketika interview /ujian memandu Naeila Sinar Johan di Taiping lingkungan tahun 1998. Kami diuji memandu dari Stesen Bas Kamunting sehingga Stesen Bas Kuala Kangsar melalui jalan bawah ke Bukit Berapit, Padang Rengas dan Kuala Kangsar secara bergilir-gilir seramai hampir 20 driver.
Bas itu dengan Body Taiping Super, batang stereng dengan meter cluster ada gap punya luas, sampai orang pun boleh melintas di antaranya 😁

Antara kelebihan Dennis Javelin walaupun hanya mempunyai 260hp, adalah pikapnya yang sangat mantap, mid-range power yang sangat terasa bila tork sampai, bunyi turbo yang bersiul nyaring dari bawah lantai, gear rendah boleh ditarik panjang sehingga over rev tanpa lag, kekuatan mendaki bukit dengan gear tinggi, kestabilan ketika mengambil selekoh, dan brek yang begitu boleh dipercayai kerana antara model bas era 90an terawal menggunakan disc brake pada axle depan.

Dennis Javelin secara relatifnya mempunyai beberapa signature tersendiri, antaranya adalah bunyi air dryer release yang unik dan bertunda-tunda, juga bunyi air release yang unik ketika pedal brek dilepaskan atau handbrake ditarik/lepas. Dan sudah tentu yang paling unik adalah kedudukan enjinnya. Kenapa? Kerana ia berada di tengah-tengah antara axle hadapan dan axle belakang bas.

Sementara Dennis Javelin GX pula mempunyai beberapa kelebihan tahap melampau (yang akan diceritakan kalau korang sudi nak jumpa & ngeteh dengan Abang Zul 🀭 )

Sementara ''Penyakit'' yang paling ketara pada model ini adalah ''air pressure'' iaitu tekanan angin tak naik/angin sering hilang.
Kesimpulannya, pada hemat seorang dreba taraf abang ini, bas jenama Dennis Javelin adalah antara model bas berenjin tengah yang tak akan dilupakan sampai bila-bila kerana keunikan serta kelebihan yang tiada pada model lain samada dari Jepun/Korea mahupun Europe.
(model China abg tak sempat pandu - dah pencen bas masa tu πŸ˜‚)

Banyak lagi cerita dengan Dennis Javelin ni, tapi cukuplah secara ringkas dari sudut pandangan dan pengalaman seorang driver yang merasa dapat memandu secara realiti & hands on dengan model bas unik ini.

Abang Zul - Driver yang pernah memandu Bas Enjin depan, Enjin Tengah & Enjin Belakang. Hehehe...


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...