COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Sabtu, 29 Oktober 2011

KENAPA PERLU PASANG LAMPU ?





Sedar atau tidak, ramai di antara kita yang memandu kenderaan akan memasang lampu apabila hujan lebat. 

Pernahkah ada yang bertanya kepada diri sendiri (tak kan nak tanya kat mak mertua di kampung,kan?) kenapa kita pasang lampu kenderaan kita sebaik sahaja hujan mula membasahi jalan ?

Ish, berteka-teki la pulak abang ni...





Memasang lampu kenderaan, semasa hujan lebat di waktu siang, terutamanya adalah satu amalan yang baik. Tak kira lah ia sekadar ikut-ikutan kerana melihat hampir semua kenderaan memasang lampu, atau memang menjadi kesedaran serta mengetahui apa fungsinya lampu kenderaan kita di pasang pada waktu hujan di siang hari.
(kalau dah malam tu - tak kan le tak reti-reti nak pasang lampu, kan?)




Selalunya cuaca akan menjadi mendung walaupun sebelum hujan turun menyirami bumi bertuah ni. Tambah lagi suramnya bila hujan semakin lebat. Mungkin ada yang pernah bertemu matahari menyinar sewaktu hujan lebat ? Itu hujan panas namanya. Untung nasib dapat tengok Pelangi...

Ish, melalut lagi... so (ewah! Cakap omputih sepatah), bila cahaya semakin kurang dari biasa, makin banyak benda yang boleh dilihat akan menjadi samar-samar. Lagi pula bila kita melihat melalui cermin pandang belakang atau 'side mirror' kata orang kampung abang.

eh? macam ada kereta yang sedang overtake?


Kenderaan yang kecil seperti motorsikal akan lebih menyerlah di waktu samar bila ada lampu hadapan yang terpasang bila kita melihat melalui side mirror, kan? Sama demikian juga dengan kereta yang berwarna gelap.

walaupun motorsikal, tetap nyata kelihatan lampunya...


Ketika hujan, percikan air dari cermin akan mengaburkan cermin sisi serta cermin tingkap membuatkan pandangan kita menjadi sangat terhad. Di sinilah fungsinya lampu yang dipasang ketika hujan di siang hari.



Tujuannnya bukanlah untuk kita melihat jalanraya (memang tak kan nampak apa-apa beza pun kalau pasang atau tidak lampu kenderaan kita tu) tetapi untuk pemandu kenderaan lain melihat di mana kita berada lebih-lebih lagi melalui side mirror.

Pergerakan yang sangat sedikit, sekecil satu putaran pada suis lampu kenderaan anda tetapi membawa banyak manafaat kepada semua pemandu yang bersama-sama kita berada di jalan raya pada waktu hujan lebat di siang hari...



p/s ;

JANGAN SEKALI-KALI MENGGUNAKAN LAMPU KECEMASAN (HAZARD LIGHTS) SEWAKTU BERGERAK DI DALAM HUJAN.
RASIONALNYA - SEANDAINYA MEMANG ADA KENDERAAN YANG DALAM KECEMASAN DAN TERPAKSA BERHENTI DI WAKTU YANG SAMA ADA JUGA KENDERAAN DENGAN  HAZARD LIGHTS  TERPASANG TETAPI BERGERAK, AKAN MENGELIRUKAN PEMANDU LAIN.
YANG BERHENTI PUN DISANGKA BERGERAK JUGA DEK KERANA SEMUA MEMASANG  HAZARD LIGHTS - AKAN ADA YANG TERANIAYA KERANA DIREMPUH DARI BELAKANG OLEH KERANA KEKELIRUAN INI.

KESIMPULANNYA : Pasang lampu biasa - BUKAN Hazard Lights !


.
Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih.
Tinggalkan Jejak setelah menatap bingkisan ini, walaupun hanya dengan sebaris ayat...
Comments
Comments