COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Ahad, 2 Oktober 2011

MASIHKAH ADA YANG INGAT ?





Salam Hormat,

Eh? Ada ke lagi yang singgah membaca blog ni? Kalau masih ada, berbanyak terima kasih abang ucapkan.

Sedar tak sedar, dah berbulan abang tak update blog ni. Hmmm... nak bagi alasan apa ya? Takdak ...

Cuma abang tak dapat nak fokus pada blog sejak kebelakangan ni kerana tugasan yang amat menjerut. Bila selesai , selalunya pada awal pagi - kira nak lelapkan mata saja lah.

Banyak yang berlegar di fikiran untuk abang muatkan dalam blog yang tak sepertinya ini, tapi semua tinggal impian saja. 



Harapan abang mudahan akan ada ruang dan waktu untuk kembali aktif blogging, berkongsi rasa suka dan hiba dalam ruang cerna berbeza bagai langit dan galaksi jika hendak di adaptasi pada pekerjaan abang sebagai pemandu lori kontena dan menjadi seorang blogger pada masa yang sama...

SUNGGUH !!! Abang rasa amat terharu bila ada yang masih bertanya, bila abang nak update blog ? Malahan ada yang meminta URL blog ni dari Abang Sham Ondscene, dan Abg Sham sudi pula memberikannya (padahal Abg Sham sangat jarang membalas komen pembaca Ondscene)



Ramai rupanya yang masih mengingati 'blogger wannabe' seperti abang ni .


TERIMA KASIH, SEMUA ! Abang hargai tulus ingatan anda seluruhnya...






Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan Jejak setelah menatap bingkisan ini, walaupun hanya dengan sebaris ayat...
Comments
Comments