COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Sabtu, 10 Disember 2011

DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG


Terasa nak menaip barang sebaris dua ayat setelah membaca dua Blog nukilan Mazidul (di sini) dan Hazrey (di sini) yang terkini.

Fenomena K Pop. Muzik yang dibawa oleh individu dan kumpulan dari Korea.

abang dan DAEWOO BH 120L ( lingkungan tahun 2000)


Korea dalam hidup abang cuma satu. DAEWOO. Antara kenangan ketika masih lagi bergelar Coach captain.
DAEWOO BH 115L dan BH120L adalah BAS EKSPRES yang pernah abang pandu. Kualiti ? Boleh la, nak kata ok. Kalau nak bagi setakat 6/10 ada lah. .
Bukan bagus sangat pun teknologi dia, terutamanya dari segi brek. Laju ? Memang.
Nak berhenti ? Uuuu... gayat! Brek tak makan loo...

Selama ni abang tak pernah ambil pusing tentang hal-hal sebegini walaupun rasanya pernah sekali menaip entri berkaitan kumpulan dari Korea (klik di sini) sehinggalah terbaca akan kisah sedemikian serius sampai menjadi kes Polis.

Rupanya generasi mutakhir ini begitu taksub dengan kumpulan dan individu yang diminatinya sehingga sanggup mengugut untuk membakar rumah dan menoreh muka anak orang hanya kerana membaca kutukan pada orang yang diminatinya ?

Huuu... seram bila membaca komen-komen dari kanak-kanak bawah umur yang begitu emosi bila penyanyi kesayangannya dicerca.

Apa nak jadi dengan remaja kita ni sebenarnya ?

Abang dari generasi Rock Kapak. Zaman seluar ketat dan rambut panjang (lelaki). Minat memang la minat, tapi tak la sampai nak kapak kepala orang kalau kena kutuk pun. Habis pun takat jeling geram saja la.

Kalau orang tak minat dan tak suka dengan apa yang kita suka, so what?

Nak paksa orang suka macam kita suka? Haish ! Pelik lah...

KITA BUAT APA YANG KITA SUKA KERANA KITA SUKA APA YANG KITA BUAT (klik di sini) , titik.

Tambahan (WAJIB DIBACA OLEH FANATIK KPOP):
Wahai Peminat K Pop sekalian, sebenarnya orang Korea Selatan adalah sangat mendiskriminasikan orang Asia Tenggara seperti kita. Malahan mereka menganggap orang dari Korea Utara juga adalah tidak setaraf dengan mereka walaupun mereka sebenarnya sama bangsa !

Kesimpulannya, raikanlah kehidupan ini dengan menyanjung akal budi Bangsa Malaysia, tempat di mana kita dilahir dan dibesarkan. Di sinilah kita suka atau duka, walau dengan apa cara sekalipun inilah kita - KECUALI KALAU ADA YANG NAK MINTA ONE WAY TICKET UNTUK JADI RAKYAT KOREA ? Tu pun kalau depa sudi nak terima kita yang kulit sawo matang ni... mimpi saja lah.

Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.
Tinggalkan Jejak setelah menatap bingkisan ini, walaupun hanya dengan sebaris ayat...
Comments
Comments